PEMBELIAN CAR SEAT SECARA ONLINE. WAJAR ATAU TIDAK?

Semenjak diwajibkan penggunaan car seat di Malaysia ini kita dapat melihat ramai ibu bapa yang sudah berjaya menyediakan car seat kepada anak mereka. Namun ada juga ibu bapa yang masih belum menyediakan car seat kepada anak mereka. Alasannya tidak sempat untuk ke kedai yang menjual car seat, tidak tahu car seat yang sesuai untuk anak dan sebagainya. Alasan ini telah membuatkan sesetengah ibu bapa memilih untuk membeli car seat secara online. Namun tahukah anda banyak faktor atau risiko yang perlu ditempuh oleh ibu bapa sekiranya membuat pembelian secara online. Antara risiko yang akan dihadapi oleh ibu bapa yang membeli car seat secara online adalah:

  1. Car seat yang dibeli tidak sesuai dengan anak walaupun semasa membaca details barangan tersebut ia sudah cukup meyakinkan car seat tersebut sesuai dengan anak anda.
  2. Car seat tak sesuai dengan seat kereta. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang beranggapan semua car seat muat untuk semua jenis kereta. Tidak semudah itu, ada juga car seat yang tidak sesuai dengan sesetengah kenderaan. Jika anda membuat pembelian secara online anda tidak boleh mencuba keseusaian car seat tersebut dengan kenderaan anda berbanding pembelian secara terus di kedai  yang menjual car seat.
  3. Penipuan online. Ibu bapa juga mungkin akan terdedah dengan risiko penipuan online. Jadi sebelum membeli secara online fikirkan dulu kemungkinan yang akan berlaku. Car seat yang anda beli mungkin tidak sama seperti yang dipesan, tidak terima barang yang dipesan, fizikal car seat tidak sama seperti yang telah diiklankan dan lain-lain.
  4. Tiada jaminan. Jika berlakunya risiko kerosakkan barang atau apa sahaja sebaik sahaja anda menerima car seat yang dibeli secara online adakah kedai online tersebut akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakkan/kehilangan barang tersebut.
  5. Kos. Sekiranya kedai online tersebut bersetuju untuk mengganti barangan anda yang telah rosak adakah kos penghantaran semula barang tersebut akan ditanggung oleh anda?

Jadi , selepas membaca antara risiko pembelian car seat secara online tersebut adakah anda sudah bersedia untuk membeli car seat secara online? Semuanya pilihan anda. Lebih banyak kelebihan jika anda membeli car seat di kedai yang menjual car seat secara terus berbanding pembelian online. Antara kelebihannya, car seat yang dibeli akan lebih terjamin kualitinya, boleh mencuba kesesuaian car seat dengan kenderaan, tiada caj tambahan dan banyak lagi. Jadi bijaklah dalam membuat keputusan.

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Categories: Tips

Leave a Reply