Awas 5 Tanda Ini Pada Bayi. Ia Petanda HFMD

HFMD tular kembali.  Beberapa sekolah dan taman asuhan telah diarahkan ditutup akibat wabak HFMD ini.  Ia perlukan kerjasama pelbagai pihak untuk menghentikan wabak ini dari terus merebak, terutamanya ibu bapa.  Ibu bapa perlu cakna petanda HFMD.

 

Salah satu perkara yang perlu ibu bapa ambil perhatian adalah tanda-tanda anak mereka dijangkiti HFMD.  Kenali tanda ini:-

  1. Demam yang tidak tinggi(suhu 38.2 darjah celcius)
  2. Kurang selera makan
  3. Sakit perut
  4. Batuk
  5. Sakit mulut
  6. Ulser dalam mulut
  7. Timbul ruam pada tangan dan kaki

 

Tanda ruam dan ulser dimulut selalunya dapat dilihat dalam tempoh 5-7 hari.  Sepanjang tempoh inilah ibu bapa perlu berikan perhatian yang lebih kepada anak-anak.  Pihak Kementerian Kesihatan telah berikan panduan seperti berikut kepada orang awam

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

HFMD bukan sahaja berlaku kepada bayi dan kanak-kanak, tetapi juga kepada orang dewasa.  Cuma kesannya lebih buruk kepada bayi yang masih kecil.  Jadi perhatian serius perlu diberikan.  Jika tidak diberikan penjagaan sesuai,  ia boleh menyebabkan komplikasi berikut

  • Dehidrasi: Pantau pola buang air kecil anak.  Jika kurang, itu tanda anak anda dehidrasi.  Banyakkan minum air supaya badan tidak terus lemah
  • Meningoencephalitis: Jangkitan kuman pada otak dan selaputnya
  • Myocarditis: keradangan pada otot jantung
  • Ada juga yang menghadapi masalah penglihatan ataupun buta.

 

Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

 

Wabak ini tiada ubat yang spesifik.  Biasanya penghidap akan pulih sendiri selepas 7-14 hari bergantung pada antibodi badan masing-masing.  Apa yang ibu bapa boleh bantu meredakan masalah wabak ini iaitu

  1. kerap cuci tangan dan mainan yang bersentuhan dengan pesakit
  2. Ulser membuatkan anak tidak mahu makan dan minum.  Bagi anak yang sudah boleh makan, cuba tawarkan aiskrim vanilla untuk memberikan kelegaan.
  3. Spray atau sapuan gel ulser juga boleh membantu berikan kelegaan sementara supaya anak tidak berasa kepedihan semasa makan.
  4. Gunakan sarung tangan getah ketika menukar lampin pakai buang.  Bersihkan najis dengan rapi supaya wabak ini tidak terus berjangkit.

Jangan lupa untuk bawa anak berjumpa doktor untuk buat pengesahan, supaya langkah seterusnya boleh diambil dengan lebih berkesan.

, , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

Enter Mothers First Choice at Checkout for 5% Member Card! Dismiss