Botol Bayi Yang Manakah Sesuai Untuk Newborn ?

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Botol Bayi Yang Manakah Sesuai Untuk Newborn ?

Mesti kita sebagai ibu bapa terfikir-fikir nak beli botol susu yang mana satu kan? Adakah yang besar lebih berbaloi. Boleh pakai lama? Atau yang bersaiz kecil? Adakah pemilihan lebih kepada bentuk dan warna? Adakah berdasarkan kepada jenama yang dipercayai? Jadi botol yang manakah sesuai untuk bayi newborn? Pemilihan botol susu untuk bayi baru lahir amatlah penting. Di pasaran terdapat banyak jenis botol susu, jenis ‘wide-neck’ , ‘slim-neck’ dan isipadunya saiznya juga lain-lain. Tapi botol susu manakah yang sesuai untuk new born ye? Berikut  merupakan tips memilih botol susu yang sesuai untuk bayi anda.

Bayi cenderung untuk menelan udara semasa menggunakan botol susu. Udara yang berada di dalam perut bayi akan menyebabkan bayi berasa kenyang walaupun mereka tidak mendapat susu yang secukupnya lagi. Ini akan menyebabkan bayi cepat menangis dan meragam. Sebab itulah ibu bapa perlu membantu anak mereka sedawa selepas mereka selesai meminum 2 hingga 3 ounces susu formula mahupun susu ibu. Macam mana nak elakkan perkara ini berlaku ? Adakah ia dipengaruhi oleh botol susu yang digunakan bayi ?

1. Botol susu yang ringan

Kebiasaannya di pasaran kita akan jumpa botol susu yang diperbuat dari  bahan kaca, silikon, plastik, dan stainless steel. Tapi majoritinya menjual botol susu jenis plastik ini kerana botol susu jenis plastik juga ada kelebihannya dibandingkan dengan botol susu jenis lain. Selain daripada harganya yang murah dan mudah didapatkan botol susu plastic juga lebih ringan daripada botol susu jenis lain dan pastinya bayi anda akan rasa lebih selesa ketika menggunakannya. Untuk memilih botol jenis plastic ibu bapa disarankan memilih botol susu yang berlabel “BPA-Free” dan pilih botol yang tidak mengandungi bahan  PC (polycarbonate) kerana ia mengandungi BPA.

2. Bentuk botol susu

Kalau pergi kedai baby kita akan jumpa botol susu yang berbentuk lebih tinggi, lebih pendek, serta ada juga yang lurus dan melengkung tapi yang mana sesuai untuk bayi kita? Bentuk sesebuah botol susu juga perlu ditititberatkan dalam pemilihan botol susu bayi jadi pilihlah botol susu yang bentuk nya mudah dipegang oleh bayi.

3. Ukuran botol susu

Dalam pemilihan botol susu pilihlah botol susu yang menepati keperluan menyusu bayi anda. Biasanya bayi yang masih kecil memerlukan susu yang lebih sedikit berbanding bayi yang sudah besar. Bagi bayi yang baru lahir, botol bersaiz 2oz (60 ml) pun sudah okay.

Baby bottles with days of the week on adhesive notes

4. Sistem Pengaliran Udara (AVS)

Seterusnya pilihlah botol susu yang mempunyai pengaliran udara yang baik bagi mengurangkan bayi mengambil udara berlebihan yang menjadi punca kepada kolik .

5. Puting Susu

Pilih botol susu yang mempunyai puting yang lembut sebab baby mostly reject botol susu bukan sebab Botol tapi sebab Puting. Kebiasaannya bayi jarang menolak botol susu yang mempunyai puting yang lembut sebab sama macam puting ibu. Bentuk putting wide-neck jenis Peristaltic Plus pula dapat mengelakkan bayi dari tersedak susu.

Klik link di bawah untuk membuat pilihan botol susu bagi si manja anda

–>> LIST OF FEEDING BOTTLE

Nak survey botol susu? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih botol susu yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice