Cara Mudah Untuk Membantu Bayi Mula Berjalan

Kebiasaannya pekembangan bayi untuk mula belajar berjalan adalah pada sekitar umur 9 bulan dan 12 bulan dan seterusnya bayi akan berjalan dengan seimbang diantara lingkungan 14 atau 15 bulan.Terdapat juga bayi yang masih belum mampu berjalan dan jangan memaksa mereka untuk berjalan selagi mereka belum menjangkau usia yang sepatutnya. Perkembangan setiap bayi adalah berbeza dan apa yang perlu anda lakukan adalah memerhatikan bayi anda dan bersabar untuk cuba membantunya secara perlahan-lahan.

?? ???? ??? ???? ???????? ???? ???? ??????? ???????? ?

?. ????? ???? ???????? ????? ???????
Ketika anda cuba untuk melatih bayi anda berjalan di dalam rumah anda boleh tanggalkan kasutnya kerana dengan cara ini akan menguatkan otot tapak kaki. Cuma perlu anda perhatikan disini adalah menjauhkan barang-barang yang akan mengakibatkn kecederaan kepada bayi anda. Alihkan bayi anda kepada permukaan tempat dia berjalan secara berbeza untuk memberikan rasa yang berbeza. Cara ini mungkin akan mendapat reaksi geli dan kotor pada bayi anda namun anda perlu membimbingnya untuk meneruskan berjalan.

?. ????????? ?????? ????????? ???? ?‍?
Sememangnya bayi anda akan lebih selesa didukung namun cara ini adalah tidak seharusnya digalakkan ketika bayi anda semakin membesar. Kajian mendapati situasi ini akan menyebabkan bayi anda akan menjadi lambat untuk berjalan. Sebaiknya anda perlu memberi kebebasan kepada bayi anda untutk berjalan dengan pengawasan anda di kawasan yang sesuai dan lapang.

?. ?????? ?????? ?????? ???? ??????????
Cara yang paling mudah untuk anda praktikkan bayi anda untuk memulakan berjalan adalah dengan memegang tangannya terlebih dahulu untuk memberinya keyakinan. Ketika bayi anda sudah merasakan stabil untuk berjalan anda boleh melepaskan tangannya secara perlahan-lahan. Walaubagaimanapun
anda perlu bersedia sekiranya bayi anda mahu dipegang semula. Dengan cara ini bayi anda akan lebih percaya diri kerana ibu dan ayahnya sedia membantu.

?. ??????? ????????? ???? ?????? ?????? ?️??
Dengan melakukan cara ini akan mengalakkan bayi anda seperti anak patung, bola, mainan kereta atau apa sahaja di tangan anda. Sambil memberikan perhatian bayi anda dengan melambai-lambai mainan untuk bayi anda terus berjalan ke arah anda.

?. ?????? ????? ????? ????????????
Terdapat pelbagai jenis mainan dipasaran yang boleh membantu bayi anda berjalan contohnya seperti mainan troli atau Baby Harnest. Mainan seperti troli ini akan membantu bayi menolak troli tersebut. Anda akan melihat perkembangan bayi semakin seronok menggunakan troli sebagai alat untuk dia mudah berjalan.

0 comments on “Cara Mudah Untuk Membantu Bayi Mula BerjalanAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *