Faktor Ibu Mengandung Kurang Darah

Salah satu faktor yang paling biasa dialami oleh ibu mengandung adalah mendapat simtom kekurangan darah ataupun dipanggil anemia. Ketika mengandung, anda memerlukanbekalan darah dalam kuantiti yang banyak dan dua kali lebih banyak daripada wanita yang tidak mengandung.

Keperluan darah bagi ibu hamil ini sangat penting ini kerana untuk memastikan anak yang didalam kandungan itu mendapat penghantaran oksigen serta nutrisi menerusi plasenta. Oleh kerana itu, wanita hamil akan menjadi lebih kerap sakit kepala, keletihan, dan sering mengantuk berpunca daripada kadar jumlah darah atau sel darah merah dalam tubuh wanita hamil telah menurun dengan cepat.

1) Kekurangan Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk proses pembetukan sel darah merah. Ibu mengandung harus mengambil berat tentang ini supaya tidak terkena anemia. Zat besi boleh didapati dari supliment atau makanan yang mengandungi zat besi

2) Kekurangan Asid Folic
Asid Folic mempunyai fungsi untuk memberikan nutrisi kepada kandungan serta mencegah bayi dari kecacatan otak. Kebiasaannya klinik rawatan akan memberikan supliment asid folic ini untuk ibu mengandung mengambil setiap hari.

3) Kekurangan Vitamin B12
Vitamin B12 ini merupakan salah satu vitamin penting ketika saat hamil kerana ia membantu pembetukan sel darah merah. Jika anda kekurangan vitamin B12 ketika mengandung anda telah mengurangkan kadar pembetukan sel darah merah. Vitamin B12 ini boleh didapati juga dari klinik kesihatan ibu hamil atau boleh didapati daripada makanan seperti daging burung, ayam, susu, telur dan daging lain.

4) Kandungan Kembar
Bagi anda yang mempunyai kandungan kembar ini faktor kekurangan darah adalah menjadi masalah utama dan anda perlu meminta nasihat dari doktor atau pakar pemakanan untuk mengatasi masalah ini.

5) Mengandung Dengan Jarak Terlalu Dekat
Keadaan seperti ini sering berlaku kerana anda masih belum pulih sepenuhnya daripada kehamilan yang sebelum ini. Badan anda belum boleh menghasilkan el darah merah yang secukupnya untuk kehamilan yang kedua.

6) Morning Sickness / Alahan Mengandung
Keadaan ini sering dialami oleh ibu mengandung. Boleh dikatakan majoriti ibu mengandung menghadapi masalah ini. Apabila situasi ini terjadi maka ibu mengandung tidak dapat menyerap nutrisi, zat besi, serta vitamin B12 dengan baik sehingga tahap anemia makin teruk.

7) Badan Tidak Mampu Menyerap Zat Besi
Situasi ini jarang berlaku kepada ibu mengandung akan tetapi sekiranya berlaku ini akan menjadi masalah kerana sel reproduksi darah merah anda tidak normal untuk menghasilkan darah merah dan tidak mampu menyerap zat besi dengan baik. Keadaan ini akan mengganggu kandungan anda.

8) Penyakit Buasir
Penyakit ini merupakan salah satu penyakit yang banyak juga dialami oleh ibu mengandung yang sering mengalami sembelit. Jika buasir itu sehingga mengalami pendarahan ini akan menyebabkan anda yang sedang kekurangan darah.

9) Badan Kekurangan Nutrisi
Sekiranya anda ibu mengandung mengalami kekurangan nutrisi ini akan mengganggu tahap kesihatan anda dan akan berlakunya penurunan yang drastik pada diri anda. Kekurangan nutrisi ini akan mengurangkan kadar metabolisma badan dan mengurangkan darah dalam badan. Biasanya ini terjadi kepada ibu yang mengandung kembar.

10) Mengamalkan Diet Yang Terlalu Ketat
Menjaga berat badan agar tetap ideal saat hamil memang perlu dilakukan. Memiliki tubuh badan yang terlalu gemuk juga tidak bagus untuk anda dan kandungan anda dan sebaliknya. Diet boleh diamalkan tetapi hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

0 comments on “Faktor Ibu Mengandung Kurang DarahAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *