Anda dah beli ke carseat untuk anak anda? Kalau dah beli tu jangan lupa pastikan pemasangan carseat itu mengikut manual yang telah ditetapkan. Penting juga untuk ibu bapa mengetahui antara komponen-komponen asas car seat dan fungsinya. Mari saya kongsikan sedikit komponen penting pada car seat dan fungsinya.

Top Tether

ISOFix Mount adalah dua bahagian di mana satu terletak pada ‘Child Seat’ dan satu lagi berada di bahagian kereta anda. Lazimnya ISOFix Mount ini berada di bahagian kerusi belakang kereta anda. Sebangai contoh, jika kita lihat pada kereta Proton Saga BLM, terdapat satu tempat di bahagian belakang yang dipanggil ‘Top Tether Mount’. ‘Top Tether Mount’ adalah satu tempat di mana kita boleh ikatkan ‘Child Seat’ untuk menambahkan lagi kestabilan.

 

Head Protector

Berfungsi untuk melindungi kepala anak anda dari bergerak ke kiri atau kanan semasa berada dalam car seat. Kedudukan anak anda di dalam car seat akan menjadi lebih selamat dengan adanya Head Protector terutama sekali bagi bayi kerana kepala mereka masih belum dapat diimbang dengan sempurna lagi.

 

Harness Strap

Pastikan car seat anak anda bersesuaian dengan umur mereka kemudian pastikan pemakaian harness strap pada bahagian kanan dan kiri tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat dengan cara mengukur satu jari dari bahu anak anda. Keadaan ini bagi memastikan anak anda selesa berada di dalam kerusi keselamatan itu sekaligus dijamin selamat.

 

Harness Buckle

Setelah selesai memastikan harness strap anak anda sudah kemas rapatkan kedua-dua buckle harness strap kiri dan kanan kemudian masukkan ia ke harness buckle bagi memastikan kedua-duanya harness strap kemas.

Harness Adjustment

Harness Adjustment boleh ditarik untuk mengetatkan Harness Strap mahupun melonggarkan nya mengikut keselesaan anak anda. Ia berfungsi untuk menetapkan posisi badan anak anda setelah diketatkan Harness Strap supaya badan anak anda tidak bergerak-gerak semasa berada di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak.

 

Locking Clip

Ia berfungsi untuk mengunci buckle seat belt setelah selesai anda memasang seat belt pada kerusi keselamatan kanak-kanak anak anda. Ia bagi memastikan posisi kerusi keselamatn berada dalam kedudukan yang telah ditetapkan.

 

ISOFIX

Pemasangan car seat yang mempunyai isofix lebih memudahkan cara pemasangannya berbanding menggunakan tali pinggang. Tapi perlu pastikan yang kenderaan anda mempunyai isofix juga untuk memasang kerusi keselamatan isofix. Isofix membuatkan pergerakkan car seat kurang dan ia juga mesra pengguna.

 

5 Point Harness & 3 Point Harness

Kerusi keselamatan kanak-kanak kebiasaannya didatangkan sama ada dengan 3 point-harness atau 5 point harness. Tapi kebiasannya ibu bapa akan memilih kerusi keselamatan 5 point harness kerana ia lebih selamat.

 

 Semoga perkongsian di atas bermanfaat kepada ibu bapa semua !

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *