Khasiat Sayuran Dalam Berpantang

Kebanyakkan ibu mengelakkan menu sayur kerana bimbang akan bentan. Sayur yang bersifat sejuk dan berangin perlu elak makan. Semasa berpantang anda perlukan zat dan nutrien daripada sayur-sayuran untuk pemulihan diri dan dalaman dan untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti bagi bayi anda.

Sayur yang boleh menyebabkan bentan seperti sayuran-sayuran jenis menjalar, sejuk dan berangin adalah tidak digalakkn makan. Selain daripada jenis ini terdapat banyak lagi sayuran-sayuran lain yang boleh dimakan. Diantara sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang dan untuk menambah susu
ialah seperti berikut :

?Pegaga
pegaga mempunyai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C. Pegaga digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

?Sawi
Sawi hijau mengandungi sejumlah nutrisi yang mewakili vitamin, mineral dan juga antioksidan. Sawi mengandung kolin yang boleh memperbaiki kualiti tidur menjadi lebih baik.

?Brokoli
Brokoli mengandungi anti-oksidan & anti-carcinogen yang dapat mengelakkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, serviks, prostat.

?Daun Cekur dan Cekur Manis
Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini dikatakan boleh mengekalkan keremajaan.

??Ulam Raja
Ulam Raja mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A. Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang.

?Halia
halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. walaupun ianya bersifat panas dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap.

?Daun Lemuni
Daun Lemuni mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini. Tumbuhan ini boleh digunakan dalam ramuan perubatan secara tradisional untuk merawat ibu-ibu lepas bersalin serta
rawatan luka-luka kecil.

??Lobak Putih
Lobak dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu badan yang banyak terutamanya lobak putih. Caranya ialah dengan diparut dan diperah airnya lalu diminum. Rasanya tidak akan membuatkan anda selesa akan tetapi hasilnya mungkin memberangsangkan. Lobak merah pula boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam.

0 comments on “Khasiat Sayuran Dalam BerpantangAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *