Adakah mommy tau? Jika si manja sentiasa inginkan atau sentiasa mendampingi botol susunya? perkara ini merupakan bukan perkara biasa ya mommy. Botol susu mungkin menjadi sesuatu keselesaan kepada si manja dan mungkin akan berubah menjadi kebiasaan. Walau bagaimanapun, sangat penting untuk mommy mengubahnya dengan menggunakan cawan, bukan botol susu lagi.

Untuk melakukan ini, mommy harus menentukan masa yang tepat untuk mengubahnya. Tetapi bagaimana mommy tahu bila si manja sudah bersedia untuk memulakan peralihan ini dan bagaimana mommy membuat proses ini dengan tiada tekanan?

Masalah Anak Tak Nak Lepaskan Botol Susu

Mengapa Botol Susu mempunyai masalah?

Tahukah mommy, sebotol mungkin kelihatan tidak berbahaya untuk si manja dengan memberikan khasiat kepada si manja mommy.

Tetapi pemberian botol yang berpanjangan menimbulkan beberapa risiko kesihatan bagi si manja seperti :


Peningkatan kepda risiko kerosakan gigi

Hal ini berlaku ketika si manja menghisap botol susu sebelum tidur tanpa menggosok gigi dan merupakan penyebab terbesar kerosakan gigi si manja. Baki susu akan  duduk dan “makan” di gigi si manja sepanjang malam.

Penggunaan yang berpanjangan berkaitan dengan kegemukan

Pada lazimnnya, Si Manja yang cenderung minum lebih banyak susu dengan botol mempunyai masalah ini berbanding si manja yang minum menggunakan cawan. Namun, si manja tidak boleh mendapat lebih dari 16-24 oz.susu untuk setiap hari.

Botol juga boleh menjadi ukuran keselesaan bagi si manja dan mommy, kerana mommy sentiasa menawarkan si manja sebotol ketika mereka mula menangis. Tetapi susu mempunyai jumlah kalori yang sama dengan makanan, jadi ukuran kalori ini dengan cepat boleh menyebabkan kenaikkan berat badan dan juga kegemukan.

Boleh mengubah senyuman si manja

Kajian juga telah menunjukkan bahawa si manja yang diberi susu botol mungkin mempunyai gigi bengkok dua kali ganda. Hal in kerana, cara si manja menghisap botol boleh mempengaruhi perkembangan otot, mulut, dan lelangit dan seterusnya boleh mempengaruhi gigi dan rahang si manja.

Bilakah masa sesuai menceraikan botol susu dengan si manja?

Tahukah mommy semakin lama mommy menunggu untuk memisahkan botol, semakin sukar untuk  si manja melepaskannya, kerana mereka menjadi lebih berdikari dan keras kepala. Ia juga akan menimbulkan lebih banyak tekanan dan kekacauan bagi mommy.

Namun, American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan untuk memulakan penceraian botol susu dari botol pada usia 12 bulan dan mungkin berjaya sepenuhnya sehingga 18 bulan. Namun, lebih awal mereka dihentikan, semakin baik.

Oleh itu, mommy perlu memperkenalkan “sippy cup” kepada si manja sekitar enam hingga sembilan bulan. Mulakan dengan memberikan susu ibu atau susu formula dengan quantity satu hingga dua oz kepada si manja mommy. Tetapi mommy jangan cepat mengalah, si manja memerlukan beberapa minggu atau sehigga sebulan untuk mendapat kebiasaan.

Apabila si manja hampir setahun dan sudah mula minum menggunakan “sippy cup”, mulailah proses ini dengan mengganti sekali sehari sahaja botol susu dengan “sippy cup”. Setahun adalah masa yang tepat untuk si manja kerana mommy juga akan mula beralih dari formula ke susu.

Masalah Anak Tak Nak Lepaskan Botol Susu

Antara Petua Peralihan…

Peralihan botol boleh menjadi sesuatu yang sukar dan  memberi tertekan kepada mommy dan si manja. Jadi,  mommy tak perlu risau di sini adalah beberapa petua untuk menjadikan peralihan ini lebih lancar dan lebih menyeronokkan bagi semua orang yang terlibat.

  • Mommy perlu gunakan “Sippy Cup dengan permukaan  atau straw yang  keras. Doktor gigi  sendiri yang mengesyorkan menggunakan “Sippy Cup” dengan permukaan keras atau straw yang keras daripada yang mempunyai permukaan lembut. Menggunakan “sippy cup” atau straw yang keras tidak hanya akan menguatkan gigi mereka, tetapi juga akan menjadikan peralihan menjadi lebih berkesan kerana si manja tidak “confuse”. 

~ Selamat Mencuba Mommy~