Nak Banyak Susu? Jom Cuba Amalkan 5 Perkara Ini

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Nak Banyak Susu? Jom Cuba Amalkan 5 Perkara Ini

Apabila menjadi seorang ibu ni pastiya menjadi satu rutin harian si ibu untuk menyusukan anak untuk memastikan anak dapat khasiat dari susu ibu itu sendiri. Namun adakah anda seorang ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu ? Mesti rungsingkan memikirkan cara untuk membanyakkan susu anda dan serba sedikit pastinya ia mengganggu rutin harian anda kerana ada sesetengah orang susu nya keluar sedikit sahaja dan ada juga sesetengah ibu yang tidak dapat mengeluarkan susu langsung. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya jadi apa kata ibu –ibu yang  mempunyai masalah ini mahupun tidak ikut beberapa tips  ini untuk memperbanyakkan susu anda.

1.Kerap Menyusu

Walaupun susu anda keluar sedikit teruskan sahaja menyusu kerana ia dapat merangsang hormon prolaktin yang boleh menghasilkan lebih banyak susu. Pastikan anak anda menyusu dengan kerap sekurang-kurangnnya  10 ke 12 kali sehari. Untuk merangsang bonding dan penghasilan susu selepas bersalin anda perlu terus susukan bayi secara langsung sebaik sahaja sampai ke wad. Ingat ! walaupun susu anda keluar sedikit sahaja teruskan sahaja menyusu okay .

2.Posisi dan Kedudukan

Pastikan posisi anda dan bayi ketika menyusu dalam keadaan yang betul dan selesa. Setelah itu perlahan-lahan mengangkat bayi dan melekapkan mulut bayi puting payudara. Make sure adanya ruang antara mulut dan hidung bayi dengan dada anda untuk memastikan bayi dapat bernafas dengan baik dan selesa ketika menyusu.

3.Air Kosong

Mommy semua kena tahu air kosong ni banyak khasiat dia jadi banyakkanlah minum air kosong kalau nak susu anda banyak. Sekurang-kurangya anda disarankan minum air lebih kurang 2 ke 3 liter sehari. Kurang-kurangkan minum air manis atau air yang berkaffein ye mommy sebab nanti kesian dekat si kecil tu dapat khasiat yang tak bagus pula. Practice make perfect mommy boleh punya demi kebaikan si manja anda juga kan.

4.Stres

Kita ni manusia tak lari dari masalah stres nak nak lagi lepas bersalin ni rutin harian kita berubah dan banyaklah faktor yang menyebabkan kita stress. Tapi stress ni tak elok tau Mommy sebab boleh bagi kesan dekat penghasilan susu. Kalau boleh tu ketepikan dulu masalah yang ada dan sentiasa bertenang okay.

5.Pemakanan

Herba ni bagus untuk kesihatan kalau untuk ibu yang sedang menyusu banyakkan makan halba tak kisahlah nak makan macam tu sahaja atau campurkan ke dalam teh setiap pagi pun boleh.

Selain itu boleh juga banyakkan makan lobak putih, susu, kurma dan oat. Sekarang ni pun ada juga dijual makanan tambahan yang dipanggil milkbooster yang terdiri daripada bahan-bahan yang boleh memperbanyakkan susu ibu jadi boleh juga cuba amalkan pengambilan milkbooster.

Semasa mengandung mommy pun kena jaga pemakanan juga ye banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran senang cerita makanan yang berkhasiatlah. Vitamin seperti asid folik dan zink cooper juga jangan lupa ambil ye .

Semoga perkongsian di atas dapat membantu mommy semua menjalani  kehidupan sebagai seorang ibu dengan lebih bahagia, ceria dan tenang. Jadikan waktu menyusu itu masa untuk mengeratkan hubungan anda dan si manja. Selamat beramal !

Klik link di bawah untuk membuat pilihan milkbooster

–>> MILKBOOSTER

Nak survey MILKBOOSTER? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy  memilih MILKBOOSTER yang sesuai untuk anda.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice