Penyusuan Pertama Kali

Penyusuan susu ibu adalah satu anugerah dan memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah sumber makanan yang terbaik bagi bayi anda. Malah ia bukan sahaja dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit dan mengeratkan hubungan kasih sayang ?❤️diantara ibu dan anak. Faktor ini sangat penting bagi perkembangan psikologi bayi yang sihat. Kandungan susu ibu pula akan berubah setiap hari mengikut keperluan bayi, berdasarkan dengan perkembangan dan tumbesarannya.

?Cara penyusuan : Apabila anda sedang memangku bayi anda dan sebaik sahaja mulutnya melekap di sekeliling kawasan puting payudara (areola), bayi akan mula menyusu. Situasi ini dapat dilihat seperti mulut bayi anda seakan-akan memicit di kawasan pengumpulan susu tersebut ketika menghisap susu badan anda. Ini akan membolehkan puting payudara anda menjadi panjang sedikit dan susu akan mengalir keluar.

?Bayi yang diberikan susu secara terus “direct breastfeed” harus disusukan apabila dia menginginkannya. Kekerapan bayi menyusu adalah lebih kurang 8-10 kali sehari dan jadualnya akan berubah di mana bilangan penyusuan setiap hari akan semakin berkurangan kepada 6-8 kali sehari. Namun begitu, setiap bayi mempunyai keperluan dan selera masing-masing. Jadi anda seharusnya memberikan pemerhatian sekiranya bayi anda telah kenyang atau masih lapar. Contohnya, bayi yang telah kenyang akan kelihatan selesa, ceria dan tidak meragam selepas setiap kali penyusuan kedua-dua belah payudara selama 5-20 minit. Membasahkan lampinnya sebanyak 6-8 kali sehari dan mempunyai pertambahan berat badan yang baik.

?Jika bayi anda tidak mahu menghisap susu seperti kebiasaannya pada waktu pagi, anda perlu memerah susu tersebut. Ini akan memastikan susu badan anda terus dapat dihasilkan dengan sempurna sepanjang hari itu. Sekiranya anda tidak sihat atau tidak berada dirumah untuk menyusukan bayi, anda juga harus memerah susu agar susu dapat terus dihasilkan dengan sempurna.

Semoga info ini sedikit sebanyak memberi ilmu kepada mommy2 yang baru sahaja dapat baby.

0 comments on “Penyusuan Pertama KaliAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *