RISAU CAR SEAT ANAK ANDA DICURI?

AMALKAN LANGKAH-LANGKAH  INI UNTUK MENGELAKKAN KECURIAN CAR SEAT ANAK ANDA.

Baru baru ni kita digemparkan dengan kes kecurian car seat yang berlaku di kawasan Johor Bahru.

Gambar di atas merupakan antara gambar yang dimuat naik oleh pemilik car seat yang dicuri itu. Si ibu meluahkan rasa yang amat kecewa di laman Twitternya susulan kejadian tersebut dan kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai terutama sekali para ibu bapa.

“Zaman sekarang car seat pun ada orang nak curi ?” mesti persoalan ni bermain di dalam fikiran ibu bapa kan selepas membaca berita kecurian car seat tu. Mana tak nya car seat ni ada nilai dan harganya pula ada banyak range mungkin itu lah yang mendorong pencuri untuk curi car seat tu.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk tahun 2020 dan penggunaan car seat pula telah diwajibkan bermula tahun 2020 jadi mesti ramai ibu bapa yang tengah buat persediaan untuk membeli car seat kepada anak-anak kan? Tapi lepas baca kejadian di atas mesti ada rasa bimbang kejadian itu berlaku pada diri sendiri kan. Jangan pula disebabkan takut berlaku kejadian di atas berlaku pada diri anda terus anda takut untuk membeli car seat.

Kejadian kecurian car seat ni boleh dielakkan jika kita mengambil langkah-langkah keselamatan dalam usaha mengelakkan berlakunya kes kecurian car seat pada diri anda.

Antara langkah-langkah keselamatan yang anda boleh ambil ialah :

  1. Jika anda ingin meletakkan kenderaan anda di pusat membeli belah atau dimana-mana sahaja pastikan anda meletakkan kenderaan anda itu di kawasan yang terang, selamat dan menjadi tumpuan laluan orang ramai untuk mengelakkan pencuri lebih mudah menjadikan kereta anda sebagai target. Nak lebih selamat letak kenderaan anda di kawasan yang berhampiran pondok keselamatan.
  2. Buat kereta anda kelihatan kosong. Simpan barang-barang berharga di tempat yang tersorok untuk mengelakkan kereta anda menjadi perhatian. Jika boleh sebelum meninggalkan kenderaan anda cabut car seat anak anda dan simpan dalam boot kereta.                                                                                            
  3. Tutup tingkap kereta anda menggunakan aksesori pelindung tingkap yang terdapat dijual di kedai aksesori kenderaan. Pelindung tingkap ini di samping dapat melindungi kereta anda dari terkena cahaya matahari ia juga dapat membantu mengelakkan orang luar dapat lihat dengan jelas barang yang terdapat dalam kenderaan anda.
  4. Memasang alarm kereta tambahan atau alat anti-theft yang terdapat di kedai aksesori kenderaan. Ia berfungsi untuk memberikan amaran sekiranya terdapat seseorang membuat cubaan untuk mencuri kenderaan anda. Tapi bergantung kepada jenis alarm yang anda guna juga.  
  5. Memasang kamera dashcam pada kereta anda. Di samping ia dapat merekodkan aktiviti yang berlaku ketika anda tiada dalam kenderaan ia juga boleh membuatkan pencuri untuk membatalkan niat mereka untuk mencuri kerana risau identity mereka dapat dirakam menggunakan dashcam itu.
  6. Menukar cermin kenderaan anda kepada cermin yang sukar untuk dipecah. Di kedai aksesori kereta sekarang sudah ada jual cermin kereta jenis yang macam ni. Cermin kereta jenis ini akan membuatkan si pencuri lagi susah nak pecah cermin kereta anda.

Perkongsian di atas merupakan antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mengelakkan berlakunya kecurian car seat anak. Ia mungkin memakan kos yang sedikit tinggi namun soal keselamatan juga tidak boleh diambil remeh. Semoga perkongsian di atas dapat membantu ibu bapa untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi.

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]