Bengkung Zig Zag – KK

RM69.00

SKU: KK01 Category:

Description

BENGKUNG ZIG ZAG

Bengkung Zig Zag ialah bengkung yang direka khas untuk para ibu yang baru sahaja bersalin.Diperbuat daripada kain kasa belacu yang tebal dan lembut.Ianya dilapik dibahagian hadapan dengan kain cotton maroon yang bermutu tinggi yang akan membuatkan para ibu selesa untuk memakainya.Panjang bengkung ini menutupi seluruh kawasan perut iaitu bermula dari bawah payu dara hingga mencecah paras pinggul.Ianya didatangkan dengan pelbagai saiz.

Fungsi Bengkung Zig Zag

-Pembentukkan semula tubuh seperti sediakala terutama bahagian perut & punggung
-Menghalang peranakan turun
-Menguatkan semula otot-otot yang regang dan lemah
-Menghalang perut daripada dimasuki angin dalam tempoh berpantang

Kelebihan Bengkung Zig Zag

-Mudah dan selesa dipakai-Bengkung ini mempunyai dua tali iaitu dibahagian kanan dan kiri untuk memudahkan para ibu memakainya sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa.Selain itu,tali tersebut membantu mengemaskan pemakaian bengkung tanpa merasa longgar ketika bergerak mahupun duduk.

-Mengikut saiz tubuh anda-Mempunyai 5 jenis saiz badan iaitu S,M,L,XL,XXL dan anda boleh memilihnya mengikut ukuran saiz pinggang sebelum bersalin supaya anda tidak merasa ketat ketika memakainya.

-Diperbuat daripada kain yang tebal dan tahan lama-Kain belacu yang tebal membuatkan kain bengkung tidak mudah koyak dan tahan disimpan untuk kelahiran seterusnya

.-Mudah dibersihkan-Dibahagian hadapan bengkung dijahitkan menggunakan kain kapas berwarna gelap supaya tidak kelihatan kotor selepas digunakan dan mudah dibersihkan.

Saiz Bengkung

S 24-27
M 28-32
L 33-37
XL 38-43
XXL >43

Cara Memakai Bengkung Zig Zag

Langkah #1
• Lipat kain bengkung bermula dari kiri ke kanan.
• Lipat kain bengkung sebelah kanan pula ke kiri.

Langkah # 2
• Masukkan tali di sebelah kiri ke lubang jahitan di sebelah kanan dari bawah.
• Selepas itu masukkan pula tali di sebelah kanan ke kiri berselang seli sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.

Langkah # 3
• Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke dua-dua tali yang berlebih tadi ke belakang dengan cara bersilang ( seperti anda mengikat tali kasut yang panjang )
• Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda telah pun siap berbengkung.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

Enter Mothers First Choice at Checkout for 5% Member Card! Dismiss