Sale!

Set Bersalin Nona Roguy (NR)

RM299.00 RM269.00

Description

Kebaikan Set Bersalin Nona Roguy :

  • Merawat Sembelit Teruk Selepas Bersalin
  • Berkesan Menurunkan Berat Badan
  • Membersihkan Rahim dari Lendiran
  • Mengatasi Angin Meroyan atau Murung
  • Menyegarkan Fungsi Rahim
  • Memperbanyakkan Susu Ibu
  • Menambah Daya Tenaga Semasa Pantang
  • Mempercepat Pengecutan Rahim
  • Membuang Lemak Berlebihan
  • Merawat Sakit Anggota Badan
  • Melancarkan Pengeluaran Darah Nifas
  • Merawat Kembung Perut
  • Mengimbangi Kembali Sistem Badan
  • Menstabilkan Hormon

Set Bersalin Nona Roguy ini sangat sesuai untuk :

  • Ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi
  • Ibu yang sentiasa sembelit teramat sangat
  • Ibu yang sentiasa sakit anggota badan
  • Ibu yang mengeluarkan darah nifas yang tidak normal
  • Ibu yang sentiasa Kembung Perut ketika berpantang
  • Ibu yang terkejut berat badan meningkat secara tiba-tiba selepas bersalin
  • Ibu yang cepat letih dan tidak ada tenaga

Barangan Penjagaan Bersifat Dwi-Fungsi.

Barangan penjagaan set bersalin Nona Roguy boleh digunakan pelbagai cara. Tidak seperti set bersalin yang lain, setiap produk hanya khusus untuk satu pengunaan.

Sebagai contoh, minyak herbanika boleh digunakan sebagai minyak urut, ubat luka, menghilangkan pening kepala dan lain-lain.

Mudah dimakan dan Tidak Menyusahkan.

Bahan Penjagaan disediakan dengan perubatan moden yang terdiri daripada kapsul, tablet, pek uncang dan krim bagi memudahkan para Ibu.

Set bersalin Nona Roguy juga mudah disimpan dan tidak mudah rosak.

Dijamin Halal dan Selamat Dimakan.

Set bersalin Nona Roguy bertahan lebih 5 tahun dalam pasaran. Ia dijamin HALAL dan selamat serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terbukti Berkesan Menurunkan Berat Badan.

Set bersalin Nona Roguy ini membantu melawaskan air besar dan membuang lemak air yang berlebihan dalam tubuh badan. Ia menyebabkan Berat badan turun dengan kadar normal dan pada masa yang sama membekalkan tenaga ke seluruh anggota badan.

Kesan- kesan luka jahitan selepas bersalin juga sembuh dengan cepat bagi mengelakkan para ibu terkena jangkitan kuman yang membahayakan kesihatan

1. PHYTONATAL

(90 BIJI TABLET)

Tablet Pembersih Rapi Dalaman

Phytonatal membantu membersihkan rahim dengan membuang lendiran dan darah kotoran dari badan. Juga bertindak melawaskan najis dan membuang lemak berlebihan (Turun Berat Badan).

No.siri KKM : MAL 05090043T

 

Cara Penggunaan : Bersalin normal mula makan tablet PHYTONATAL pada hari ke 4 dan bersalin secara pembedahan mula makan pada hari ke 7

Lawas Buang Air Besar – Normal
2 – 4 tablet

Tidak Lawas Buang Air Besar – Sembelit
4 – 10 tablet

Terlalu Lawas Buang Air Besar – Sensitif
1 -2 tablet

​Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda pada sebelah malam.

 

2. AKAR HERBANIKA

(10 PEKET)

Minuman Antioksidan di Wad Bersalin

Akar Herbanika di set bersalin Nona Roguy ini membantu menambahkan tenaga dan Khasiat pemakanan kepada para Ibu. Juga bertindak menyegarkan badan.

No.siri KKM : MAL 19972865T

Cara Penggunaan : minum 2 – 4 gelas / mug sehari atau 3 – 6 cawan sehari:

Rendam 2 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 flask atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat.

Setiap kali minum masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.

Minum suam panas, suam atau sejuk. (2 peket boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

Di rumah – buat pilihan Rendam atau Rebus:

Disyorkan rebus 2 – 3 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih.

Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.

Minum suam panas, suam atau suam sejuk. (2 peket boleh diulangi beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

 

3.MINYAK HERBANIKA

(100ml)

Pengurangkan Kesan Regangan di Perut

Minyak Herbanika di dalam set bersalin Nona Roguy berfungsi menguatkan otot perut.

Ia juga bertindak mengurangkan kesan regangan dan kesan pecah-pecah di kulit semasa mengandung.

Ia juga meningkatkan Pengedaran darah.

No.siri KKM : MAL 19985762T

Cara Penggunaan : Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk bersalin normal dan secara pembedahan (caesarian) di wad Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa dalam wad).

Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda.

Ikat rambut dengan rapi. (Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara pembedahan).

Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.

(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)

Untuk bersalin normal:

Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari. Pakai dengan selesa.

Untuk bersalin secara pembedahan:

Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari dengan selesa. (Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran) Bengkung ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di wad.

Bagi kelahiran normal:

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, disyorkan penggunaan Strap-On Binder dengan ringan dan rapi. (Strap-On Binder/Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi)

Bagi kelahiran secara pembedahan:

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang kecuali bahagian pembedahan. Pastikan kegunaan Strap-On Binder yang ringan dan melepasi tundun sulit anda tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan.

Anda boleh teruskan amalan berbengkung secara ini selama 2 minggu sebagai langkah penjagaan awal.

Perhatian : MINYAK HERBANIKA boleh digunakan untuk berurut semasa dalam pantang.

 

4.HERBANIKA BARUT

(60gm)

Mengetatkan Perut yang menggeleber

Krim Herbanika barut ini di sapu di sekeliling perut. Ia bertindak mengetatkan kembali perut yang menggeleber selepas bersalin.

Ia juga bertindak menguatkan otot perut dan otot pinggul yang kendur.

No.siri KKM : MAL 20014436T

Cara Penggunaan : Bagi kelahiran normal, guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke-4 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari)

Bagi kelahiran secara pembedahan, guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke – 15 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari):

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM HERBANIKA BARUT di perut, ari-ari,pinggang, pinggul serta atas peha.

Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.

Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.

Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang. Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung semalaman. Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur.

Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.

 

5.UNCANG CUCI HERBANIKA

(10 PAKET)

Penyembuh Luka

Bertindak sebagai Antiseptik untuk menyembuhkan luka dan mencegah jangkitan kuman.

Ia juga bertindak menyegarkan dan menghilangkan bau badan ketika berpantang.

No.siri KKM : MAL 19985763T

Cara Penggunaan : Bercebok bahagian sulit untuk bersalin normal, lakukan semasa di wad dan di rumah.

Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas.

Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat. Lakukan cucian serta cebok di bahagian sulit dan luka jahitan anda.

Kesat kering dan sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan/episiotomi dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda. Bercebok bahagian sulit untuk bersalin secara pembedahan, lakukan semasa di wad dan di rumah.

Rendamkan 1 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.

Lakukan cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih serta segar dan kesat kering. Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah rengat atau ketidakselesaan di bahagian perut.

Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan Mandian Herba ibu bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan/episiotomi. Sebagai Mandian Herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.

 

6.HERBANIKA LULUR

(100gm)

Mengembalikan keserian kulit

Herbanika Lulur bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman semasa mengandung.

Ia juga bertindak menegangkan kembali payu dara yang kendur.​

No.siri KKM : MAL 19985761T

Cara Penggunaan : Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan pembedahan, dimula pada hari ke 3 Sebelum mandi, ambil 1 – 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.

Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.

Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan. Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).

Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk.

Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.