SUSU KAMBING WILDAN 100% ASLI

RM45.00RM120.00

 

Khasiat Susu Kambing 100% Asli Wildan:

Untuk Ibu Hamil

  • Memberi tenaga dan menyegarkan badan
  • Sumber kalsium dan mineral untuk tubuh dan kandungan
  • Mencegah bayi daripada terkena demam kuning
  • Membantu memudahkan proses bersalin
  • Membantu membersihkan anggota dalaman dan peranakan semasa bersalin

Untuk Ibu Menyusukan Anak

  • Bagi anak yang masih kecil, kami galakkan untuk ibu menyusukan sendiri anak-anak dengan susu ibu, susu terbaik di dunia.
  • Sekiranya anda mengalami kekurangan susu badan, dengan mengamalkan Susu Kambing Wildan, dengan izin Allah ia dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan serta memekatkan susu badan. Insya-Allah, anak yang disusui lebih cepat kenyang dan kurang meragam.

Untuk Anak Berusia 1 Tahun dan ke atas

  • Membantu menguatkan imunisasi badan anak-anak.
  • Menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana susu kambing mengandungi kalsium yang tinggi.
  • Membantu perkembangan minda dan memperkuat daya ingatan.
  • Membantu sistem pencernaan.
  • Sesuai bagi anak-anak yang alergik kepada susu lembu atau soya.

Untuk Pelajar

  • Sebagai sumber tenaga bagi pelajar yang sibuk dengan aktiviti berpersatuan dan akademik.
  • Menambah daya tumpuan ketika belajar
  • Menguatkan ingatan
  • Mencerdaskan otak

Untuk Orang Dewasa

  • Sebagai sumber tenaga
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan lutut
  • Menguatkan tulang dan mencegah tulang daripada rapuh
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dan penyakit
  • Membantu mencegah penyakit lupa dan nyanyuk

HARGA:

Pack 500 g @ RM45.00

Pack 1 kg @ RM85.00

* Susu Wildan hampir setiap hari keluar di Radio IKIM FM

Clear
SKU: WSK001 Category:

Description

SUSU KAMBING WILDAN 100% ASLI

Wildan2

Wildan3

 

SUSU KAMBING WILDAN 100% ASLI

Wildan merupakan pengeluar Susu Kambing jenama Wildan sejak tahun 2013. Susu Kambing jenama Wildan merupakan susu kambing dalam bentuk tepung dan mengandungi 100% susu kambing tanpa campuran susu lembu (Skim Milk).

Wildan Susu Kambing boleh didapati dalam 2 perIsa iaitu Wildan Susu Kambing Asli (Tanpa Gula Tambahan) dan Wildan Susu Kambing Coklat (Tanpa Perasa Tiruan). Kedua-dua perisa ini tidak mempunyai rasa dan bau hamis kambing yang mana ia boleh diminum dan diterima oleh hampir semua golongan umur bermula dari umur 1 tahun dan ke atas.

Susu Kambing Wildan 100% Asli boleh diminum seisi keluarga:-

  1. Anak-anak berumur 1 tahun ke atas
  2. Pelajar-pelajar sekolah, menengah dan universiti.
  3. Orang dewasa dan warga emas
  4. Ibu hamil dan ibu menyusukan anak.

Khasiat Susu Kambing 100% Asli Wildan:

Untuk Ibu Hamil

  • Memberi tenaga dan menyegarkan badan
  • Sumber kalsium dan mineral untuk tubuh dan kandungan
  • Mencegah bayi daripada terkena demam kuning
  • Membantu memudahkan proses bersalin
  • Membantu membersihkan anggota dalaman dan peranakan semasa bersalin

Untuk Ibu Menyusukan Anak

  • Bagi anak yang masih kecil, kami galakkan untuk ibu menyusukan sendiri anak-anak dengan susu ibu, susu terbaik di dunia.
  • Sekiranya anda mengalami kekurangan susu badan, dengan mengamalkan Susu Kambing Wildan, dengan izin Allah ia dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan serta memekatkan susu badan. Insya-Allah, anak yang disusui lebih cepat kenyang dan kurang meragam.

Untuk Anak Berusia 1 Tahun dan ke atas

  • Membantu menguatkan imunisasi badan anak-anak.
  • Menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana susu kambing mengandungi kalsium yang tinggi.
  • Membantu perkembangan minda dan memperkuat daya ingatan.
  • Membantu sistem pencernaan.
  • Sesuai bagi anak-anak yang alergik kepada susu lembu atau soya.

Untuk Pelajar

  • Sebagai sumber tenaga bagi pelajar yang sibuk dengan aktiviti berpersatuan dan akademik.
  • Menambah daya tumpuan ketika belajar
  • Menguatkan ingatan
  • Mencerdaskan otak

Untuk Orang Dewasa

  • Sebagai sumber tenaga
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan lutut
  • Menguatkan tulang dan mencegah tulang daripada rapuh
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dan penyakit
  • Membantu mencegah penyakit lupa dan nyanyuk

 

Apa Beza Susu Lembu dengan Susu Kambing?

Pertama sekali, kita mesti tahu “Semua susu diciptakan tidak sama antara satu sama lain”. Perbezaan antara Susu Lembu dengan Susu Kambing tidak nampak begitu ketara pada pandangan mata kasar. Tetapi, apabila kajian dijalankan kita dapati susu yang lebih hampir sama kandungannya dengan dengan Susu Ibu adalah lebih baik.

Fakta – “Susu Kambing adalah susu yang kandungannya paling hampir menyamai Susu Ibu”

Allah SWT telah ciptakan semua manusia boleh hidup hanya dengan meminum Susu Ibu sekurang-kurangnya selama enam bulan selepas dilahirkan. Tiada satu pun makanan di dunia ini yang lebih baik jika dibandingkan dengan Susu Ibu. Ini telah dibuktikan melalui pelbagai eksperimen di dalam makmal dan juga dalam kehidupan sebenar.

Tetapi, selepas beberapa bulan anak kita meminum Susu Ibu, adakah kita mahu berikan anak-anak kita Susu Kambing ataupun Susu Lembu yang lebih popular? Susu yang mana satu lebih baik?

5 Sebab Kenapa Susu Kambing Lebih Baik Daripada Susu Lembu.

  • Susu Kambing kurang alahan.
  • Susu Kambing lebih sebati secara semulajadi.
  • Susu Kambing lebih senang dihadam.
  • Susu Kambing jarang menyebabkan “Lactose Intolerance”.
  • Susu Kambing lebih menyerupai Susu Ibu berbanding dengan susu lembu.

1. Susu Kambing Kurang Alahan

Alergik ataupun alahan makanan yang paling banyak dilaporkan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah alahan kepada susu lembu. Alahan susu lembu ini termasuklah mengalami muntah-muntah, diarrhea, ruam, gatal-gatal kulit dan yang paling teruk boleh menyebabkan anaphylaactic shock , kejutan anafilaktik yang boleh membawa kematian.

Alahan kepada susu ini disebabkan oleh bahan protein iaitu Kasein Alpha S1 yang didapati lebih tinggi di dalam susu lembu. Paras Kasein Alpha S1 di dalam Susu Kambing pula didapati 89% kurang berbanding susu lembu menjadikan Susu kambing kurang alahan. Kajian terbaru juga mendapati, bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu didapati 93% daripadanya boleh meminum susu kambing tanpa mengalami kesan alahan.

 

2. Susu Kambing lebih sebati secara semulajadi (naturallay homogenized).

Cuba kita letakkan segelas susu lembu segar dan segelas susu kambing segar semalaman di dalam peti sejuk. Keesokkan harinya kita akan dapati susu kambing masih kekal sama, tetapi susu lembu akan terpisah membentuk dua lapisan berbeza, satu lapisan krim di atas dan susu skim di lapisan bawah. Ini proses pemisahan semulajadi yang disebabkan oleh bahan dipanggil agglutinin yang sentiasa menyebabkan susu lembu terpisah.

Semua orang sukakan bahan yang nampak cantik dan segar. Jadi untuk mendapatkan susu lembu yang sentiasa sebati, syarikat susu menggunakan teknik yang dinamakan homogenization. Melalui teknik ini, larutan susu ditapis menggunakan lubang-lubang kecil dibawah tekanan tinggi yang memecahkan globul-globul lemak dan membolehkan susu dan krim sentiasa sebati dan tidak terpisah.

Masalah dengan teknik homogenization ini ialah apabila globul-globul lemak pecah, ia akan membebaskan superoxide, radikal bebas yang dikenal sebagai Xanthine Oxidase. Radikal-radikal bebas ini menyebabkan pelbagai masalah kepada tubuh badan seperti mutasi DNA yang boleh menyebabkan kanser. Oleh itu, natural homogenization sangat penting. Susu Kambing mempunyai globul lemak yang lebih kecil dan tidak mengandungi agglutinin yang menyebabkan ia terus sebati secara semulajadi.

 

3. Susu Kambing lebih senang dihadam

Susu kambing mempunyai globul lemak yang lebih kecil disamping paras asid-lemak-rantaian-sederhana yang rendah. Ini bermaksud semasa proses penghadaman, setiap globul lemak dan asid-lemak mempunyai nisbah luar-permukaan-kepada-volume yang lebih besar menyebabkan proses penghadamannya lebih mudah dan cepat. Apabila protein susu bergumpal membentuk dadih di dalam perut, susu kambing membentuk dadih yang lebih lembut berbanding susu lembu. Ini membolehkan badan menghadamkan protein susu kambing lebih senang dan lebih lengkap jika dibandingkan dengan penghadaman susu lembu.

 

4. Susu Kambing jarang menyebabkan “Lactose Intolerance”

Semua susu mengandungi lactose yang juga dikenali sebagai ‘gula susu’. Sebahagian besar dari kita mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan enzim yang dikenali sebagai lactase, enzim untuk mencernakan lactose. Kekurangan ini menyebabkan masalah Lactose Intolerance, masalah badan tidak dapat mencernakan lactose. Lactose intolerance berbeza dengan alahan kepada susu lembu walaupun kesannya hampir saya. Antara tanda-tandanya seperti mengalami kembung perut, sendawa, sakit perut, diarrhea dan juga muntah-muntah.

Susu kambing mengandungi kurang lactose berbanding dengan susu lembu, oleh itu susu kambing lebih mudah dihadam oleh mereka yang mengalami lactose intolerance. Apa lebih menarik adalah, perbezaan paras lactose antara susu kambing dan susu lembu sebenarnya tidaklah begitu besar (hanya kurang 10% berbanding susu lembu), tetapi masih ramai pesakit yang mengalami lactose intolerance  boleh meminum susu kambing. Walaupun jawapannya masih belum jelas, tetapi saintis menganggap oleh kerana susu kambing dicernakan dan diserap dengan lebih sempurna oleh tubuh kita, jadi tiada sisa-sisa lactose yang tidak dicernakan tertinggal yang boleh menyebabkan sakit perut atau perut tidak selesa akibat lactose intolerance.

 

5. Susu Kambing lebih menyerupai Susu Ibu berbanding dengan susu lembu

Perbandingan ini lebih kepada kajian biokimia dan juga termodinamik. Dari sudut biokimia, kajian dapati Susu Kambing mengandungi lebih banyak asid-lemak-perlu seperti linoleic dan asid arachidonic jika dibandingkan dengan susu lembu selain kandungan Vitamin B6, Vitamin A dan Niacin-nya juga yang lebih tinggi. Selain itu, kandungan potassium yang tinggi dalam susu kambing menyebabkan susu kambing bertindakbalas secara alkali di dalam badan manakala susu lembu yang kurang potassium bertindakbalas secara asidik.

Dari segi kajian termodinamik pula mendapati Susu Kambing lebih sesuai untuk diminum oleh manusia. Bayi biasanya dilahirkan dengan berat antara 3 – 4 kg, begitu juga dengan anak kambing yang baru dilahirkan beratnya dalam 3-4 kg manakala anak lembu yang baru dilahirkan pula biasanya mempunyai berat lebih kurang 45kg.

Secara termodinamik, perbezaan lembu dan kambing ini sangat jelas terutamanya dari segi keperluan nutrisi untuk perkembangan dan tumbesaran. Susu Lembu diciptakan sesuai untuk membesarkan anak lembu dari berat 45 kg sehinggalah menjadi lembu dewasa seberat 500 kg. Manakala Susu Kambing dan Susu Ibu kedua-duanya diciptakan sesuai untuk membesarkan anak kambing dan bayi dai berat 3 – 4 kg menjadi dewasa dengan berat purata antara 45 kg hingga 90 kg.

Mungkin disebabkan oleh pengambilan susu lembu disamping banyak faktor-faktor lain menyebabkan masalah Obesiti semakin serius di Malaysia.

 

Tahukah Anda?
Kebanyakkan susu kambing yang anda boleh dapati di pasaran tidak mengandungi 100% susu kambing. Sebahagiannya telah dicampur dengan susu lembu atau lebih dikenali sebagai susu skim (skim milk) atau krimer bukan tenusu (non-dairy-milk). Ada diantara campuran tersebut mencecah sehingga 40% susu lembu dan hanya 60% susu kambing.Susu Kambing 100% Asli!

Berbeza dengan produk Susu Kambing Wildan, produk ini adalah 100% susu kambing asli tanpa campuran susu lembu. Oleh itu, harga yang ditawarkan bagi 100% susu kambing asli adalah sangat-sangat berpatutan.

Susu kambing memang diakui mempunyai pelbagai khasiat sejak dari zaman Rasulullah (bacalah selawat). Maka, mengambil susu kambing yang 100% asli dapat membantu memberikan khasiat susu kambing yang lebih berkesan daripada produk susu kambing yang telah dicampur dengan susu lembu.
Dengan mengurangkan kandungan susu kambing, maka mereka dapat menawarkan produk susu kambing mereka pada harga yang lebih murah.

 

Additional information

Pack Size

MAMA PREMIUM, CHOCOLATE 500 g, ORIGINAL 500g, COMBO MAMA PREMIUM&CHOCOLATE

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

You may also like…

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

Enter Mothers First Choice at Checkout for 5% Member Card! Dismiss