Susu mommy drop ? Mesti sebab Mommy stress or penat or demam kan ? Takpe jangan risau itu perkara biasa dan sebagai seorang ibu semestinya Mommy mahukan yang terbaik untuk si kecil kan supaya dia tak lapar dan mendapat khasiat yang secukupnya dari susu Mommy. Mari baca perkongsian beberapa makanan yang mampu membantu Mommy untuk memperbanyakkan susu Mommy. Mommy boleh amalkan tips pemakanan ini sebelum melahirkan lagi tau.

  1. Sawi

Sawi merupakan salah satu sayuran yang berkesan untuk tambah susu. Bukan itu sahaja sawi ni mudah didapati di kedai dan harganya juga murah. Ikut kreativiti Mommy nak makan sawi tu macam mana nak buat sup sayur ke, tumis air ke or apa-apa je asalkan jangan berlebihan sebab tak nak khasiat sawi tu hilang.

  1. Halba

Halba juga salah satu makanan yang mudah didapati juga. Saya percaya dekat dapur Mommy mesti ada halba kan.  Selalunya orang guna halba untuk nasi lemak or nasi dagang tapi tahu tak halba ni dalam masa yang sama boleh membantu membanyakkan susu ibu. Kebiasaannya halba boleh dimasukkan ke dalam nasi, direbus bersama lemon, atau dijadikan jamu.

  1. Longan kering

Untuk longan kering ianya juga memang terbukti keberkesanannya kalau susu Mommy tiba-tiba drop boleh terus cuba ambil longan kering dengan cara rebus dan minum airnya.

  1. Kurma merah

Kurma merah juga boleh direbus dengan longan kering dan tambahkan sedikit gula batu untuk menambahkan susu ibu. Selain sedap dan boleh menambahkan susu ianya juga boleh membekalkan tenaga.

  1. Badam

Badam yang kaya dengan protein dan zat besi berfungsi menambahkan susu ibu. Mommy boleh makan badam begitu sahaja atau letakkan dalam salad atau buat susu badam dengan cara mengisar sehingga halus badam bersama air suam ditambahkan sedikit madu kemudian minum setiap pagi.

  1. Oat

Selain membantu merendahkan paras kolestrol dalam badan oat juga berkesan menambah susu ibu kerana ia kaya dengan serat. Amalkan setiap hari untuk kekal sihat sekaligus menambah susu ibu.

  1. Kurma & Madu

Kurma dan madu membantu memberikan tenaga dan mempunyai banyak khasiat nya tersendiri. Jadi bila Mommy amalkan makan kurma ia akan memberi tenaga kepada Mommy sekaligus membantu membanyakkan susu Mommy sebab susu akan cepat drop sekiranya badan kita penat.

  1. Bayam

Selain sawi bayam juga mampu membantu menambahkan susu ibu kerana ia kaya dengan zat besi, kalsium, folat dan vitamin A.

  1. Bijan

Kalsium yang secukupnya mampu mengelakkan dari susu Mommy drop. So, makanlah bujan kerana ia kaya dengan kalsium.

  1. Lobak putih & lobak merah

Biasa makan sup lobak putih atau minum air jus lobak merah ? Jadikan lobak putih dan lobak merah sebagai menu harian anda kerana selain mudah didapati ia juga murah.

  1. Soya

Soya juga mudah didapati dalam bentuk tempe, tau fu fah, tauhu atau air soya. Mommy boleh mengamalkannya untuk penambahan susu Mommy.

  1. Barli

Barli memang terkenal dengan boleh membantu menyejukkan badan dan sebagainya. Tapi Mommy tahu tak pengamalan meminum air bali dapat membantu membanyakkan susu badan.

  1. Teh hijau

Selain diminum begitu sahaja Mommy juga boleh membuat air teh hijau bersama longan kering atau kurma merah hasilnya ia dapat menambah susu Mommy ye.

 

Semoga perkongsian di atas dapat membantu Mommy yang mengalami susu drop mahupun tidak untuk mengamalkan pemakanan di atas. Pengamalan makanan dia tas bukan sahaj selepas bersalin Mommy juga boleh amalkannya sebelum bersalin lagi asalkan ia tidak memudaratkan. Selamat mencuba !

Klik link di bawah untuk membuat pilihan milkbooster

–>> MILKBOOSTER

Nak survey MILKBOOSTER? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy  memilih MILKBOOSTER yang sesuai untuk anda.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]