Moment yang paling indah untuk ibu bapa adalah apabila si isteri disahkan hamil. Bila si isteri disahkan hamil mestilah banyak persiapan yang perlu dibuat oleh si ibu dan si bapa. Persiapan yang perlu dibuat seperti mommy check up or barangan bayi dan ibu nak bersalin nanti. Pemeriksaan antenatal adalah salah satu rutin wajib setiap bulan untuk memantau tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Apa pulak peranan suami bila si isteri dah hamil? Haas i suami boleh lah memainkan peranan dengan menemani si siteri ketika pergi buat check up at least sekalu dalam trimester pertama, sekali dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.

Isteri akan rasa lebih dihargai , gembira dan bersemangat untuk menjalani fasa kehamilan apabila adanya suami di sisi terutamanya kalau isteri tu ada alahan. Moment ini mungkin tidak dirasai oleh semua ibu bapa jadi bila diberi rezeki untuk merasai moment seperti ini hargailah ia sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan kelebihan kepada para suami seperti:

1. Mempermudahkan urusan isteri

Semasa rutin pemeriksaan si isteri mungkin diminta untuk mengambil sampel air kencing atau apa sahaja jadi bila si suami ada boleh lah si suami tolong jaga barang si isteri atau menjaga anak-anak yang lain ketika proses itu untuk memudahkan lagi proses pemeriksaan si isteri takdelah si isteri ke hulu ke hilir nak kejar anak lagi nak buat pemeriksaan lagi.

2. Tambah ilmu tentang kehamilan

Semasa pemeriksaan antenatal pertama kalau ditemani suami ia akan lebih memudahkan lagi urusan doctor untuk mengetahui sejarah kesihatan sebelah bapa. Dan kebiasaannya setiap kali pemeriksaan antenatal, banyak informasi mengenai perkembangan kehamilan dan kandungan yang akan dikongsikan doctor kepada ibu bapa yang datang pemeriksaan untuk menambahkan lagi pengetahuan ibu bapa untuk memastikan proses kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.

3. Sokongan Moral

Antara ujian yang perlu dilakuakn semasa pemeriksaan antenatal adalah seperti ujian air kencing, ujian darah dan ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.

Untuk ibu yang mungkin menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, berat badan berlebihan, diabetes, haemoglobin rendah dan banyak lagi ia akan menganggu emosi si ibu apabila doctor mengesahkan si ibu mempunyai penyakit sekian. Si ibu mungkin akan menghadapi kompilasi ketika hamil kerana masalah kesihatan itu dan doctor akan menerangkan kepada si ibu tentang kompilasi tersebut semestinya ia akan membimbangkan ibu tentang keadaan bayi dalam kandungan jadi si suami kalau ada di sisi bolehlah berikan semangat kepada isteri dan memikirkan inisiatif yang sepatutnya untuk memastikan kandungan sihat .

4. Persediaan menghadapi kelahiran

Ada beberapa persediaan yang boleh dibuat oleh bakal ibu bapa terutama sekali bila kelahiran itu adalah kelahiran pertama. Mesti ada banyak benda yang perlu diketahui dan perlu dibuat persediaan dari segi pemilihan hospital hinggalah proses melahirkan bayi seperti tanda-tanda tiba masa untuk bersalin serta cara yang betul untuk meneran dan lain -lain. Jika si suami sering menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pastinya suami boleh menggunakan masa tersebut untuk bertanya kepada doctor mahupun jururawat informasi tentang bayi dan isteri. Selain itu untuk memudahkan lagi urusan bolehlah terus bertanya prosedur bersalin di hospital yang dipilih.

 

Klik link di bawah untuk membeli barangan maternity

—>> MATERNITY STUFFS

Nak survey bengkung? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy memilih bengkung yang sesuai untuk Mommy.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]