Tips Pemakaian Bengkung

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Tips Pemakaian Bengkung

Bengkung merupakan alat sokongan supaya ibu selepas bersalin dapat bergerak dengan selesa dan boleh melakukan aktiviti dengan lancar. Bilakah masa yang sesuai untuk pakai bengkung? Sebaik sahaja ibu sudah bersalin dan boleh bergerak dari baringan anda disarankan untuk memakai bengkung.

Mesti ada sesetengah ibu yang tertanya-tanya kenapa lepas bersalin kena pakai bengkung. Ini jawapannya, semasa mengandung perut ibu akan membesar dan selepas sahaja melahirkan perut ibu akan akan kosong, bergoyang, tidak selesa serta sakit jika tidak disokong dengan apa-apa.

 

Mungkin ada ibu yang lebih memilih untuk menyokong perut menggunakan tangan tapi jika ibu menggunakan tangan ia akan menyukarkan ibu untuk bergerak kerana seperti yang kita tahu tangan ada banyak kegunaannya. Bukan itu sahaja, ibu akan cenderung untuk membongkok sekiranya menggunakan tangan sebagai sokongan dan ia akan membuatkan ibu sakit belakang.

Bagi ibu yang caesarean ni ada teknik yang perlu diikut ketika bangun dari katil dengan menggunakan tuala kecil yang tebal untuk menyokong luka.

Jika ibu yang caesarean menggunakan bengkung ia akan lebih memudahkan pergerakkan anda selain ia cepat dan selesa.

Untuk ibu yang bersalin secara caesarean anda dinasihatkan untuk memakai bengkung sekurang-kurangnya selepas 2 minggu untuk tunggu luka tersebut kering dahulu. Dapatkan nasihat dari doctor, jururawat atau panel perubatan ketika ingin membeli bengkung untuk mengelakkan bengkung yang anda pakai menyebabkan jahitan pada perut terbuka.

Anda dinasihatkan untuk tidak memakai bengkung 24 jam untuk memberikan bahagian perut anda berehat selain itu untuk memastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dalam keadaan yang selesa pada waktu malam .

Cara pemakaian bengkung:

  • Cari jenis bengkung dari meterial yg tidak berkuap dan panas.
  • Jika mudah berpeluh, pasang aircond dgn suhu yg selesa. pakai stokin, pakai sweater.
  • Baring ketika memakai bengkung agar perut yang mengelebeh dalam keadaan flat dan leper ketika bengkung di pakai. jika perut jenis jatuh angkat sedikit supaya tidak menekan luka dan tulang pubik.
  • Apabila berehat seperti baring dan tidur elok la di buka jika kembali bangun dan bergerak pakai semula.

 

Penggunaan bengkung haruslah dikurangkan selepas 2 minggu penggunaan, kemudian senaman postnatal mesti dimulakan bagi tujuan menguatkan otot-otot yang terlibat. Rahim kebiasannya akan mengecil selepas 2 minggu jadi kesakitan dan ketidakselesaan kebiasannya sudah mula berkurangan.

Klik link di bawah untuk membeli bengkung moden

—>> BENGKUNG MODEN 3 SAAT

Nak survey bengkung? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy memilih bengkung yang sesuai untuk Mommy.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice