Tips Penjagaan Breastpump

  1. Pencucian

Sebelum menggunakan brestpump anda buat kali pertama, pastikan anda mencuci, membilas dan sterilkan setiap bahagian yang boleh dicuci. Untuk cara pencucian yang betul anda boleh rujuk manual arahan yang diberikan semasa membeli pam dan ikuti arahannya.

  1. Botol, Valves & Breast Shield

Botol, Valves & Breasr Shield memerlukan penjagaan yang rapi  dan dibersihkan setiap kali ia sudah digunakan.

Untuk cara pencucian yang betul rujuk manual arahan pencucian breastpump yang anda beli. Selepas menggunakan pam bilas bahagian yang bersentuhan dengan susu ibu dengan air sejuk dalam kadar yang segera sesudah pam susu. Setelah selesai mencuci bahagian pam letakkan bahagian tersebut di atas tuala kertas yang bersih ataupun susunnya di atas drying rack. Jangan lap bahagian yang sudah dicuci dengan tuala kain kering kerana bimbang tuala tersebut mempunyai kuman dan apabila anda menggunakan bahagian yang terkena kuman itu semasa mengepam susu ia akan effect susu yang anda pam sekaligus berbahaya kepasa bayi anda. Pasang bahagian pam yang sudah betul-betul kering sebelum anda menyimpannya. Apabila diyakini bersih elakkan dari memegang peralatan yang bersentuhan dengan susu badan itu.

 

  1. Dishwasher

Kalau nak masukkan breastpump anda dalm dishwasher cek dulu manual arahan sama ada breastpump anda tu boleh atau tidak dimasukkan dalam dishwasher.

 

  1. Sisa-sisa ibu

Bersihkan bahagian pam serta-merta atau bilas atau lap menggunakan kain bersih untuk memastikan tiada sisa susu ibu pada bahagian pam tersebut.

 

  1. Peralatan membersih

Pastikan berus botol, sabun antibakteria atau bahan kimia yang anda gunakan tidak kasar kerana bimbang ia akan mencalarkan alatan pam yang dicuci itu. Jika anda menyedari terdapatnya peralatan pam yang sudah calar atau retak anda dinasihatkan untuk tidak menggunakannnya lagi dan menggantikan ia dengan yang baru.

 

  1. Steril

Untuk mensterilkan breastpump anda, anda boleh gunakan pil dengan cara merendam peralatan tersebut di dalam besen yang diisi dengan air bersama pil yang dikhaskan. Untuk memudahkan lagi anda, anda juga boleh menggunakan sterilizer elektrik. Tapi apa-apa pun rujuk manual arahan yang diberikan terlebih dahulu.

  1. Tiub

Tiub hanyalah laluan udara sahaja jadi sepatutnya ia tidak perlu dibasuh. Namun jika tiub itu terkena susu ibu dan anda ingin mencucinya pastikan sebelum ada memasangnya ke breastpump anda ia betul-betul kering kerana bimbang air pada tiub masuk ke motor breastpump anda.

 

  1. Motor

 

Motor breastpump merupakan komponen yang petning dalam breastpump. Jadi ias perlu dijaga dengan rapi. Anda boleh mengelap motor breastpump dengan tisu atau kain lembut sesudah mengepam susu tapi jangan sesekali biarkan motor breastrpump terkena air.

 

  1. Overcharged

Untuk elakkan bateri breastpump anda cepat rosak atau “kong” jangan biarkan breastpump anda di charge dengan terlalu lama. Sebaik sahaja bateri breastpump anda menunjukkan signal sudah penuh terus matikan charger dan jika anda tidak menggunakan breastpump anda juga boleh mencabut bateri  dari breastpump anda.

 

  1. Berkongsi Breastpump

 

Kalau boleh elakkan berkongsi breastpump anda dengan orang lain terutama sekali peralatan yang bersentuhan dengan breast ibu atau susu ibu. Peralatan seperti enjin dan komponen yang tidak bersentuhan dengan ibu boleh lah share.

 

Klik link di bawah untuk mengetahui AKSESORI BREASTPUMP YANG DIJUAL

Klik DiSini ———–>  Aksesori Breastpump

Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI.

“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”
 [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *