6 Perkara Yang Harus Dilakukan Ketika BFF Anda Mempunyai Bayi

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

6 Perkara Yang Harus Dilakukan Ketika BFF Anda Mempunyai Bayi



❤️
?1-Belanja dia Makan
Hidangan boleh dimasak dirumah dari rakan-rakan dan keluarga setempat adalah moment paling indah disaat rakan anda mempunyai bayi sama ada
masih di dalam kandungan ataupun yang sudah lahir. Selain itu membuat pesanan penghantaran makanan ke rumah rakan anda juga boleh dibuat ini
memberikan rakan perasaan gembira ataupun memberikan mereka hamper makanan yang dikegemari oleh rakan baik anda.

❤️?2-Mengambil Berat
Melalui penghantaran mesej kepada rakan baik anda akan membuatkan mereka merasakan anda “Caring” terhadapnya dengan menanyakan seperti “Bagaimanakah anda?” ataupun “Saya ingin ke kedai runcit, adakah awak memerlukan apa-apa pesanan?”

❤️?3-Memberi Kejutan Hadiah
Apa yang mungkin boleh dilakukan oleh rakan juga adalah seperti memberikan rakan anda hadiah berupa barang-barang bayi yang kelihatan comel ataupun yang berjenama yang mereka gemari. Ini akan menggembirakan rakan anda kerana anda telah membuat satu kejutan kepadanya!

❤️?4-Melawatnya Setelah Hari Bersalin
Mengetahui due date rakan anda dan anda terus sahaja mencatatkan di buku diari ataupun di caledar handphone. Ini akan mengingatkan anda untuk melawat rakan anda yang akan menunggu masa untuk bersalin. Apabila penantian hari telah tiba, anda akan pergi melawatnya dihospital atau dirumah. Situasi ini akan memberikan rakan anda berasa bersemangat dan gembira dengan kehadiran anda ketika dia sedang sakit dan berpantang.

❤️?5-Membantu Rakan Anda Disaat Mereka Memerlukan
Anda boleh datang ke rumah rakan anda disaat mereka ketiadaan individu untuk meminta bantuan. Anda boleh menolong rakan anda untuk menjaga bayinya ketika rakan anda hendak masak ataupun ketika rakan anda hendak mandi.

❤️?6-Merancang Hari “Reunion”
Selepas beberapa bulan rakan anda telah mempunyai bayi kecil, anda pula memberitahu kepadanya tentang perancangan anda untuk buat satu Hari yang penuh bermakna kerana disitu anda akan cuba mengumpulkan seramai yang mungkin dengan rakan-rakan yang lain turut serta menghadiri di Hari tersebut
untuk berjumpa dan berkongsi pengalaman hidup serta cerita-cerita yang menarik minat untuk dikongsikan bersama. Rakan-rakan anda yang lain juga turut hadir bersama dengan anak-anak mereka.

Tentu seronok bukan? Harap perkongsian akak kali ini akan memberikan satu inspirasi yang kreatif kepada mommy2 diluar sana yang mempunyai BFF. Hargailah mereka disaat mereka memerlukan Anda. Siapa tahu akan datang jika anda di dalam kesusahan, mereka juga akan melakukan yang sama kepada anda ❤️?? ❤️?

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice