5 Faktor / Sebab Gigi Susu Bayi Lambat Tumbuh

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

#1 PERKEMBANGAN SETIAP BAYI BERBEZA

Jangan terlalu cepat panik jika bayi anda masih belum tumbuh gigi. Kemungkinan besar ia hanya mengambil sedikit masa lagi dan tak ada apa yang perlu anda risaukan. Secara normalnya, gigi pertama bayi boleh mula tumbuh antara usia 4 bulan hingga 15 bulan. Ada yang cepat, ada yang lambat. Namun sekiranya bayi yang berusia 18 bulan masih belum mempunyai walaupun sebatang gigi, maka anda bolehlah merujuk masalah ini kepada doktor.

#2 GENETIK

Dalam kebanyakan kes juga, anda tak perlu risau kerana gigi bayi lambat tumbuh hanyalah disebabkan oleh sesuatu yang diwarisi dalam keluarga. Maka untuk lebih kepastian, anda boleh bertanyakan ibu anda juga mengenai gigi pertama anda dahulu.

#3 BAYI PRAMATANG / KURANG BERAT

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau dilahirkan kurang berat badan adalah antara faktor yang mungkin bayi anda mengalami masalah lambat tumbuh gigi. Selain itu, gigi yang tumbuh juga mungkin mengalami sedikit kerosakan pada bahagian enamelnya.

#4 GENETIK YANG TIDAK NORMAL (ABNORMAL GENETIC)

Abnormaliti pada genetik yang menghambat perkembangan fizikal mungkin boleh memberi kesan kepada pertumbuhan gigi bayi. Antara kondisi yang dimaksudkan adalah Sindrom Down atau Progeria.

#5 KETIDAKSTABILAN HORMON TIROID & KEKURANGAN NUTRISI

Dalam sesetengah kes, masalah ketidakstabilan hormon tiroid dan paratiroid juga menyumbang kepada keterlewatan atau ketiadaan gigi susu semasa bayi, seperti yang dinyatakan melalui MedlinePlus. Kelenjar paratiroid contohnya, mengawal paras vitamin D dan kalsium dalam tubuh. Oleh kerana kalsium merupakan komponen utama dalam gigi, maka seseorang anak kecil yang memiliki hormon paratiroid yang rendah cenderung mengalami masalah lambat tumbuh gigi atau memiliki enamel gigi yang lemah – lalu meningkatkan kebarangkalian untuk berlakunya kaviti.

KENAPA KITA TETAP KENA JAGA GIGI SUSU BETUL-BETUL PADAHAL SELEPAS BEBERAPA TAHUN AKAN TERCABUT JUGA?

Ya, memang betul gigi susu akan tercabut/tertanggal selepas beberapa tahun. Walaupun demikian, ia tidak mengurangkan kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh gigi susu. Berikut adalah sebab kenapa gigi susu juga perlu diberi penjagaan dan kesihatan yang terbaik meskipun tidak akan kekal lama dalam mulut anak-anak kita.

  • Gigi susu akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh. Sekiranya gigi susu rosak atau tercabut sebelum waktunya, ini akan mengganggu ruang yang diperlukan oleh gigi kekal untu keluar.
  • Gigi akan membentuk struktur dan muka yang normal. Kehilangan gigi dengan kuantiti yang banyak akan menyebabkan bentuk dan struktur muka berubah.
  • Gigi susu yang sihat boleh membantu proses percakapan kanak-kanak.
  • Gigi yang sihat diperlukan untuk memudahkan kanak-kanak makan makanan yang sihat dengan selesa. Kehilangan atau kerosakan gigi boleh menyebabkan kanak-kanak hilang selera makan dan mengganggu diet dan khasiat mereka.
  • Gigi susu juga boleh memberi kesan kepada keadaan gigi kekal. Jangkitan atau kerosakan pada gigi susu boleh menyebabkan tompok-tompok/bintik-bintik gelap kelihatan pada gigi kekal.

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice