9 perbezaan warna najis bayi yang mempengaruhi tahap kesihatannya

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

9 perbezaan warna najis bayi yang mempengaruhi tahap kesihatannya

#9 perbezaan warna najis bayi yang mempengaruhi tahap kesihatannya

#1 Najis bayi baru lahir  (hitam, hijau gelap)

Pada awal kelahiran bayi, anda akan nampak najis mereka berwarna hitam atau hitam kehitaman yang sedikit melekit.

Jangan panik. Warna najis dan tahap kesihatan bayi ketika ini masih normal. Najis warna hitam ini dipanggil meconium dan ia terdiri daripada perkara yang bayi anda telan sewaktu dalam uterus, seperti sel-sel kulit, mukus dan cecair amnion.

Tiada apa yang perlu anda bimbang tentang meconium yang menyebabkan tahi hitam. Beberapa sebab lain yang menyebabkan tahi bayi kehitaman adalah kerana bayi anda menyalurkan darah dalam najisnya.

#2 Warna najis bayi yang menyusu badan (kuning mustard/coklat)

Bayi yang menyusu badan sepenuhnya akan mempunyai najis berwarna seperti ini dalam tekstur cair atau seperti doh.

Ada kalanya, ia didatangi dengan biji-biji seakan biji sawit. Namun, jangan keliru antara najis bayi yang minum susu badan dan minum susu formula.

Najis bayi yang minum susu badan tidak busuk. Malah, adalah normal jika bayi tidak berak selama 10 hari (tapi kurang dari 14 hari) jika bayi tak demam, tak meragam, tak muntah dan aktif seperti biasa.

#3 Warna najis bayi yang minum susu formula

Najis bayi yang minum susu formula biasanya akan berwarna kuning kecoklatan dan dalam tekstur seperti peanut butter.

Najis ini juga berbeza daripada najis yang #2 kerana ia lebih besar dan lebih busuk. Bayi wajib berak sehari sekali kerana jika tidak, mereka akan terkena sembelit.

#4 Najis warna-warni

Warna najis ini bermaksud makanan yang dimakan oleh bayi anda itu tidak dihadam dengan baik.

Perkara ini jarang berlaku kerana sesetengah jenis makanan hanya sebahagian saja dicerna, atau tidak dipecahkan sekaligus kerana ia bergerak dengan pantas melalui usus bayi.

Anda mungkin melihat najis ini lagi jika bayi anda suka makanannya sangat-sangat sehingga dia tidak mengunyah dengan sepenuhnya sebelum dia menelan makanan.

#5 Warna najis hijau

Warna ini boleh terjadi pada bayi yang diberi makanan tambahan zat besi untuk menambah darah.

Ia juga mungkin terjadi pada bayi yang baru mula diperkenalkan dengan makanan berbentuk pepejal. Bau najis ini sedikit busuk dan ia agak pekat.

#6 Warna oren/kuning/coklat

Jika najis bayi ini cenderung sedikit berair, ia bermaksud  bayi anda sudah terkena cirit-birit. Najis ini juga akan sering terbocor keluar dari lampin bayi.

Cirit-birit pada bayi harus diambil serius kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

#7 Warna merah

Najis yang berwarna kemerahan dan sedikit hitam boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan. Ia kerana luka atau darah dari puting ibu

Ataupun jika bayi makan ubi tetapi para ibu jangan panik, ada pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini, salah satunya dengan berbincang bersama pakar laktasi. Beritahu doktor cara penyusuan anda yang sebenar.

Tapi jika anda tidak pasti mengapa darah ada dalam najis bayi, segera bawa bayi berjumpa dengan doktor. Ia mungkin kerana alahan pada susu formula, jangkitan bakteria atau luka di dubur bayi.

#8 Warna putih

Warna najis putih agak luar biasa dan jarang berlaku.

Najis bayi yang pelbagai warna kerana memperolehi warna daripada hempedu, jadi ketiadaan hempedu ia mungkin menyebabkan tahi kehilangan warnanya, menyebabkan tahi menjadi putih kapur.

Tahi putih juga mungkin petanda masalah pundi hempedu atau hati, jadi cara yang terbaik adalah membawa bayi anda berjumpa dengan doktor hanya untuk memastikan keselamatan bayi anda.

#9 Najis keras

Najis keras akan menyebabkan bayi anda sukar untuk membuang air besar. Antara tanda-tanda najis mengeras ialah najis akan keluar berketul-ketul seperti batu.

Bayi pula akan kerap kembung perut dan meragam. Anda akan nampak bayi seakan-akan meneran dengan kuat ketika nak buang air besar.

Ini sama ada kerana bayi kena sembelit, baru belajar untuk makan makanan berbentuk pepejal, alahan pada susu formula, kurang air atau kurang serat.

Kredit: https://my.theasianparent.com/

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice