??????????
Orang dulu-dulu amat menitikberatkan amalan bertungku. Alat yang digunakan adalah batu tungku atau besi padu yang dipanaskan di atas api dalam masa setengah atau satu jam. Tungku akan dibungkus dengan daun mengkudu atau daun sireh atau pun daun lengkuas bagi memberikan aroma terapi yang menyenangkan buat para ibu. Lapisan dedaun ini juga adalah untuk mengelakkan kain pembalut tungku hangus akibat kepanasan tungku. Amalan bertungku bertujuan menghangatkan badan dan rahim ibu, membuang angin dalam badan, mengecutkan urat yang kembang setelah bersalin dan melancarkan perjalanan darah.
????????
Urutan dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Ia dijalankan selepas semingggu bersalin selama tiga hari berturut-turut. Ada juga yang meneruskan urutan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42 atau 44, atau hari ke 60 dan ke 100 pantang, bergantung kepada tempoh seseornag itu mengamalkan berpantang. Ia bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membersihkan kulit mati dan memperkemaskan bahagian perut serta mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan kekotoran.
???????? ?????? ??????????
Ada orang memandikan diri dengan air rebusan dedaun herba dan ada juga yang menjalani kaedah mandi lulur. Dilakukan selepas dua minggu. Antara daun yang digunakan adalah daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, daun inai, pisang kelat, mengkudu, rempah halba dan daun limau purut. Aroma mandian ini sangat menenangkan para ibu. Ia bertujuan mengeluarkan angin, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan awet muda.
???????? ????????
Memakai bengkung penting untuk mengembalikan kecantikan rubuh badan. Sebelum memakai bengkung, tepel disapu bersama minyak kayu putih, kapur sireh dan perahan limau nipis. Pada masa kini, banyak losyen pati halia juga bersesuaian digunakan semasa berbengkung. Ia membantu mengurangkan rasa sakit di perut, mengenpiskan perut dan mempercepatkan pengeluaran darah kotor. Selain itu ibu berpantang turut memakai param di badan untuk mengelakkan masuk angin serta di dahi untuk mengelakkan pening.
??????????
di awal proses setelah kelahiran ibu berpantang disyorkan makan makanan kering sahaja untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim. Dilarang makanan pedas, gatal, berlemak dan berminyak. Penjagaan makanan amat penting untuk mengelakkan angon meroyan atau peranakan tidka kembali ke tempat asal.