Bayi Kembung Perut Tapi Tidak Menangis? Ketahui simptom dan puncanya!!!
Kembung perut atau kolik adalah keadaan yang paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat. Dikatakan bahawa bayi yang mempunyai kembung perut sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama. Tiada apa-apa yang boleh para ibu lakukan untuk cuba membantu melegakan bayi anda semasa tempoh kolik berlaku.
Kolik(kembung) boleh memeningkan para ibu dan bayi itu sendiri. Akan tetapi, jangan bimbang kerana jangka masa kolik berlaku sangat singkat. Kolik akan berhenti dalam masa beberapa minggu atau beberapa bulan selepas itu. Namun, inilah salah satu daripada cabaran besar pertama anda sebagai ibu bapa.
Apakah simpton-simpton kolik:
Merengek dan menangis agak biasa untuk bayi, dan bayi yang cerewet tidak semestinya mempunyai kolik(kembung perut). Begitu juga dengan bayi yang sihat, dan cukup makan. Tanda-tanda kolik yang perlu anda awasi termasuklah:
- Tempoh menangis yang boleh dijangka: Seorang bayi yang menghidap kolik sering kali menangis pada waktu yang sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Tempoh masa kolik mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu. Bayi anda mungkin mempunyai pergerakan usus atau keluar gas hampir di penghujung situasi kolik berlaku.
- Tangisan yang keterlaluan atau tidak dapat dihentikan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
- Menangis tanpa sebab yang jelas: Adalah perkara biasa untuk bayi menangis kadang-kadang. Tetapi, menangis biasanya bermaksud bayi anda memerlukan sesuatu, seperti makanan atau lampin yang bersih. Menangis yang berkaitan dengan kolik berlaku tanpa sebab yang jelas.
- Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa situasi kolik berlaku.
Punca bayi terkena kolik/kembung perut:
Sehingga kini punca kolik masih tidak diketahui dengan tepat. Sesetengah penyelidik telah menemui beberapa teori, termasuk alergi, tidak toleransi laktosa, perubahan dalam bakteria normal yang terdapat dalam sistem penghadaman, sistem penghadaman yang belum sepenuhnya lengkap, ibu bapa yang bimbang, dan perbezaan dalam cara bayi diberi makan atau ditenangkan. Namun, masih belum jelas mengapa sesetengah bayi mempunyai kolik dan yang lain tidak.