Jeluak/ regurgitasi

 

‘Doktor, baby saya kerap jeluak ni. Boleh tak beri ubat untuk kurangkan jeluak ni?’

 

Biasa tak anak anda jeluak selepas minum susu? Tapi mesti ada sesetengah parents keliru antara jeluak dengan muntah kan. Tahu tak apa bezanya antara jeluak dengan muntah ? Jeluak berlaku apabila bayi sudah disusukan dan susu itu mengalir keluar tanpa sebarang tekanan atau paksaan. Sebab tu baby nampak rileks je kan. Berbeza dengan muntah, muntah pula ia keluar secara paksaan dan apabila perkara ini berlaku bayi anda kan berasa tidak selesa sebelum mahupun selepas muntah.

Mommy risau ke baby selalu jeluak? Jangan risau sebab ada kebaikannya untuk bayi.

Salah satu bahan yang ada dengan banyak dalam susu ibu ialah HMO (human milk oligosaccharides) yang berfungsi sebagai ‘anti adhesive antimicrobial’dan bertindak menghalang kuman bergayut di permukaan sel sekaligus kuman tidak dapat masuk ke dalam badan kita.

Apabila baby jeluak, susu ibu akan naik dan ‘membasahi’ saluran pemakanan, tekak dan saluran hidung. Sel-sel di sepanjang saluran ini, especially di saluran pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract) akan dilimpahi HMO.

Dan saluran ini akan ‘terpelihara’ daripada kuman-kuman ini.

Apabila kuman tak dapat nak bergayut di dalam saluran pernafasan, maka baby itu akan terpelihara daripada jangkitan di tekak (tonsillitis, pharyngitis), paru-paru (pneumonia) dan juga telinga (otitis media).

Sebab itu, baby yang menyusu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan, kurang berisiko mendapat jangkitan kuman paru-paru berbanding bayi yang tak dapat kebaikan susu ibu dalam tempoh tersebut.

Konsep yang sama berlaku dalam usus. HMO yang membasahi saluran usus membuatkan baby terpelihara daripada jangkitan kuman di usus (kurang cirit birit).

Selepas baca perkongsian di atas, Mommy risau lagi ke baby selalu jeluak? Tapi Mommy kena ingat ada jugak jeluak yang tidak normal antara tanda-tandanya ialah:

  1. Muntah yang memancut keluar (projectile vomiting)
  2. Cecair yang keluar tu warna hijau (jus hempedu, bile)
  3. Ada darah dalam jeluak/ muntah.
  4. Darah dalam najis
  5. Perut kembung/ keras/ sakit bila ditekan.
  6. Anak anda mula jeluak selepas berumur 6 bulan, atau jeluak berterusan selepas umur 1 tahun.

Sekiranya baby anda ada tanda-tanda di atas segeralah rujuk doktor bagi membuat pemeriksaan lanjut secepat yang mungkin.

 

Sumber : Dr Saleh

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk ibu bapa yang ada baby !

Klik link di bawah untuk membuat pilihan barang keperluan bagi si manja anda

–>> BARANG KEPERLUAN BAYI

Nak survey barang bayi? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih barang bayi yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *