“Kenapa anak saya tak nak minum susu kat botol?” “Dah macam-macam botol saya beli, anak saya tak nak, die nak minum direct je”

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

“Kenapa anak saya tak nak minum susu kat botol?” “Dah macam-macam botol saya beli, anak saya tak nak, die nak minum direct je”

 

No automatic alt text available.

“Kenapa anak saya tak nak minum susu kat botol?”
“Dah macam-macam botol saya beli, anak saya tak nak, die nak minum direct je”
“Kenapa anak saya kerap sangat menangis walaupun saya dah bagi die susu perahan?”
“Anak saya kuat menyusu tapi badan die tak naik-naik”
“Kenapa kena guna banyak botol simpan susu dan plastik ya?”

Harini kita kaji kenapa naka-anak kita bermasalah dengan susu EBM kita ya..Jangan ambil mudah ye atau usaha kita selama ini SIA-SIA je…

5 KESALAHAN dalam pengendalian susu ibu (EBM)

#1# Perubahan Susu Yang Mendadak

Kesalahan:
selepas pam susu, terus bekukan
bawa turun susu yang beku di frozen dan terus panaskan
panaskan susu dengan air yang mendidih

Kesan/Risiko:
? khasiat susu ibu akan hilang dan musnah jka dipanaskan dengan air panas dan jika berlaku perubahan susu yang mendadak

SEPATUTNYA
selepas pam susu, biarkan pada suhu bilik, kemudian sejukkan dahulu di peti ais bawah dan baru dibekukan
untuk panaskan susu pula, bawa turun dulu susu beku dan biarkan cair di peti ais bawah/aliran paip biasa. Setelah sepenuhnya cair, baru panaskan dengan air suam yang suam-suam kuku sahaja (max 40 darjah)

#2# JANGAN goncang susu ibu

Kesalahan
menggoncang susu setelah dipanaskan

Kesan/Risiko:
? susu ibu akan rosak

SEPATUTNYA
HANYA alirkan perlahan susu dan terbalikkan botol ke atas dan bawah sehingga susu sebati

#3# Buang susu yang telah rosak

Kesalahan:
bayi diberi susu yang lebih 1 jam dipanaskan dan menyimpan baki susu yang tidak habis

Kesan/Risiko:
? bayi berisiko sakit dan kembung perut. Susu ibu mengandungi sel hidup dan cepat rosak kerana ia sangat sensitif dengan pembiakan bakteria di dalam udara sekeliling

SEPATUTNYA
buang susu yang dah expired
susu yang dah dipanaskan lebih dari 1 jam
susu yang lebih 4 jam pada suhu bilik

#4# Susu ibu hanya boleh dicampurkan pada suhu yang sama

Kesalahan:
pam susu pada waktu pagi dan simpan di dalam peti ais, kemudian pada waktu tengah hari pam sekali lagi dan mencampurkan dengan susu yang baru dipam pagi tadi

Risiko:
? Susu mudah rosak dan khasiat hilang kerana perubahan suhu yang mendadak. Kandungan susu ibu juga berbeza setiap masa dan setiap hari.

SEPATUTNYA
susu yang dipam pada HARI YANG SAMA tetapi waktu yang BERBEZA boleh dicampurkan HANYA pada SUHU YANG SAMA

#5# Kedudukan susu ibu perlu diletakkan dalam peti ais dan tidak bercampur

Kesalahan:
susu ibu disimpan di rak tepi pintu dalam peti ais
diletakkan bersebelahan dengan bahan basah seperti ayam, ikan, udang atau lauk pauk lain yang TIDAK BERTUTUP

Risiko:
? pintu peti ais kerap dibuka dan suhu tidak stabil, susu ibu akan cepat rosak dan tidak tahan lama
? bau bahan basah akan meresap molekulnya kedalam susu ibu. Susu akan jadi busuk dan tidak sedap.

SEPATUTNYA
khaskan 1 tempat untuk susu ibu, contohnya chiller sebab suhu lebih stabil
pastikan bahan mentah disimpan dalam tupperware yang bertutup dan kedap bau.
lauk pauk pula perlu ditutup dengan plastik makanan atau bekas bertutup.

Pastikan ibu-ibu take note ye 5 kesalahan ni..Atau nanti kita akan berisiko dengan masalah bayi tak nak menyusu..Masalah ini akan menyebabkan bayi tidak mahu meyusu botol dan lebih suka direct dengan ibu sahaja..Akan menjadi masalah bila kita nak start kerja nanti..

Dipersilakan share untuk kepentingan bersama ibu-ibu seperjuangan..

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice