NAK FULLY BREAST FEEDING 2 TAHUN?
Dengan kebanjiran peniaga-peniaga yang tumbuh macam cendawan dan macam2 jenis pam susu ibu…mesti susah nak pilih yang mana satu pam terbaik kan…
Saya nak share tips cara mudah pilih pam susu.
1.Keperluan Ibu
Berapa kerap ibu bercadang mengepam susu adalah faktor utama pemilihan pam menyusu. Kemudian, pastikan harga pam adalah berada di dalam bajet ibu, biarlah berpatutan dengan kemampuan. Ibu yang bercadang untuk mengepam kerap pastinya memerlukan pam elektrik, walaupun harganya lebih mahal berbanding pam manual.
2. Ciri-ciri pam
Bagi ibu bekerja, faktor yang penting dalam memilih pam ialah:
Berat pam
Tahap kebisingan pam
Capaian punca elektrik di tempat kerja
Kebolehan double pumping
Double pumping sangat penting bagi ibu bekerja yang mempunyai masa yang terhad.
3. Ikut Bajet
Jangan ingat pam yang paling mahal adalah pam yang paling baik untuk anda.
Jika bajet anda kurang, anda boleh membeli pam jenis manual dahulu.
Usah risau, ramai jer ibu-ibu yang berjaya Penyusuan anaknya sehingga 2 tahun dengan hanya menggunakan pam jenis manual.
4. Situasi kerja
Ibu-ibu juga perlu tahu keperluan jenis pam mana yang diperlukan, sesuai dengan situasi kerja anda. Contohnya, ibu selalu kerja di luar iaitu selalu memandu dan tiada punca elektrik atau tempat sesuai untuk ibu pam susu. Ibu boleh mengempam di dalam kereta dengan menggunakan car adapter.
Jika ibu bekerja ofis, ibu boleh mengempam di tempat duduk ibu itu sendiri sambil melakukan kerja dengan menggunakan blaser untuk menutup aurat sewaktu aktiviti mengempam dijalankan, selain ‘bersembunyi’ sebagai tanda low profile, elak dari pandangan umum. Mudah kan?
5. Keselesaan
Pam yang dipilih mestilah selesa dengan payudara ibu. Setiap ibu mempunyai puting dan saiz payudara yang berbeza-beza. Ada ibu yang mempunyai jenis puting sensitif, maka ibu memerlukan sedutan pam yang lembut.
PS: Kalau ada kawan-kawan yang masih tercari-cari pam susu yang sesuai, boleh share dekat dia pasal ni. Boleh juga hubungi team kami bagi membantu #mothersfirstchoice.