SUSU IBU DAN JAUNDIS (BAYI KUNING)? APAKAH KAITANNYA?

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

SUSU IBU DAN JAUNDIS (BAYI KUNING)? APAKAH KAITANNYA?

SUSU IBU DAN JAUNDIS (BAYI KUNING)? APAKAH KAITANNYA?

Penyusuan susu ibu perlu diberi perhatian bagi mengelakkan jaundis yang teruk di samping mengelakalkan penyusuan eksklusif.

#1 Mulakan penyusuan dengan betul.

* Penyusuan harus dimulakan seawal mungkin , iaitu sejam selepas kelahiran dan perlu menyusu mengikut keperluan bayi ataupun sebanyak 10 hingga 12 kali dalam sehari.

* Kolostrum adalah bahan pelawas semula jadi yang menyebabkan najis mekonium di keluarkan daripada usus bayi.

* Ia mengurangkan risiko bayi mendapat jaundis yang tinggi selepas itu. Bayi yang mendapat susu yang mencukupi, akan membuang najis dengan kerap dan lebih banyak bilirubin akan dikeluarkan daripada badan.

* Secara tidak langsung, ia mengurangkan risiko bayi mendapat jaundis kerana kekurangan susu (breast-non feeding jaundice)

#2 Penyusuan berkesan mengurangkan jaundis pada kemudian hari

* Kajian sekumpulan penyelidik di Jepun menunjukkan bayi yang disusukan sebanyak sembilan hingga 11 kali dalam tempoh masa 24jam pertama tidak menunjukkan jaundis yang teruk pada hari keenam selepas dilahirkan.

* Ini membuktikan penyusuan efektif yang kerap pada hari pertama kelahiran menentukan tahap jaundis bayi beberapa hari selepas itu.

* Fakta ini perlu diambil perhatian oleh ibu, keluarga, dan pengamal perubatan.

Kaitan susu ibu dan Jaundis

#3 Pastikan bayi mendapat cukup susu

*Kertas panduan daripada Persatuan Pediatrik Amerika dan juga daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan kepentingan penyusuan ibu diteruskan dan pastikan berjalan dengan berkesan sepanjang tempoh bayi mengalami jaundis. Ini juga termasuk semasa bayi menjalani rawatan fototerapi.

*Pastikan bayi mendapat cukup susu dengan melihat jumlah najis yang dikeluarkan pada setiap hari.

#4 Beri perhatian kepada bayi yang mempunyai faktor risiko. Beberapa faktor yang meningkatkan risiko jaundis ialah:

* Kumpulan darah ibu dan bayi yang berlainan jenis terutama apabila kumpulan darah ibu adalah O.

* Bayi pramatang.

* Ibu mengalami penyakit kencing manis.

*Bayi yang mengalami lebam kerana komplikasi kelahiran.

*Bayi yang kehilangan berat badan melebihi yang sepatutnya selepas kelahiran.

*Bagi bayi yang mengalami faktor risiko sebegini, perhatian perlu diberikan pada penyusuan ibu sejak berada di hospital lagi.

* Ibu perlu diajar posisi dan cara lekapan yang betul, cara merangsang bayi menyusu, dan sekiranya perlu memerah susu bagi diberikan kepada bayi.

*Penyusuan ibu yang berkesan dalam kes-kes sebegini dapat merendahkan paras bilirubin sekiranya bayi mengalami jaundis beberapa hari kemudian.

#5 Memberi susu tambahan dalam kes-kes tertentu.

Susu tambahan mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu. Ini kerana, bayi mungkin tidak mendapat cukup susu di payudara ibu. Susu tambahan terbaik adalah daripada susu perahan ibu sendiri diikuti oleh susu ibu susuan, dan yang terakhir adalah susu tiruan. Berikut adalah beberapa keadaan yang memerlukan susu tambahan:

* Bayi yang kehilangan berat badan melebihi 10 peratus walaupun teknik penyusuan sudah dibetulkan.

* Bayi tidak mendapat cukup susu, sama ada ibu menghasilkan susu yang sedikit ataupun bayi tidak dapat menghisap dengan betul. Ia ditentukan menerusi kaedah menimbang bayi sebelum dan selepas penyusuan.

*Bayi menunjukkan tanda-tanda dehidrasi seperti kulit dan mulut yang kering, ubun-ubun tenggelam, ataupun kurang kencing.

Milk storage bag

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice