Rental

Brand

Jenis Pam Harga Deposit

Harga Sewaan/Sehari

Double Pump РMedela Freestyle 

RM500.00

RM15.00

Double Pump – Autumnz Essentials RM300.00 RM15.00
Double Pump – Malish Ilaria RM300.00 RM15.00
Double Pump – Halford Dual Digital RM300.00 RM15.00
Double Pump – Eve Love Lily RM300.00 RM15.00
Double Pump – Lacte Duet RM300.00 RM15.00
Single Pump – Autumnz Bliss RM150.00 RM10.00
Single Pump – Lacte Solo RM150.00 RM10.00
Single Pump – Halford S10 RM150.00 RM10.00

Terma dan syarat :

1. Untuk penyewaan pam penyewa perlu mengambil/menghantar sendiri pam ke kedai Mothers First Choice di Shah Alam/Kuantan.

2. Pihak ada menyediakan perkhidmatan pos untuk sewaan pam. Sekiranya melibatkan pengeposan, risiko kehilangan adalah tanggungjawab penyewa.

3. Semasa mengambil pam, penyewa wajib mengisi Borang Sewa dan juga penyewa wajib menyediakan salinan IC (depan/belakang) dan diserahkan pada staf yang bertugas.

4. Tempoh sewaan pam adalah selama 2 hari dan jika penyewa ingin menambah hari sewaan, penyewa perlu memberitahu pihak Mothers First Choice sekurang-kurang sehari awal. Bayaran penuh juga perlu diselesaikan terlebih dahulu melalui bank transfer/cash.

5. Penyewa perlu membayar penuh jumlah harga sewaan dan disertakan dengan deposit yang telah ditetapkan berdasarkan jenis pam yang hendak disewa sebagai cagaran. Bayaran kadar sewaan pam akan dipotong dari duit deposit (Baki akan dipulangkan semula)

6. Sebarang kerosakan/kehilangan pam atau parts yang disengajakan perlu dibayar ganti rugi mengikut harga jualan pam/parts tersebut.

7. Penyewa akan dikenakan denda sekiranya pam yang disewa itu telah melebihi tempoh yang dijanjikan dengan kadar bayaran harga sewaan yang telah ditetapkan.

8. Pemilihan model dan jenis pam tertakluk kepada stok yang masih ada.

9. Pam yang disewa untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak boleh dikongsi penggunaan.

10. Mothers First Choice berhak untuk menamatkan kontrak sewaan jika penyewa telah melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan.

*Jika ingin bertanyakan lebih lanjut mengenai Penyewaan Pam ini boleh hubungi kami :
Sila click disini –>¬†

0 comments on “RentalAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *