Tabiat Kanak-Kanak Menghisap Jari

 

𝗧𝗮𝗯𝗶𝗮𝘁 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝘀𝗮𝗽 𝗝𝗮𝗿𝗶?
🌟Terdapat kanak-kanak yang mempunyai tabiat menghisap ibu jari, manakala yang lain lebih cenderung menghisap jari lain atau puting kosong. Tabiat ini mengundang kesan buruk jika diteruskan sehingga kanak-kanak itu melangkaui umur 5-6 tahun dan ia mungkin tidak akan kelihatan kesan sekiranya gigi mereka masih 100% gigi susu. Diantara kesan buruk akibat daripada tabiat ini juga bergantung kepada kekerapan, tempoh masa dan kekuatan daya hisapan contohnya seperti keadaan dimana kanak-kanak tersebut menghisap jari sepanjang malam ketika tidur akan beransur-ansur mengubah struktur kedudukan gigi daripada kedudukan normal dan menimbulkan kesan-kesan lain yang tidak diingini.

𝗗𝗶𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮-𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝘀𝗮𝗽 𝗷𝗮𝗿𝗶 :

👉Sucking Reflex (Refleks menghisap) yang digunakan ketika menyusu oleh kanak-kanak sejak bayi itu berlanjutan
dalam jangka masa yang panjang dan kanak-kanak tersebut berasa seronok untuk menghisap dan terus menghisap jarinya
untuk mendapatkan keseronokan.

👉Tabiat menghisap jari ini mampu memberikan ketenangan dan selamat kepada kanak-kanak tersebut. Situasi ini dapat dilihat ketika kanak-kanak ini terpisah daripada ibu bapa berada dalam suasana asing seperti di tadika.

👉Kanak-kanak yang tidak boleh tidur tanpa bantal busuk mereka akan mempengaruhi kanak-kanak tersebut menghisap jari sambil memeluk bantal busuk untuk menenangkan dan memudahkan mereka tidur.

0 comments on “Tabiat Kanak-Kanak Menghisap JariAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *