aksesori breastpump

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

aksesori breastpump

Petua handle tantrum anak kecil

Melihat senario anak mengamuk di pusat beli-belah adalah perkara biasa. Bahkan mungkin anda sendiri pernah melalui isu tantrum pada anak ini.Tidak dinafikan apabila si kecil mula meragam, sedikit sebanyak kesabaran kita sebagai ibu bapa akan teruji.    Apakah anda mengetahui cara handle anak tantrum?   Dalam artikel ini, ada disediakan beberapa tips untuk ibu mengawal anak tantrum.    Apa itu tantrum? Sebelum mengetahui cara handle anak tantrum ini, mungkin ada di antara kita kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan tantrum.  Tantrum adalah tempoh singkat di mana berlakunya kemarahan secara tiba-tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang dan memukul. Biasanya keadaan ini berlaku apabila anak berdepan rasa kecewa apabila keperluan mereka tidak dipenuhi dan sukar menyuarakan perasaan akibat kemahiran pertuturan dan bahasa yang terhad.   Antara situasi biasa yang mencetuskan tantrum pada anak adalah apabila mereka berasa penat, lapar, tidak diendahkan, resah atau bimbang.     4 CARA HANDLE ANAK TANTRUM     1) Kawal emosi   Sebagai ibu bapa, perkara paling utama adalah anda harus pandai untuk mengawal emosi diri. Tenangkan diri supaya kita dapat mengawal emosi. Sekiranya anda berada emosi marah, mungkin sebaiknya anda ambil masa terlebih dahulu untuk menenangkan diri sebelum memujuk anak.   2) Tenangkan tantrum pada anak   Bagi mengatasi keadaan tantrum, apa yang perlu parents lakukan adalah untuk menenangkan anak. Berkomunikasi dan lakukan eye-contact dengan si kecil. Pujuk si kecil dan bercakap dengan baik (slowtalk). Elakkan daripada menengking atau memarahi mereka. kerana ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.   3) Fahami punca   Ambil tahu faktor tantrum pada anak. Adakah tantrum tercetus kerana anak tidak mendapat apa yang diingini? Atau adakah mereka hanya mahukan perhatian daripada anda sebagai ibu bapa kerana cemburukan adiknya? Pastinya ada sebab dan punca yang menyebabkan si kecil berkelakuan seperti itu. Jadi anda harus memainkan peranan sebagai ibu bapa – untuk memahami anak- anak   4) Ganjaran   Antara cara yang diamalkan Sabirah sebagai cara handle anak tantrum adalah dengan menawarkan reward. Sebagai contoh jika si kecil mahukan permainan dan anda tidak mahu membelikannya, tawarkan anak perkara lain seperti bawa makan ice cream atau atau bermain di taman permainan jika mereka berhenti meragam.                                                                                          

“Breastpump Tiada Suction”

“Breastpump Tiada Suction” Sebagai seorang ibu yang sibuk dengan rutin harian Breastpump merupakan satu alat yang penting untuk memudahkan anda dan memastikan anak anda mendapat susu anda. Namun pernahkah anda mengalami masalah dengan Breastpump anda dan ia sedikit sebanyak mengganggu rutin harian anda contohnya masa nak pam susu guna Breastpump tu tiba-tiba keluar angin je. Suction yang keluar dari tiub masih terasa di kulit tapi tidak terasa pada breast. Pernah tak anda alami situasi seperti ini? Mesti persoalan yang bermain dalam kepala anda “Breastpump Dah Rosak Ke?”. Untuk mengetahui punca tersebut ada beberapa perkara yang anda perlu periksa antaranya ialah : Periksa tiub penyambung antara motor dan corong pam sama ada ia disambung dengan baik ataupun tidak. Sewaktu menggunakan breastpump pastikan corong pam melekap pada breast anda dengan betul dan tertutup dengan sempurna. Pastikan membrane pada valve tertutup dengan sempurna. Walaupun motor berfungsi dengan baik tapi jika membrane valve tidak ditutup dengan sempurna kita tidak akan merasa suction pada breast kerana suction hanya berlaku dalam close system. Membran atau valve tidak tertutup rapat mungkin kerana valve pada Breastpump anda sudah terkoyak. Macam mana boleh terkoyak? Valve Breastpump terkoyak berkemungkinan berpunca daripada cara anda mencuci valve tersebut dengan cara yang tidak betul sehinggakan valve itu terkoyak atau cucian yang tidak sempurna meninggalkan sisa lemak susu di membrane sekaligus menghalangnya untuk tertutup rapat . Perkara seperti ini menyumbang kepada faktor Breastpump anda tiada suction kerana membrane valve tidak tertutup rapat. Penyelesaiannya adalah menggantikan valve dengan yang baru. Biasanya kedai yang jual Breastpump ada menjual aksesori gantian ini. Di Mothers First Choice kita juga ada menjual alat gantian Breastpump. Kebiasaannya jika anda menggunakan Breastpump anda lebih dari 3 ke 4 bulan anda dinasihatkan untuk menukar valve untuk memastikan Breastpump anda dapat melakukan suction dengan sempurna. Jika anda memerlukan peralatan gantian Breastpump anda bolehlah ke laman web Mothers First Choice atau mempunyai sebarang persoalan mengenai Breastpump anda bolehlah whatsapp kami dan kami akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda. Klik link di bawah untuk mengetahui AKSESORI BREASTPUMP YANG DIJUAL Klik DiSini ———–>  Aksesori Breastpump Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”  [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]  

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice