Nak Anak Jadi Hebat & Sopan Tak ?
Sebagai ibu & ayah kita pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang sopan santun, pandai dan soleh solehah. Tapi kadang- kadang mungkin ada ibu bapa yang terlepas pandang bahawa perangai atau tingkah laku anak-anak mestilah dibina oleh ibu bapa itu sendiri bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Tingkah laku anak- anak ini mestilah digarap sejak kecil lagi. Bagaimana nak ajar anak anda untuk menjadi seorang yang hebat dan sopan? Ikuti 5 langkah mudah ini : Jaga nada suara Ketika anda dan pasangan mempunyai perselisihan faham atau bertengkar dan ketika itu anak anda berada berdekatan dengan anda, sentiasalah kawal emosi anda supaya tidak melakukan perkara di luar batasan dan jaga nada suara anda ketika bercakap dengan pasangan. Anda perlu ingat anak-anak ni ibarat Perakam & CCTV terhebat di dunia. Jadi jika anda seorang yang cepat beremosi dan sentiasa menggunakan nada suara yang tinggi jangan hairanlah jika anak anda juga meniru tingkah-laku anda itu. Tegas bukan Bengis Untuk mendidik anak-anak kecil memerlukan tahap kesabaran yang tinggi tapi janganlah sampai memarahi mereka dengan begitu keras jika mereka melakukan kesalahan. Ketegasan sebagai seorang ibu bapa tidak bermaksud anda perlu menjadi seorang yang bengis ketika menegur anak-anak. Untuk membezakan emosi anda ketika memarahi anak, anda bolehlah melunakkan sedikit suara anda supaya mereka dapat membezakan perubahan nada suara ibu bapa mereka apabila mereka membuat kesalahan tapi ingat jangan sampai menengking atau menjerit pula ye. Mengenalkan Kata-kata sopan Ketika bercakap dengan anak-anak kecil sentiasalah menjaga kata-kata anda. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat ataupun kasar apabila bercakap dengan mereka. Anda perlu pandai membezakan perbualan apabila bercakap dengan rakan sebaya anda dan perbualan apabila bercakap dengan anak kecil. Sentiasa menggunakan kata- kata yang sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun ketika anda ingin menegur kesalahan mereka. Ajar anak dari kecil lagi untuk guna perkataan “terima kasih” apabila mendapat sesuatu dan perkataan “maaf” apabila membuat kesalahan. Pujian Berikan sedikit pujian apabila anak berkelakuan baik supaya mereka tahu tingkah laku mereka pada saat itu disenangi orang sekeliling. Jika mereka berkelakuan kurang menyenangkan tegur mereka dengan lembut dan tegas serta menyatakan kepada mereka kesalahan mereka ketika itu dan mengapa mereka tidak boleh berkelakuan sebegitu. Menjadi role-model Sebagai ibu bapa anda merupakan role model yang terbaik kepada anak-anak anda. Anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Jika anda ingin anak anda menjadi seorang yang menghormati orang tua mulakan dengan diri anda dulu supaya anak anda dapat mencontohi anda sebaiknya. Keraplah melakukan kebaikan di hadapan anak- anak kecil anda supaya mereka dapat mencontohi sikap terpuji anda itu. Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda untuk mendidik anak anda menjadi anak-anak yang baik dan hebat ! Goodluck Mommy & Daddy. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]