baby

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

baby

Anda syak si manja anda speech delay?

Apa itu speech delay? Speech delay adalah satu kelewatan dalam perkembangan anak anda yang melibatkan pertuturan mereka. Ia adalah ketidakupayaan anak anda untuk menyebut sesuatu perkataan itu dengan jelas dan boleh jadi juga mereka tidak boleh menyebut perkataan itu sama sekali. Ia mungkin sukar untuk ibu bapa yang pertama kali menghadapi situasi ini kerana anak-anak yang mempunyai speech delay hanya boleh menggunakan frasa atau perkataan yang tidak jelas untuk menggambarkan perasaan mereka. Perkembangan pertuturan dan bahasa anak dilihat sebagai satu pencapaian penting terutamanya apabila anak anda boleh menyebut perkataan pertamanya yang mempunyai maksud. Namun, setiap kanak-kanak atau bayi membesar dengan kadar pertumbuhan yang berbeza termasuk dari segi pertuturan mereka. Ciri-ciri si manja berkemungkinan mempunyai speech delay : Apabila sudah berusia 12 bulan, ia menjadi satu kerisauan jika si manja masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut: Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu berisiko untuk menghidap kelewatan bercakap jika mereka belum boleh menunjukkan perkara-perkara seperti berikut: Pada usia 2 hingga 4 tahun, anda perlu perhatikan: Punca-punca si manja speech delay? Kelewatan bercakap boleh disebabkan oleh masalah perkembangan mulut seperti: Memandangkan pendengaran juga mempengaruhi untuk anak-anak mengajuk bunyi, gangguan pendengaran juga boleh menyebabkan berlakunya kelewatan bercakap. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh ibubapa supaya si manja dapat merangsang perkembangan pertuturan? Credit to : https://jiwadamai.com/ , https://fitin.edu.my/

7 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beri Puting Kosong

#1 Waktu yang sesuai untuk menggunakan puting kosong Puting kosong dikatakan amat bermanfaat kepada bayi pramatang. Ada kajian telah membuktikan bahawa ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat serta mengurangkan komplikasi semasa dalam pemantauan hospital. Menurut Kristine Petterson Sleep Consulting, puting kosong juga sesuai untuk bayi baru lahir kerana ia amat efektif menenangkan bayi yang ‘overstimulated’ atau terlampau letih ketika menghampiri waktu tidur. Di samping itu, penggunaan puting ini mampu memanjangkan waktu tidur mereka kerana ada sesetengah bayi cepat terjaga dan begitu sensitif terhadap sehalus-halus bunyi mahupun cahaya. #2 Sesuaikah puting kosong untuk bayi yang menyusu badan? Tiada masalah jika anda yang menyusu badan mahu memberikan bayi puting kosong. Walaupun ada dahulunya ada kajian yang mengatakan ia menyebabkan bayi ‘keliru puting’, tapi sesetengah kajian pula membuktikan sebaliknya. Apapun, seeloknya anda menunggu sehingga anda mahir dengan proses serta dapat membiasakan bayi dengan rutin menyusu badan. Menurut American Academy of Pediatrics, pastikan juga bekalan susu anda telah terhasil dengan konsisten dan bayi tidak mengalami sebarang masalah lain berkaitan penyusuan badan. Dalam sebuah artikel MayoClinic.org, waktu yang sesuai untuk memperkenalkan bayi kepada puting kosong bagi bayi yang menyusu badan adalah sekitar 3-4 minggu. #3 Biar bayi anda yang mentukan rentak Hadkan penggunaan puting kosong dengan memahami rentak bayi. Jika bayi tidak mahu menghisap ketika anda memberikan puting, maka jangan dipaksa. Jika bayi anda mengeluarkan puting ketika terlelap, jangan masukkan kembali ke dalam mulutnya. #4 Jangan terus bagi puting bila bayi sedang menangis Seperkara lagi, pemberian puting kosong tidak seharusnya menjadi tindakan pertama yang anda lakukan apabila bayi menangis. Cuba tepuk-tepukkan sedikit badannya, periksa lampinnya, menyanyi, mendodoikannya atau alih perhatiannya terlebih dahulu. ekiranya semua tak berhasil, maka barulah tawarkan puting kosong kepada bayi. #5 Cuba hadkan pemberian puting kosong hanya semasa waktu tidur Dengan mengehadkan pemberian puting kosong hanya semasa waktu tidur, secara tak langsung bayi akan mengaitkan puting kosong dengan waktu tidur sahaja. Sebaliknya jika ia ditawarkan kepada bayi setiap kali dia merengek, bayi akan merasa ‘perlu’ menghisap puting dalam apa jua keadaan yang tidak menyenangkan untuk membantunya berhenti menangis. Inilah yang boleh membuatkan bayi berasa terlebih ‘attached’ dengan puting dan sukar menghentikan tabiat tersebut apabila semakin besar. #6 Pilih puting yang betul-betul sesuai Penting untuk ibu bapa faham bahawa terdapat banyak jenis puting kosong yang dijual di pasaran. Ia juga terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Carilah bentuk yang paling sesuai dengan keselesaan mulut bayi anda untuk mengelakkan sebarang masalah seperti tercekik atau kembung. #7 Bilakah waktu yang sepatutnya bayi berhenti hisap puting Kebanyakan ibu bapa berasa takut nak menggunakan puting kosong sebab takut ia menjadi tabiat yang sukar dihentikan. Menurut BabyCentre, jika anda ingin memastikan anak tak menjadi ‘ketagih’ pada puting kosong, usaha menghentikan penggunaannya sebelum mencapai usia 1 tahun.

Rawatan / Petua Kurangkan Selesema Pada Bayi

RAWATAN Selesema ini kebanyakkan adalah disebabkan oleh jangkitan virus, maka ia adalah self-limiting (baik dengan sendirinya), tidak ada ubat spesifik yang diperlukan untuk merawatnya. Beri masa dalam seminggu dan anak anda akan beransur pulih. Bergantung kepada keadaan bayi anda, doktor mungkin juga akan memberikan beberapa jenis ubat seperti: #1 Ubat demam Ia hanya diberikan sekiranya demam bayi mencecah suhu 39 darjah. Doktor akan memberikan ubat demam ini bagi meredakan demam bayi sahaja. #2 Ubat titik hidung Ubat ini mengandungi normal saline iaitu cecair biasa yang digunakan di klinik. Ia digunakan bagi meredakan hidung tersumbat dan menggalakkan pengeluaran cecair mukus dari dalam hidung. Dilarang untuk menggunakan ubat selesema bagi kanak-kanak yang kurang dari 2 tahun. PETUA Doktor akan menasihatkan anda untuk bertenang dan sentiasa memantau bayi anda. Selain itu, ini antara amalan yang boleh anda lakukan di rumah: #1 Teruskan menyusu bayi ataupun pastikan anak anda mendapat hidrasi yang cukup. Semestinya bayi yang tidak sihat menjadi kurang selera makan dan tidak mahu menyusu. Cuba sebaik mungkin untuk terus menyusukan mereka setiap 2 jam sehari. Ibu menyusu juga digalakkan untuk minum air yang banyak bagi membekalkan susu yang tidak putus. Bagi anak yang sudah boleh minum, pastikan mereka meminum air kosong yang secukupnya. Ini sangat penting kerana apabila badan kita mempunyai hidrasi yang cukup, ia akan bekerja dengan lebih baik untuk melawan jangkitan. #2 Bersihkan hingus atau mukus dalam hidung anak. Ibu bapa boleh membeli alat penyedut hingus yang ada dijual di farmasi dan membersihkan hidung bayi daripada tersumbat dengan mucus. Gunakan bersama ubat titik hidung yang diberi doktor. Ini haruslah dilakukan setiap 4 jam bagi melegakan hidung dan membantu bayi bernafas dengan baik. Bagi kanak kanak yang sudah boleh menghembus hingus, ajar mereka untuk membersihkan hidung mereka setiap kali mereka rasa tidak selesa. Diingatkan untuk sentiasa guna kain atau tuala yang lembut bagi membersihkan hingus. #3 Tingkatkan penjagaan kebersihan diri dan rumah anda. Kerap basuh tangan dan seeloknya mandi dahulu sebelum bermain dengan bayi. Sekiranya anda demam atau selesema, seeloknya tidur di bilik berasingan bagi mengelakkan jangkitan terkena pada bayi anda. Yang penting sekali, jangan bersin atau batuk di hadapan muka bayi. Pastikan juga kawasan rumah anda sentiasa bersih dan tidak berdebu kerana debu boleh menyebabkan rekaksi alergi yang membuat anda bersin. Jangan merokok di dalam kawasan rumah ataupun berdekatan bayi. Ini bukan sahaja boleh buat bayi selesema namun boleh mencetuskan serangan asma. BOLEH DAPATKAN SEGERA DI SETIAP CAWANGAN KAMI YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA!!!

Apakah Simptom / Tanda-Tanda Selesema Pada Bayi

Apakah Simptom / Tanda-Tanda Selesema Pada Bayi SIMPTOM Demam Batuk Mata kemerahan Sakit tekak Hidung yang tersumbat dan berair Hilang selera makan Kerengsaan dan kegelisahan Kelenjar limfa yang bengkak, yang berada di bawah ketiaknya, di lehernya dan belakang kepalanya Bayi anda mungkin mengalami masalah bernafas melalui hidungnya jika tersumbat, jadi proses pemakanan mungkin menjadi sukar. Bayi tidak boleh bernafas dengan betul, maka anda perlu membantu bayi anda untuk membersihkan lendir di dalam hidung. Sekiranya bayi anda telah tidur sepanjang malam, anda diingatkan berkenaan beberapa minggu pertama kehidupan bayi anda. Dia mungkin akan bangun beberapa kali kerana hidungnya tersumbat. Sila bangun dengan bayi anda, tenangkan bayi dan mengelap hidungnya. Mungkin terdapat beberapa simptom-simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda. TANDA – TANDA Oleh itu, sewaktu sistem imuniti mereka masih lemah, mereka mudah terdedah kepada jangkitan yang kebiasaannya datang daripada ibubapa kerana mereka kerap bersama bayi. Apa lagi tanda tanda selain selesema yang menandakan bayi mengalami jangkitan? Hidung berair. Kebiasaannya, bayi yang dijangkiti sering mempunyai lelehan air atau hingus yang keluar dari hidung. Demam boleh mencapai suhu sehingga 40 darjah dan kebiasannya terjadi dalam jangkitan bakteria. Bayi juga akan mengalami batu dengan kahak cair menandakan terdapat terlalu banyak mucus di dalam salur pernafasan. Bernafas Laju. Kanak kanak yang boleh bercakap akan memberitahu anda bahawa mereka rasa sukar bernafas. Sukar tidur. Bayi akan kerap terjaga pada waktu malam kerana mereka tidak selesa. Kerap merengek. Memandangkan bayi tidak boleh lagi bercakap, mereka hanya mampu menangis dan merengek meminta perhatian.

Tips Cara Memberi Botol Kepada Bayi

Cara Yang Betul Untuk Memberikan Susu Botol Kepada Bayi

Cara Yang Betul Untuk Memberikan Susu Botol Kepada Bayi Ramai ibu bapa sanggup berhabis wang mencari puting dan botol yang bersesuaian untuk anak mereka. Walaupun syarikat pengeluar sering mengiklankan jenama keluaran mereka menyerupai puting ibu, ia adalah anggapan yang meleset. Tiada apa pun yang betul-betul dapat menyerupai payudara ibu walaupun pengeluar sedaya upaya menirunya. Ada bayi yang dapat minum daripada apa sahaja jenis botol dan puting tanpa sebarang masalah. Ada pula bayi yang lebih cerewet bagi menemui botol yang serasi kepada bayi. Oleh itu, antara tips cara memberi botol kepada bayi adalah seperti : Sebaiknya pemberian botol diberikan ketika bayi berada dalam keadaan tegak ataupun separuh tegak. Ia dapat mengurangkan risiko bayi tersedak dan pengumpulan susu di dalam telinga. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu botol secara baring mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan telinga. Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar. Sebaiknya perkenalkan botol apabila bayi berada dalam keadaan selesa, segar dan ceria. Ada bayi yang suka dipegang dengan posisi buaian (cradle hold) semasa menerima botol, tetapi ada juga enggan dipegang sebegitu kerana ia mengingatkan mereka dengan penyusuan ibu. Ada bayi yang lebih menggemari posisi menghadap ke hadapan semasa menerima botol. Penjaga yang memberi botol dapat mencuba pelbagai posisi yang sesuai dan disukai oleh bayi. Sekiranya bayi suka dengan suhu yang suam, pastikan susu perahan itu suam dan alirkan sedikit susu kepada puting botol bagi memudahkan bayi menerimanya kelak. Puting botol menyentuh bibir bayi dan tunggu sehingga bayi membuka mulut dengan luas. Biarkan bayi mengambil puting botol ke dalam mulutnya. Elakkan daripada menolak puting ke dalam mulut bayi walaupun mulutnya belum terbuka luas. Puting botol yang sederhana panjang akan terletak di belakang mulut bayi. Pastikan mulut bayi terbuka luas semasa menghisap puting botol Bibir bawah bayi juga sepatutnya terjuih keluar. Lidah bayi akan terkeluar dan menutupi gusi bawahnya dan seolah-olah memeluk puting botol. Cara ini seolah-olah mirip bayi melekap dan menghisap payudara ibu. Bayi akan berhenti menghisap dan mengeluarkan puting botol sekiranya dia sudah kenyang walaupun susu masih bersisa. Sendawakan bayi dan kemudian cuba semula memberinya botol. Sekiranya bayi menolak, ini bermakna sesi penyusuannya sudah berakhir. Akhir sekali, jangan paksa bayi menghabiskan sisa susu. Pesanan kepada mommy : Elakkan susu daripada meleleh sebelum diberikan kepada bayi. Ada sesetengah puting, tekanan dapat dikawal dan lelehan susu dapat dihentikan sebelum diberikan kepada bayi. Pada payudara pula, bayi perlu menghisap bagi mendapatkan susu (non-nutritive sucking). Menyusu dengan posisi yang tegak. Selepas bayi melekap dengan betul pada puting, ibu ataupun penjaga dapat menonggengkan botol sedikit supaya susu dapat melalui puting. Kawal kuantiti susu yang keluar daripada botol. Semasa menyusukan bayi menggunakan botol, jangan tonggengkan botol sehingga ke tahap maksimum. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU?

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU? Seperti yang mommy kerap dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu yang menyusu. “Jangan makan buah, ini makanan sejuk, yang ini pula nanti anak kembung sebab angin”. Sering kali ibu berasa risau mahu makan kerana khuatir akan memberi kesan kepada bayi. Sehingga ke satu peringkat, ibu mungkin akan berpantang makan sehingga meninggalkan pemakanan seimbang untuk dirinya. Secara amnya, tiada makanan khusus yang perlu ibu jauhi. Makan apa yang dirasakan sesuai. Cuma ada kalanya bayi bayi alah dengan makanan yang dimakan oleh ibu kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu. Tetapi, makanan yang tidak sesuai untuk seorang ibu dan bayi tidak semestinya tidak sesuai untuk pasangan ibu dan bayi yang lain. Antara tanda-tanda alahan adalah seperti : * Muntah, Cirit-Birit, dan sakit perut. * Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti sering selesema, lelah, dan gatal-gatal kulit. * Bagi bayi yang hanya menyusu susu ibu, perkara ini jarang berlaku * Sekiranya ia berlaku, lazimnya bayi alah kepada makanan yang dimakan oleh ibunya, bukan kerana penyusuan ibu. Ia selalunya berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai sejarah alahan yang kuat. *Protein haiwan adalah satu penyebab alah yang biasa.Cuba elakkan meminum minuman susu haiwan buat sementara waktu dan pantau respons bayi. *Begitu juga dengan makanan yang lain. Bayi yang menyusu susu tiruan sememangnya menghadapi risiko yang tinggi mendapat alahan kerana protein haiwan. Ibu dapat mengawal makanan yang mahu diambil sekiranya ada yang tidak sesuai untuk bayi, tetapi kita tidak dapat mengawal makanan yang dimakan oleh binatang ternakan bagi menghasilkan susu tiruan yang kita gunakan. Ibu pasti mampu membuat pilihan yang tepat. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

4 PERMASALAHAN PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP BERLAKU

Article oleh : Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Runding Pediatrik & Penasihat Penyusuan Susu Ibu Ramai pakar-pakar bersetuju bahawa susu ibu adalah sangat berkhasiat dan juga merupakan antibiotic semula jadi yang mampu membantu bayi melawan pelbagai jenis jangkitan. Penyusuan susu ibu juga seharusnya memberi kepuasan dan ketenangan kepada kedua-dua ibu dan juga bayi. Namun, semasa menyusukan bayi, beberapa kesulitan mungkin timbul yang boleh melemahkan semangat ibu-ibu untuk terus menyusukan anak mereka. Berikut adalah beberapa soalan lazim oleh kebanyakan ibu-ibu baru: #1 Memang patutkah puting saya terasa sakit dan kering semasa atau selepas menyusukan bayi? TIDAK ! Kebanyakan pakar bersetuju bahawa sebarang kesakitan atau rekahan pada putting adalah disebabkan oleh kedudukan bayi yang tidak betul semasa menyusu dan kegunaan produk kebersihan (sabun, krim, dll), pada payudara sebelum, semasa atau selepas menyusu. Pelekapan dan kedudukan adalah penting, Pastikan pelekapan adalah betul dan gunakan jari anda untuk memberhentikan penghisapan. Mommy juga boleh sapukan lanolin selepas menyusu kerana ia memberi perlindungan dan penjagaan pada kulit anda sambil mencegah putting daripada menjadi terlalu kering. Anda juga boleh sapukan susu anda di sekeliling putting selepas menyusukan bayi. Paling menakjubkan, susu ibu juga adalah pelembab yang sangat berkesan. Semasa meyusukan bayi, anda juga boleh bergilir-gilir di antara kedua-dua putting dan biarkan ia dianginkan sehingga kering di antara penyusuan. Mengalami putting sakit beberapa hari pertama selepas kelahiran adalah normal. Penyusuan akan menjadi lebih mudah apabila tubuh anda mula menyesuaikan diri. #2 Saya memahami bahawa pada masa ini tubuh saya sedang menghasilkan susu dan meyebabkan payudara saya membesar. Tetapi mengapakah ia terasa keras, sakit dan bengkak? Payudara yang penuh dengan susu berkhasiat untuk bayi anda adalah sesuatu yang semula jadi dan sihat. Walau bagaimanapun, jika tidak dikosongkan dengan kerap, saluran darah di payudara menjadi sesak, dan seterusnya memerangkap cecair di dalam tisu payudara dan menyebabkan kebengkakan. Jika kebengkakan dibiarkan berterusan, puting akan menjadi leper dan merumitkan pelekapan serta boleh menyebabkan payudara menjadi lebih sakit. Kebengkakan biasanya berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas kelahiran. Kerap menyusukan bayi anda dari semasa ke semasa atau bila-bila masa anak anda lapar serta elak daripada melangkau waktu penyusuan. Anda juga boleh memerah susu secara manual atau menggunakan pam. Anda juga boleh meredakan kesakitan dengan mengurut sambil mengalirkan air suam ke atas payudara. Pada masa yang sama, anda juga boleh mencegah duktus tersumbat dengan teknik yang sama. #3 Sebelah payudara saya terasa sakit, sengal, panas dan sakit apabila disentuh, selalunya diikuti dengan demam, bolehkah saya terus menyusukan bayi atau haruskah saya tunggu sehingga pulih daripada demam sebelum menyusu semula? Simptom-simptom yang digambarkan adalah sama seperti payudara ibu yang dijangkiti bakteria. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai Mastitis atau jangkitan payudara. Payudara mungkin terasa bengkak, sebelah payudara terasa semakin panas dan kesakitan bertambah. Simptom-simptomnya sama seperti simptom kebengkatan atau duktus tersumbat dan selalunya diburukkan lagi oleh stress dan atau keletihan. Mastitis boleh dicegah dengan meneruskan penyusuan susu ibu atau memerah susu secara tetap. Jika anda dijangkiti, jangan berhenti menyusukan bayi. Susu  anda tidak dijangkiti dan oleh yang demikian tidak menjejaskan anak anda. Jangan tunggu sehingga demam anda reda, anda harus berjumpa dengan pakar pediatrik/ pakar pengurusan laktasi untuk rawatan lanjut. #4 Bolehkah saya menyusukan bayi saya jika saya mendapat jangkitan kulat? Boleh, walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk berjumpa doctor bagi rawatan segera untuk anda dan juga bayi. Jangkitan kulat di puting atau “seriawan” biasanya disebabkan oleh peningkatan bakteria Candida di sekeliling puting anda. Jika anda dijangkiti, pastikan anda membersihkan dengan sempurna kesemua barangan anda samada yang disentuh oleh anda atau bayi anda. Adalah mencukupi dengan merendamkan barangan di dalam air panas. Satu lagi tip berguna adalah kerap menukar lapik penyusuan (“nursing pad”) dan pastikan puting anda sentiasa dalam keadaan kering. Oleh itu, jika kerap kali mommy terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah ini serta masalah peribadi yang ain secara bersendirian dan ini menambahkan lagi tekanan. Justeru itu, para suami, pasangan dan ahli keluarga terdekat yang lain harus memainkan peranan dalam memberi sokongan emosi, psikologi dan fizikal yang amat diperlukan. Mempelajari teknik penyusuan susu ibu yang betul juga boleh membantu mengasah kemahiran keibuan anda. Kumpulan sokongan, pakar-pakar pediatrik, laktasi, keibuan serta keluarga dan rakan-rakan boleh membantu anda mengatasi halangan-halangan penyusuan. Dapatkan bantuan dengan segera jika anda menghadapi mana-mana satu daripada masalah yang disebut. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Mainan Terbaik untuk Bayi Berumur antara 1-6 Bulan

Seperti yang mommy tahu waktu bermain penting untuk perkembangan si manja. Mainan juga boleh dijadikan pertolongan besar untuk keseronokkan besar si manja. Beberapa bulan pertama kehidupan si manja  mommy hanya tertumpu kepada lampin, makan dan tidur. Tetapi tahukah mommy bahawa waktu bermain juga merupakan perkara utama dalam perkembangan anak kecil mommy? Manakala, dari perkembangan kognitif dan fizikal hingga pertumbuhan emosi dan sosial, kepentingan bermain tidak dapat dipertikaikan lagi. Melalui permainan juga, kanak-kanak dari segala usia, bahkan bayi dapat belajar tentang diri mereka sendiri dan dunia di sekitarnya. Mommy juga boleh turut serta dalam keseronokannya dengan  bermain bersama si manja. Oleh itu, mommy dapat membantu si manja mencapai tonggak fizikal yang penting, mengembangkan otak mereka (yang cepat tumbuh!), Mengajar mereka tentang emosi, kemahiran sosial dan mendorong perkembangan bahasa. Mommy tidak perlu rumit. Terutama pada bulan-bulan awal, meluangkan waktu setiap hari untuk turun ke lantai untuk bermain dan membaca dengan si kecil dapat memberi kesan yang besar.Perkembangan Bayi Semasa Enam Bulan Pertama adalah sangat penting. Terdapat beberapa perkara asas si manja akan mula apabila dalam enam bulan pertama. Oleh itu, mommy perlu diingat bahawa setiap bayi berkembang mengikut rentak masing-masing, ini merupakan panduan umum, tetapi jangan ragu untuk bercakap dengan pakar pediatrik jika mommy mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah. Berikut adalah perkara penting yang perlu dilihat, menurut CDC, dan bagaimana permainan dapat membantu: Si Manja 1-2 bulan akan : Memegang kepala mereka sendiri Tersenyum Membuat pandangan mata dan mengikuti objek dengan mata mereka Suka berborak dan mudah tergamam Memusingkan badan mereka ke arah suara Mommy boleh cuba ini: Memegang mainan lembut di hadapan bayi mommy yang berusia 2 bulan semasa “tummy time” ( meniarap) adalah kaedah yang baik untuk membantu perkembangan kepala, leher, dan visual. Si Manja 2–4 bulan akan: Senyum social Bertukar ekspresi wajah Membebel (bahasa baby) Mencapai mainan dengan satu tangan Bergolek dari perut ke belakang Memegang dan menggoncang mainan Mommy boleh cuba ini : Mommy boleh memberi kepada si manja berusia 4 bulan ‘Rattle’ ( mainan si manja) untuk membantu mendorong kemahiran seperti mencapai dan pergerakan mata seperti mereka baru bangun dari hari awal mereka baru dilahirkan. Si Manja Bayi 4-6 bulan akan: Memandang diri mereka di cermin Membalas ketika memanggil nama mereka Menunjukkan rasa ingin tahu pada mainan dan objek (dan cuba memakannya!) Menukar mainan dari satu tangan ke tangan yang lain Bergolek ke dua arah Mula duduk tanpa sokongan Jadi, Mommy bola mencuba ini: Bermain “peekaboo” yang cepat dan sederhana dengan si manja mommy yang berusia 5 bulan boleh mula mengajar konsep yang kompleks seperti keabadian objek dan perkembangan sosial. Oleh itu, semasa memilih mainan untuk si manja, Mommy perlulah utamakan dengan objek yang selamat dan sederhana supaya dapat mendorong ke arah  si manja ingin tahu dan dan permainan yang dapat memikir secara melaus .Contohnya seperti permainan ‘rattles’, bola, gim aktiviti dan buku papan sangat bagus untuk mendorong pencapaian perkembangan selama enam bulan pertama si manja mommy. ~ SELAMAT MENCUBA MOMMY~ MOMMY NAK TAHU CONTOH MAINAN YANG SESUAI??? MOMMY BOLEH KLIK LINK DI BAWAH… Senarai Permainan Si Manja berumur 0 Hingga 6 Bulan Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”.

Senarai Permainan Si Manja berumur 0 Hingga 6 Bulan

Tahukah mommy untuk membantu mommy dan si manja mula membina kemahiran penting (dan koleksi mainan yang hebat), Di sini kami telah mengumpulkan beberapa senarai mainan yang paling disukai untuk bayi yang baru lahir hingga si manja berumur enam bulan dan seterusnya. Masa dengan ‘Rattles’ Rattles adalah benda penting untuk si manja yang berumur 0 hingga 6 bulan, dan rattles ini selalunya berbentuk lucu dengan bentuk binatang yang ramah dan berwarna-warni. Rattles ini juga mempunyai bunyi yang pelbagai. Rattles ini juga  unik dan menampilkan tampalan getah bertekstur untuk membantu tangan si kecil memegang erat dengan menggoncangkannya.   “Eye Catching” Seperti yang mommy tahu Imej yang berkontras tinggi (bentuk dan gambar sederhana dalam warna hitam dan putih) sangat penting untuk perkembangan penglihatan bayi (mommy akan menemui beberapa item berkontras tinggi dalam senarai ini). Mommy perlulah beli  yang mempunyai ciri dengan bentuk lembut, licin, tekstur yang dapat disentuh dan bunyi lembut. Kesimpulannya, mommy dapat melihat mengapa ibu bapa menyukai set pelbagai deria ini untuk mainan pertama bayi mereka.     Permainan yang Mempunyai Banyak Fungsi Permainan yang dikeluarkan oleh Lamaze juga dicipta bersama dengan pakar perkembangan kanak-kanak. Lazimnya watak permainan Lamaze ini berbentuk haiwan. Lamaze mempunyai begitu banyak perkara yang disukai oleh si kecil mommy. Contohnya seperti warna, corak dan tekstur yang terang, mudah dipicit,mempunyai cermin peekaboo, teether, dan banyak lagi. Permainan ini juga mempunyai pelbagai jenis haiwan untuk dipilih seperti (sotong, burung merak, bahkan naga!) Permainan ini juga boleh dijadikan teman yang sempurna kepada si manja untuk waktu bermain sambil meniarap. Tambahan pula, permainan Lamaze ini juga mempunyai klip, supaya ia sangat sesuai untuk dilampirkan ke stroller atau tempat duduk kereta.       Permainan yang Mudah dipegang Permainan seperti di dalam gambar yang berwarna-warni ini adalah ukuran yang sangat sesuai untuk tangan si kecil mommy dan mempunyai tekstur lembut untukbayi berumur di bawah 6 bulan.Tambahan pula, boleh disejukkan ke suhu sejuk untuk menenangkan gusi gigi yang sensitif. Ia juga cukup ringan untuk dimainkan olehsi manjan mommy. Perlu diingat: mainan ini tidak boleh terendam di dalam air (air boleh terperangkap di gelung dan menyebabkan mainan menjadi kotor) atau dibersihkan di dalam gelombang mikro (ia akan cair).       Play Mat Adakah mommy tahu, Play Mat ini dapat membesar bersama si manja mommy. Gunakan ketika si manja meniarap. Si Manja boleh melakukan aktiviti seperti memukul binatang gantung, menendang kunci piano dan, ketika bayi sudah bersedia untuk duduk, putar papan kekunci tegak untuk pengalaman piano (sedikit) lebih realistik. Setiap haiwan mempunyai ciri menarik masing-masing, jadi ada banyak yang harus dilakukan di gym ini.       Permainan Bercermin Seperti yang mommy tahu bayi suka melihat bayi lain. Oleh itu, bayi apa yang lebih baik untuk dilihat daripada diri mereka sendiri? Cermin sisi lembut ini tidak mudah pecah (terbuat dari akrilik) dan berukuran kurang dari satu kaki persegi, menjadikannya sangat mudah alih. Permainan cermin ini juga dapat  membantu bayi menikmati masa meniarap. Si manja juga dapat melakukan aktiviti seperti menyandarkan cermin di dinding atau objek lain, atau kembangkan tapak sehingga berdiri sendiri.         Teether Pisang Banyak mainan mempunyai ciri teether, tetapi teether pisang ini, dirancang khusus untuk melegakan gigi si manja. Tubuh kuning cerah aan menarik perhatian si manja. Tubuh bertekstur yang di buat dari 100% getah tidak beracun ini sangat baik untuk gigi depan, sementara kulit yang terbuka berfungsi untuk memudahkan si manja untuk memegangnya.             Soft Book Mommy juga menggalakkan cinta buku awal dengan halaman lembut dan bertekstur ini. Gambar lif-the-flap peek-a-boo dalam buku ini sangat sesuai untuk gigitan semasa bermain, dan kandungan dalam buku ini menjadikannya pilihan mudah untuk mengalihkan perhatian bayi di mana sahaja.         Pacifier Soother konsep sederhana ini adalah mainan mewah yang dipasang pada pemegang Soother. Pemegang soother yang berbentuk haiwan ini terdapat dalam pelbagai pilihan seperti gajah atau zirafah, walaupun si manja mommy tidak menyukai puting(soother), ada yang suka mengunyah bahagian getah lembut.   Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

BAYI MABUK AIR MASAK ?

BAYI MABUK AIR MASAK ? Pernah dengar tak istilah bayi mabuk air? Macam mana bayi boleh mabuk air?   Keadaan ini berlaku apabila anda memberikan bayi anda air masak secara berlebihan. Ini kerana bayi yang berusia 0-6 bulan belum sesuai untuk diberikan air masak. Ya air merupakan sumber yang terpenting untuk semua hidupan lebih-lebih lagi manusia. Namun tahukah anda menurut pakar kanak-kanak, Dr Alan Greene bagi bayi yang meminum susu ibu atau susu formula telah mendapat jumlah air yang mencukupi untuk kesihatan mereka. Bayi yang diberikan susu ibu sepenuhya sudah mendapat 88% kandungan air daripada susu ibu manakala bayi yang diberikan susu formula pula mendapat 80% air yang sudah mampu menghidratkan mereka. Tambahan pula ginjal bayi masih belum mampu menangani terlampau banyak cecair oleh sebab itu jika terdapatnya cecair berlebihan di dalam tubuh bayi ia boleh mengakibatkan bayi mengalami penyakit buah pinggang kerana buah pinggang bayi tidak boleh mengawal elektrolit dan natrium. Bayi mabuk air berlaku apabila mereka meminum air secara berlebihan sekitar 8 onz sehari. Selain buah pinggang ia juga boleh mengakibatkan bayi mengalami pembengkakan otak serta kematian.   5 tanda-tanda bayi anda mabuk air ialah: Muntah Mengantuk & Kelesuan Peluh berlebihan & suhu badan rendah Kencing secara berlebihan sehingga 6 ke 8 kali perlu menukar lampin Muka bengkak & anggota tubuh lesu Bilakah waktu yang sesuai untuk berikan anak anda air masak? Anda dinasihatkan untuk memberi anak anda meminum air masak apabila usia mereka sudah mencecah 6 hingga 12 bulan. Apabila anak anda sudah mencecah umur 6 bulan ke atas, anda sudah boleh mengajar anak untuk meminum air masak di dalam cawan bagi membiasakan diri mereka dengan sukatan  2oz setiap 24 jam sebagaimana yang telah disyorkan oleh pakar. Sebaiknya walaupun umur anak sudah mencecah umur 6 bulan ke atas jangan berikan air masak secara berlebihan  kerana ia boleh menganggu pengambilan susu bayi. Jika anak anda seorang yang aktif tingkatkan sedikit jumlah air yang diberikan. Apabila anak anda sudah mecapai usia 12 bulan ke atas,mereka akan kurang mengambil susu kerana mereka lebih suka makan. Pengambilan air pada usia ini juga akan meningkat dari semasa ke semasa kerana mereka kian aktif. Sekurang-kurangnya mereka memerlukan 1.3 liter air sehari iaitu bersamaan dengan 4.23 cawan. Anda juga boleh memberikan anak anda buah- buahan yang mempunyai banyak air seperti buah epal merah, anggur, tembikai dan lain-lain.   Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice