babysembelit

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

babysembelit

Anak selalu sembelit? Apa yang perlu saya ambil tahu.

Anak selalu sembelit? Apa yang perlu saya ambil tahu. Sebagai seorang ibu mesti risau perkara seperti ini berlaku kepada baby kita tetapi sebenarnya kekerapan baby itu membuang air besar bukanlah perkara paling penting tetapi keadaan najis yang dikeluarkan itu patut diperhatikan. Baby yang eksklusif menyusu susu ibu, selalunya mudah nak serap semua nutrien dari susu ibu dalam prosesnya nak membesar. Jadi asalkan najisnya lembut setiap kali membuang, itu sudah cukup bagus ya. Tapi kalau baby kita menunjukkan tanda-tanda begini, baby kita mungkin tengah mengalami masalah sembelit antaranya ialah: 1. Najisnya macam tanah liat yang keras.   2. Najis yang bercampur dengan darah.   3. Perut bayi tegang, keras dan buncit.   4. Bayi meneran sambil menangis semasa membuang air besar seolah olah kesakitan.   5. Bayi tiada selera hendak menyusu atau makan seperti biasa.   ***Jika keadaan bayi begini berterusan, tolong dapatkan pemeriksaan doktor dengan kadar yang segera ya. 🩺 Ibu-ibu perlu memastikan baby anda makan makanan yang betul kerana ia sangat penting untuk mengelakkan masalah sembelit. Sila klik pada gambar diatas untuk melihat lebih banyak variasi makanan bayi yang kami sediakan.

Masalah baby sembelit? Ketahui 7 jenis makanan yang perlu dielakkan

Masalah baby sembelit? Ketahui #7 jenis makanan yang perlu dielakkan #1 BUBUR / NASI PUTIH Macam tak percaya, makanan ruji kita ini boleh menyebabkan sembelit pada sesetengah baby, terutamanya yang baru mula makan. Berbanding beras perang, beras putih telah melalui proses di mana kulitnya yang kaya serat telah dibuang. Hal ini boleh menyebabkan bayi cenderung mengalami sembelit apabila diberi bubur nasi yang dibuat daripada nasi putih. #2 SUSU & PRODUK TENUSU Kadang-kadang mungkin ada yang baru nak bertukar kepada susu formula dan mengalami sembelit selepas mencubanya. Sebenarnya, baby dan kanak-kanak adalah antara golongan yang paling sensitif terhadap produk tenusu seperti susu UHT, yogurt dan keju dan termasuklah juga susu formula. Dalam sebuah kajian yang dilaporkan menerusi Healthline.com, kanak-kanak berusia 1-12 tahun yang alah terhadap susu dan mengalami sembelit didapati kurang simptomnya setelah bertukar kepada susu berasaskan soya. Apapun, ibu tak perlu terlalu risau sekiranya anak berusia 2 tahun ke atas tak mahu minum susu formula kerana anak anda sudah boleh mendapatkan sumber kalsium dan vitamin D dalam makanan seperti sayuran hijau, ayam, daging dan buah-buahan. #3 ROTI PUTIH Gluten adalah protein yang biasa ditemui pada makanan bergandum seperti roti, biskut dan kek. Sesetengah anak sensitif terhadap gluten dan akan mengalami sembelit selepas memakan makanan bergandum. Bagi yang mengalami alahan yang kronik, mereka ini mungkin gluten intolerant atau mengalami sejenis kondisi yang dikenali sebagai celiac disease. Individu seperti ini perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan perlu mengamalkan diet yang bebas gluten. #4 MINUMAN MANIS Bila anak dah semakin besar, kadang-kadang mereka makin suka dengan minuman manis contohnya minuman coklat, air kotak atau air gas. Semua minuman ini bukan saja tinggi kandungan gula, tetapi ia juga boleh menjadi punca kepada masalah pencernaan. Jadi seeloknya buatlah jus sendiri di rumah dengan mengehadkan pengambilan gula, terutamanya bagi anak kecil berusia 2 tahun ke bawah. #5 BISKUT / MAKANAN BABY SEGERA Biskut, bubur segera atau makanan jejari yang siap dipek memang cepat disediakan dan mudah dijadikan snek untuk kanak-kanak. Namun perlu diingat, makanan seperti ini cenderung memiliki kandungan gula yang tinggi dan boleh menjadi punca anak sembelit. Sesetengah makanan segera seperti kentang goreng pula memiliki kandungan garam yang tinggi. Jika diambil berlebihan, tubuh terpaksa menyerap air daripada usus untuk mengimbangi lebihan garam dalam darah. Akibatnya, terjadilah sembelit yang akan menyukarkan proses pembuangan najis. #6 PISANG Nampak menyihatkan, tapi buah pisang ini adalah antara buah yang boleh menyebabkan baby sembelit apabila mencubanya buat pertama kali. Jadi cuba dulu dalam kuantiti yang kecil dan perhatikan keserasiannya dengan baby anda. Antara pilihan buah yang dapat melawaskan adalah prune, pear dan plum. Ibu-ibu boleh cuba buah pear segar seperti singo pear sebab ia lebih mudah didapati di negara kita. #7 COKLAT Biasalah bila anak dah makin besar, mesti ada yang suka makan coklat. Sesetengah sumber mempercayai bahawa coklat adalah antara makanan yang paling mudah menyebabkan sembelit kerana kandungan lemaknya yang tinggi memperlahankan proses pencernaan. Di samping itu, kafein di dalamnya boleh membuat sembelit menjadi lebih teruk terutamanya apabila ia diambil dalam keadaan kurang minum air. Boleh dapatkan puri buah-buahan di kedai kami. Klik pada gambar untuk memilih lebih banyak variasi.

Baby sembelit? Langkah ini boleh merawat baby sembelit melalui pemakanan.

Baby sembelit? Langkah ini boleh merawat baby sembelit melalui pemakanan. 1. PENGAMBILAN SUSU Kadang-kadang baby mengalami sembelit atau kesukaran membuang air besar adalah disebabkan pengambilan susu terutama susu formula. Jarang kita dengar baby yang meminum susu ibu mengalami masalah sembelit berbanding baby yang meminum susu formula. Susu ibu adalah yang paling baik untuk baby dan bagus dalam membantu tumbesaran. Namun begitu, hanya mempunyai pilihan susu formula, kita boleh mencuba untuk mengurangkan 1 skop susu dalam bancuhan. Jika masih tidak sesuai, boleh merujuk kepada doktor atau pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan saranan. 2. MAKANAN TINGGI SERAT Ibu bapa disyorkan untuk menyediakan makanan yang berbentuk puri iaitu makanan yang diproses menjadi lembut seperti cecair, bagi memudahkan baby menelan dan hadam. Untuk anak-anak yang melebihi 6 bulan ke atas sudah boleh mula mengambil makanan yang sebegini untuk memudahkan najis menjadi lembut dan senang dikeluarkan. Antara cadangan makanan yang tinggi serat: Brokoli dan sayuran hijau Sayur brokoli atau sayuran hijau mengandungi tinggi mineral, serat, folat, kalsium dan vitamin C. Pada baby berusia antara 6-9 bulan, ibu bapa boleh menyediakan puri brokoli. Untuk baby 8 bulan ke atas, ibu-ibu boleh melenyekkan brokoli setelah dikukus atau direbus lalu dimasukkan ke dalam bubur. Selain itu, ibu-ibu juga boleh berikan anak makan seperti bentuk “pokok”. Kebiasaannya, najis baby anda akan menjadi lebih lembut selepas makan brokoli. Ubi keledek / labu Ubi keledek antara sayuran yang mengandungi beta karotin dan vitamin C. Ubi keledek yang direbus bersifat lembut dan mudah dilenyekkan untuk membentuk puri bagi memudahkan anak menelan. Kacang Pis Ibu-ibu jangan lupa untuk lenyekkan kacang pis terlebih dahulu sebelum diberikan kepada anak. Puri kacang pis ini sesuai untuk baby seusia 7 bulan ke atas. Puri buah-buahan Antara buah-buahan yang sesuai untuk baby sembelit seperti epal, prun, pear, pisang, betik dan sebagainya. Ibu-ibu boleh memotong buah menjadi potongan kiub kemudian dikisar bersama sedikit air sehingga berubah tekstur menjadi lembut dan mudah untuk baby menelan. 3. AIR YANG MENCUKUPI Jika baby mengalami sembelit, antara penyebabnya adalah kerana baby anda mengalami kekurangan pelawas dalam usus. Oleh sebab itu, pentingnya merawat baby sembelit dengan berikan mereka minum air seperti susu atau air minuman biasa. Air yang mencukupi akan memudahkan makanan untuk dihadamkan dan mampu bergerak dalam usus dengan lancar. Air dan susu merupakan cecair yang paling sesuai untuk membantu bayi yang mengalami masalah sembelit. Disamping itu, ibu bapa boleh mengamalkan kaedah rawatan seperti: Membaringkan bayi dengan kaki berada di atas dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal. Kelebihan melakukan seperti ini adalah ia dapat merangsang pergerakan najis dalam usus. Setiap kali selepas memandikan bayi anda, sapukan minyak telon atau yu yee di perut, betis, belakang badan dan tapak kaki bayi. Kelebihan melakukan adalah dapat mengelakkan bayi kembung perut, sembelit dan cirit- birit. Sila dapatkan di cawangan kami yang berhampiran dengan anda

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice