Babyshopshahalam

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Babyshopshahalam

“Hati-hati Ibu Menyusu Yang Suka Minum BOBA MILK TEA”

  Hati – hati Ibu Menyusu Yang Suka Minum Teh / BOBA Milk Tea, Ia Boleh Mempengaruhi Tidur Si Manja Pengambilan kafein pada ibu menyusu boleh mempengaruhi masalah kesihatan si kecil yang menyebabkannya merengek, menangis dan sukar tidur malam. Sebelum mengambil teh semasa menyusu ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu: Pastikan teh tersebut tidak mengandungi kafein dan tak mengambilnya lebih tiga cawan setiap hari. Pastikan kandungan di dalamnya selamat untuk diminum bagi ibu yang masih menyusukan si kecil. Pastikan ramuan teh tidak memberi pengurangan kepada penghasilan susu badan.  Hindari serbuk teh yang boleh menyebabkan reaksi alahan. Membaca label pada kotak teh supaya bahan-bahan yang digunakan selamat dan aman untuk ibu menyusu. Elakkan minum teh herba yang aktif secara farmakologis. Konsultasi dengan doktor sebelum minum teh herba semasa menyusu. Klik link di bawah untuk mengetahui KEHEBATAN NATURAL MILK BOOSTER Klik DiSini ———–> Tulip Natural Milkbooster Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”  [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]  

Awas 5 Tanda Ini Pada Bayi. Ia Petanda HFMD

HFMD tular kembali.  Beberapa sekolah dan taman asuhan telah diarahkan ditutup akibat wabak HFMD ini.  Ia perlukan kerjasama pelbagai pihak untuk menghentikan wabak ini dari terus merebak, terutamanya ibu bapa.  Ibu bapa perlu cakna petanda HFMD.   Salah satu perkara yang perlu ibu bapa ambil perhatian adalah tanda-tanda anak mereka dijangkiti HFMD.  Kenali tanda ini:- Demam yang tidak tinggi(suhu 38.2 darjah celcius) Kurang selera makan Sakit perut Batuk Sakit mulut Ulser dalam mulut Timbul ruam pada tangan dan kaki   Tanda ruam dan ulser dimulut selalunya dapat dilihat dalam tempoh 5-7 hari.  Sepanjang tempoh inilah ibu bapa perlu berikan perhatian yang lebih kepada anak-anak.  Pihak Kementerian Kesihatan telah berikan panduan seperti berikut kepada orang awam Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa: Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa: i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah. ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak. iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my. HFMD bukan sahaja berlaku kepada bayi dan kanak-kanak, tetapi juga kepada orang dewasa.  Cuma kesannya lebih buruk kepada bayi yang masih kecil.  Jadi perhatian serius perlu diberikan.  Jika tidak diberikan penjagaan sesuai,  ia boleh menyebabkan komplikasi berikut Dehidrasi: Pantau pola buang air kecil anak.  Jika kurang, itu tanda anak anda dehidrasi.  Banyakkan minum air supaya badan tidak terus lemah Meningoencephalitis: Jangkitan kuman pada otak dan selaputnya Myocarditis: keradangan pada otot jantung Ada juga yang menghadapi masalah penglihatan ataupun buta.   Apa yang ibu bapa boleh lakukan?   Wabak ini tiada ubat yang spesifik.  Biasanya penghidap akan pulih sendiri selepas 7-14 hari bergantung pada antibodi badan masing-masing.  Apa yang ibu bapa boleh bantu meredakan masalah wabak ini iaitu kerap cuci tangan dan mainan yang bersentuhan dengan pesakit Ulser membuatkan anak tidak mahu makan dan minum.  Bagi anak yang sudah boleh makan, cuba tawarkan aiskrim vanilla untuk memberikan kelegaan. Spray atau sapuan gel ulser juga boleh membantu berikan kelegaan sementara supaya anak tidak berasa kepedihan semasa makan. Gunakan sarung tangan getah ketika menukar lampin pakai buang.  Bersihkan najis dengan rapi supaya wabak ini tidak terus berjangkit. Jangan lupa untuk bawa anak berjumpa doktor untuk buat pengesahan, supaya langkah seterusnya boleh diambil dengan lebih berkesan.   “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Kaedah Power Pumping

Hai Mommy??? Harini kita nak kongsikan tentang ??Power Pumping. Power Pumping ialah salah satu teknik mengepam susu tau ☝ Power pumping merupakan kaedah yang cukup popular di kalangan ibu-ibu yang exclusive pumping (EP). Secara amnya kaedah ini adalah satu siri mengepam susu secara relay yang meniru cara bayi menyusu di waktu growth spurt. Pengeluaran susu badan adalah lebih kepada demand dan supply, power pumping memberikan demand yang lebih kepada badan dan suply akan di tingkatkan mengikut demand. Itu konsep yang di gunakan kaedah ini. Power pumping boleh membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah suply menurun setelah masuk kerja atau baru balik outstation atau mungkin yang drop secara tiba -tiba. Masa terbaik untuk membuat power pumping adalah pada waktu tengah malam lebih kurang jam 1 – 3 pagi (waktu tahajud) di mana ketika itu ibu berada dalam keadaan tenang dan rehat. Walaubagaimana pun di waktu-waktu yang lain juga boleh di buat seperti contohnya ketika di dalam ofis menyiapkan kerja depan komputer. Yang ni saya sendiri pernah buat tapi dengan menggunakan double pump yang ada pemegang. Sekarang ni lebih mudah dengan adanya produk seperti FREEMIE. Mommy mencari Breast Pump? Mommy tidak perlu risau klik sahaja  DISINI kami menjual pelbagai jenis dan jenama breastpump. Untuk pengetahuan anda di Mothers First Choice kami ada menyediakan Khidmat Servis Breastpump dan menjual Spare Part Breastpump jadi bolehlah ke website kami -> Mothers First Choice atau terus ke kedai kami untuk mendapatkan servis atau peralatan tersebut. Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. ataupun boleh walk in ke kedai kami : Mothers First Choice Cawangan Alor setar 8D Ground & Mezzanince Floor, Samila Business Centre, Aman Walk, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah 0167447093/04736 5538 Landmark- sebaris TAXES CHICKEN https://bit.ly/2K1UayD Mothers First Choice Cawangan Kuantan B-100 Sri Dagangan 2, Jln Tun Ismail,25000 Kuantan,Pahang. hp : 095131950/ 01110511950 https://bit.ly/2JQUe3V Mothers First Choice Shah Alam C-11-1 & G, Alam Avenue 2, Jln Serai Wangi L 16/L Section 16, 40200 Shah Alam, Selangor 0355232283/0192413656 https://bit.ly/2HZb9yE “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ] #kaunselorlaktasi

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice