TIP-TIPS BERKOMUNIKASI DENGAN PENJAGA ATAU PENGASUH

TIP-TIPS BERKOMUNIKASI DENGAN PENJAGA ATAU PENGASUH

Tahukah mommy? Mendapat pembantu ataupun penjaga yang baik dan memahamibadalah satu rezeki yang besar. Berdoalah, dan sekiranya mampu, lakukan solat hajat bersama suami bagi memohon supaya keluarga kita dipertemukan dengan manusia yang baik bagi membantu menjaga anak dan keluarga semasa ibu bapa keluarga bekerja. Namun demikian, dugaan datang dalam pelbagai keadaan. Sekiranya penjaga bayi adalah seorang yang cerewet ataupun sukar mengikut arahan ibu bapa, cuba berkomunikasi dengan berhemah bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Anggaplah mereka sebahagian daripada keluarga sendiri. Antara tips berkomunikasi dengan penjaga atau pengasuh anak ialah : Berikan buah tangan kepada penjaga anak apabila mahu mengambil anak pada waktu petang. Tidak perlu buah tangan yang mahal. Sekadar pisang goring ataupun kuih-muih buat minum petang juga sudah memadai. Dengar apa yang mahu disampaikan oleh pengasuh berkenaan apa yang terjadi seharian dengan anak kita. Elakkan memarahi pengasuh sekiranya ada perkara yang dilakukan tidak seperti yang kita harapkan. Ucapkan terima kasih terlebih dahulu dan kemudian terangkan cara yang betul, ataupun tegur dengan berhikmah. Tegur ataupun pesan satu isu dahulu dalam satu hari. Elakkan daripada memberi beberapa arahan serentak. Tanyakan kepada penjaga sekiranya dia memerlukan apa-apa keperluan bagi memudahkannya menjalankan pesanan kita tadi. Beberapa hari selepas itu, sekiranya perlu tegur ataupun betulkan pula perkara yang lain. Dengan ini, penjaga tidak akan berasa terlalu tertekan ataupun berasa tidak dipercayai. Sekiranya teguran itu diiringi dengan buah tangan, mungkin ia dapat melembutkan hati penjaga menerima teguran daripada ibu bapa. Namun, sekiranya suasana sukar dikawal, dan penjaga pula membuat sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapa ataupun melakukan sesuatu yang membahayakan bayi, mungkin sudah tiba masanya ibu bapa mencari penjaga lain. Ia bukan keputusan yang mudah di lakukan, tetapi kadangkala ia adalah perkara yang tepat dilakukan. Oleh itu, Ibu bapa yang mempunyai wang lebih, mungkin dapat memberi bonus ataupun hadiah kepada penjaga kerana sudah menjaga bayi dengan baik. Ia dapat meningkatkan motivasi penjaga supaya memberi yang terbaik. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”.