10 Impak Negatif Baking Soda pada kesihatan, Jangan Asal Pakai Je!

10 Impak Negatif Baking Soda pada kesihatan, Jangan asal pakai. Baking Soda atau natrium bikarbonat merupakan bahan yang sudah tidak asing dalam makanan. Baking soda kerap digunakan sebagai pengembang kuih,biskut dan pelabagai makanan lain. Tidak cuma itu, baking soda kerap digunakan sebagai bahan alternatif untuk perawatan kulit, gigi, hingga kesihatan. Serbagunanya baking soda membuatkan bahan ini banyak digunakan. Namun, penggunaannya yang berlebihan dapat menimbulkan kesan sampingan. Baking soda dapat memberi kesan negatif kepada kesihatan.Kesan negatif ini dapat dirasakan pada jangka panjang mahupun jangka pendek. Dengan mengetahui impak negatif baking soda dapat membuat anda lebih berwaspada saat menggunakannya. Berikut merupakan impak negatif kepada kesihatan: Kadar Natrium Tinggi Baking soda termasuk dalam jenis natrium atau garam. Pengambilan baking soda dapat meningkatkan kadar natrium dalam darah. Natrium dalam badan boleh menyebabkan air kekal dalam badan. Pengekalan air dalam badan boleh menyebabkan pembengkakkan pada tubuh, dehidrasi, dan kehilangan elektrolit. Baking soda juga tidak boleh diambil berlebihan oleh penderita darah tinggi dan jantung kerana dapat menimbulkan gejala penyakit jantung yang kronik Menyebabkan ketidakseimbagan elektrolit Baking soda boleh mengganggu keseimbangan elektrolit dalam badan. Meminum terlalu banyak baking soda dapat mengganggu aktiviti otot, jantung, dan otak. Baking soda boleh menyebabkan gangguan elektrolit seperti hipernatremia, hipokalemia, dan hipokloremia. Efek untuk jantung Disebabkan tinggi natrium, baking soda boleh memengaruhi penderita gangguan jantung. Baking soda boleh membuatkan pesakit yang mempunyai kegagalan jantung memburuk. Baking soda boleh menjadi berbahaya bagi mereka yang diet rendah sodium. Diet ini boleh dilakukan oleh penderita darah tinggi. Efek untuk ginjal Baking soda juga sebaiknya dihindari oleh penderita gangguan ginjal. Penyakit ginjal biasanya menyebabkan kadar elektrolit, seperti kalium, kalsium, dan natrium dalam tubuhnya lebih tinggi dari normal. Baking soda boleh membuat kadar natrium pada penderita penyakit ginjal semakin bertambah sehingga menyebabkan hipernatremia. Kondisi ini cukup serius, kerana dapat menyebabkan gangguan saraf, seperti sakit kepala, kejang, dan keletihan. Efek pada ubat-ubatan Baking soda dapat mengganggu cara tubuh menyerap beberapa ubat. Anda tidak boleh mengambilnya dalam waktu 2 jam dari ubat lain. Baking soda akan menurunkan kadar asam lambung, yang bererti dapat mengganggu kemampuan tubuh untuk memecah dan menyerap ubat-ubatan.Selain itu, soda kuih dapat berinteraksi dengan jenis obat berikut:amphetamines, termasuk dextroamphetamine and methamphetamine,benzphetamine,digoxin,elvitegravir,gefitinib,ketoconazole,ledipasvir,memantine,pazopanib Efek untuk pencernaan Baking soda juga bisa menimbulkan kram perut, gas, mual, dan diare. Baking soda memang memiliki sifat antasid yang boleh mengatasi maag, namun pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan pelepasan gas berlebihan. Mengakibatkan iritasi Baking soda kerap menjadi bahan alternatif untuk mencerahkan kulit, eksfoliasi, dan mengatasi jerawat. Namun, penggunaanya yang terlalu kerap, terlalu banyak, atau tidak sesuai boleh menyebabkan iritasi. Baking soda memiliki butiran yang cukup kasar bila digosokkan pada kulit. Jika terus digosokkan pada kulit terutama wajah, baking soda boleh menimbulkan iritasi dan luka. Baking soda juga boleh membuka pori-pori dan membuat bakteri dan kotoran jadi mudah masuk ke kulit. Keringkan kulit Selain iritasi, baking soda juga boleh mengeringkan kulit. Menggunakan baking soda boleh mengikis kelembapan kulit. Ini membuat kulit jadi sangat kering dan boleh menjadi iritasi yang lebih teruk . Baking soda juga mampu membuat jerawat jadi lebih parah. Ini kerana baking soda dapat mengganggu pH kulit. Kulit adalah organ asam alami dengan pH 4,5 hingga 5,5. Soda kuih memiliki tingkat pH 9. Menggunakan bahan asas alkali yang kuat pada kulit dapat menghilangkan semua minyak alami dan membuatnya tidak terlindungi dari bakteri. Ini dapat menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif terhadap unsur-unsur alami, seperti matahari. Bahayakan enamel gigi Jika tidak digunakan dalam kadar yang tepat, baking soda dapat merosak enamel gigi dan menyebabkan kerusakan gigi. pH yang tinggi pada baking soda boleh juga mengikis enamel gigi, membuatnya lebih sensitif dan mudah rosak. Baking soda juga kurang efektif untuk mencegah plak dan karang. Mengiritasi gusi Baking soda banyak digunakan sebagai alternatif ubat kumur. Namun, dos yang berlebihan, juga dapat memberi kesan buruk kepada mulut, termasuk gusi. Sama seperti impakanya yang dapat merosakkan enamel, baking soda juga bisa bersifat menghakis yang dapat menyebabkan masalah bagi gusi. Gusi yang iritasi juga bisa bertambah buruk jika diberikan baking soda. Sumber : Anugerah Ayu Sendari Klik link di bawah untuk membuat pilihan barang keperluan bagi si manja anda –>> BARANG KEPERLUAN BAYI Nak survey barang bayi? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih barang bayi yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]