Kenalpasti punca Bayi Menangis

Bayi menangis satu perkara biasa. Bayi sihat baru lahir juga akan menangis selama satu hingga tiga jam sehari.Jangan khuatir, sebenarnya ia menunjukkan proses tumbesaran yang sedang dilalui mereka berjalan lancar.Oleh kerana tidak dapat berbuat apa-apa, mereka akan menangis sebagai petanda mahukan sesuatu seperti makanan, belaian dan keselesaan secukupnya.Dalam beberapa hari pertama, bagi yang baru menjadi ibu atau bapa mungkin kurang mahir mengenal pasti keperluan mereka, tangisan itu kadangkala boleh melahirkan rasa bimbang. 1. Mahu makanan Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil mungkin menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika itu, mereka hanya minum saja.Jika mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar hal ini kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah sedikit.Anda juga mungkin sedar susu ibu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak makanan dan minuman. Jadi, bayi kerap lapar.Jika bayi menangis, cuba berikan susu kerana berkemungkinan besar mereka sedang lapar. Bayi tidak akan berhenti menangis dengan serta-merta, tetapi teruskan penyusuan jika mereka mahu.Selepas itu, mereka akan mula tenang apabila perutnya terisi.Jika bayi sudah disusukan dan masih menangis, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. 2. Ingin keselesaan Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau terdapat kotoran melekat pada baju yang mendatangkan rasa kurang selesa.Jika lampin yang dipakai sudah basah, pasti bayi tidak selesa. Sesetengah bayi akan mula menangis apabila basah, mungkin kerana gatal dan rasa tidak selesa.Justeru, periksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin memberi keselesaan, maka ia sangat digalakkan apabila anak anda mula menangis.Mungkin juga lampin dipasang terlalu ketat atau ada perkara lain yang membuatkan bayi tidak selesa. 3. Faktor cuaca Sesetengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasai udara menyentuh kulit dan lebih suka dibalut panas.Anda akan tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi bertenang semula.Berhati-hati supaya tidak memakaikan baju yang berlapis atau tebal bagi mengelak bayi panas.Jika bayi diletakkan di atas katil atau dalam bakul bayi, gunakan cadar atau selimut yang berlubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah serta membuang satu lapisan apabila perlu. 4. Mahu dipeluk Sesetengah bayi suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang sudah membesar akan menjadi tenang jika boleh melihat dan mendengar suara ibu bapa mereka dalam bilik tetapi berbeza dengan bayi baru lahir.Mereka lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda sudah memberi makan dan menukar lampin, selepas itu anda akan mendapati mereka hanya mahu dipeluk.Segelintir ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung selalu, tetapi sebenarnya dalam bulan pertama selepas kelahiran, perkara ini agak mustahil.Semua bayi suka didakap atau dipeluk. Jika bayi mahu selalu didukung, cuba alat gendong bayi supaya rapat dengan anda dan anda bebas melakukan pekerjaan lain sambil menjaganya. 5. Perlu rehat Ada bayi tidak suka terlalu banyak perhatian seperti orang ramai berada di sekeliling. Keadaan itu mengganggu masa tidur bayi.Bayi baru lahir sukar untuk mengurus rangsangan pada satu masa hingga boleh bertukar gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara-mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan bayi resah.Ramai ibu bapa mendapati bayi akan menangis lebih daripada biasa apabila saudara-mara datang melawat atau menjelang petang.Jika anda tidak dapat mengenal pasti sebab tertentu mengapa bayi menangis, ada kemungkinan bayi cuba memberitahu anda bahawa sudah tidak tahan dengan keadaan sekeliling.Jadi, bawa anak di tempat yang tenang dan senyap. Ini akan memberikan bayi mendapat ketenangan kepadanya dan tidur berkualiti. 6. Cuba kaedah urutan Mengurut bayi atau menggosok pada belakang dan perutnya secara perlahan boleh membantu menenangkan mereka daripada menangis.Jika anda nampak bayi seperti berada dalam kesakitan akibat angin, cuba berikan susu dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan lalu sandarkan di bahu anda.Bayi yang menghidap kolik kadangkala rasa selesa jika perut mereka digosok dan anda pun akan berpuas hati kerana sekurang-kurangnya sudah cuba membantu. Klik link di bawah untuk membuat pilihan milkbooster –>> MILKBOOSTER Nak survey MILKBOOSTER? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy  memilih MILKBOOSTER yang sesuai untuk anda.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]