bengkung strap

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

bengkung strap

Tips Pemakaian Bengkung

KEBANYAKAN wanita dalam kalangan masyarakat kita gemar untuk amal cara berpantang sendiri selepas bersalin dan ia memang pilihan tepat. Ini kerana berpantang selepas bersalin memang sangat perlu bagi memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan sembuh seperti sedia kala.Terpulanglah kepada anda sama ada ingin menggunakan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional, asalkan ia dilakukan dengan betul. Selepas melahirkan anak, ada satu tempoh di mana wanita memerlukan penjagaan yang panjang lagi rapi bagi memastikan tubuh badan sihat dan kuat kembali. Tempoh ini dinamakan sebagai ‘tempoh pantang’ dan ia berbeza bergantung kepada kaum, tradisi serta tahap kesihatan tubuh badan seorang wanita itu.Dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu, tempoh ini kebiasaanya berlarutan selama 44 hari ataupun 100 hari – mengikut pilihan. Ketika ini, anda sangat tidak digalakkan untuk banyak bergerak dan beraktiviti kerana berehat dengan cukup adalah keutamaan yang wajar dipatuhi. Perkara utama Golongan ibu muda yang baru pertama kali bersalin, berpantang bukanlah sesuatu yang mudah ekoran belum cukup pengetahuan dan pengalaman. Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian bertanyakan pendapat kepada pakar sama ada perlu buat cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional. Tanpa mengira cara yang dipilih, anda perlu pastikan bahawa ada beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian sebagai cara berpantang sendiri. Berikut merupakan 4 perkara utama yang dimaksudkan itu: #1. Dapatkan rehat yang cukup Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu wanita buat adalah berehat untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah. Manakan tidaknya, anda perlu menjaga dan menyusu bayi yang memerlukan 100% perhatian anda, jadi sila dapatkan rehat yang cukup. Antara tip yang mungkin kami boleh berikan di sini adalah untuk anda tidur pada waktu yang sama bayi anda tidur, sila cuba ya? #2. Amalkan diet sihat Selain itu, wanita juga perlu untuk makan dan minum secara seimbang bagi mendapatkan kembali nutrien yang mungkin sudah banyak kehilangan. Oleh itu, sila ambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein dan lain-lain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat. Buat anda yang menyusu badan, jangan lupa untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan semula cecair dalam badan! #3. Jangan malas untuk bersenam Jangan salah sangka, anda mungkin tidak perlu untuk terus bersenam sehari, seminggu atau sebulan selepas anda melahirkan bayi. Sebaliknya, dapatkan nasihat pakar tentang waktu yang sesuai untuk kalian kembali aktif bagi memastikan tubuh badan kekal cergas.Namun adalah sangat penting untuk anda tidak melakukan senaman yang berintensiti tinggi, tapi mulakan dengan berjalan atau berjoging. #4. Minta bantuan orang lain Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, sila dapatkan bantuan daripada pakar, keluarga serta rakan untuk membantu anda ketika ini. Sebagai contoh, anda mungkin memerlukan pasangan untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya.Paling penting, kalian juga mungkin mahu melanjutkan cuti bersalin jika bekerja untuk memastikan tubuh badan bersedia sebelum kembali ke pejabat. Biasakan diri dengan perubahan! Ketika anda sedang menjalani cara berpantang sendiri di rumah, tidak dinafikan mungkin akan berlaku banyak perubahan pada diri anda. Selain perubahan pada aspek mental, anda juga mungkin akan perasan bahawa perubahan juga berlaku pada aspek fizikal yakni tubuh badan. Oleh itu, anda perlu biasakan diri dengan perubahan yang biasa terjadi seperti berikut dan amalkan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional: Pembengkakan buah dada Untuk pengetahuan anda, payudara wanita akan membengkak dan membesar ekoran penuh dengan susu beberapa hari selepas bersalin. Ia adalah normal namun akan menyebabkan ketidakselesaan yang boleh dikurangkan dengan tuaman. Jika ia turut melibatkan kerengsaan pada puting, anda mungkin boleh dapatkan krim dari doktor untuk mengurangkan rasa sakit dan ngilu tersebut. Perubahan dinding pelvik Kawasan di antara rektum dan faraj (perineum) biasanya akan mengembang dan terkoyak ketika proses melahirkan bayi secara normal. Bagi memulihkan kembali perubahan pada dinding pelvik ini, terdapat beberapa kaedah yang mungkin boleh anda cuba termasuklah: – Senaman Kegel – Duduk di atas bantal – Tuam kawasan terbabit Dalam pada itu, sila elakkan sebarang aktiviti lasak seperti mengangkat barangan berat ketika ini untuk elak dinding pelvik menjadi lebih teruk. Sembelit Adalah tidak pelik jika wanita hamil lepas bersalin itu mengalami sembelit selepas bersalin, jadi cara berpantang sendiri itu adalah sangat penting. Antara petua yang mungkin kalian perlu cuba adalah ambil lebih banyak serat dan air untuk merangsang aktiviti usus agar lebih lancar. Bersangkutan dengan dinding pelvik juga, Kegel adalah senaman terbaik yang boleh membantu menguatkan otot dan usus yang sudah lemah. Kesimpulan Kesimpulannya, setiap ibu hamil itu perlu untuk amal cara berpantang sendiri selepas bersalin sama ada secara moden atau tradisional. Ini bertujuan bagi membolehkan tubuh badan wanita itu kembali sihat dan kuat seperti sedia kala semula.Di samping itu, ia juga merupakan kesempatan waktu untuk si ibu dan si anak mengeratkan hubungan mereka. Jika wujud sebarang persoalan tentang berpantang selepas bersalin, sila rujuk pakar untuk lebih informasi.

Nak Kembali Langsing Lepas Bersalin, Pakai Bengkung, Tapi Benarkah Ini Manfaatnya? Atau Ada Mudarat?

Selepas melahirkan anak, pastinya akan ada yang menyarankan untuk anda mengamalkan pemakaian bengkung bersalin. Namun adakah ia boleh mendatangkan manfaat atau lebih kepada mudarat? Apa sebenarnya bengkung bersalin? Secara mudahnya bengkung bersalin ini adalah produk yang dililitkan di pinggang untuk memberikan sokongan kepada badan selepas melahirkan anak. Umumnya, terdapat pelbagai jenis produk bengkung yang berbeza di pasaran. Berikut adalah variasi bengkung yang sering digunakan di negara Barat, seperti: #Belly wrap Merupakan bengkung elastik lebar yang boleh dilaraskan dan akan menutupi badan daripada tulang rusuk sehingga ke bahagian atas pinggul. Ia memberikan tekanan pemampatan lembut. #Abdominal compression binder Bengkung ini adalah antara alat perubatan yang direka untuk dipakai selepas pembedahan pada abdomen. Ia memberikan tekanan pemampatan sederhana sehingga kuat yang boleh dilaraskan (velcro) mengikut kesesuaian.Walaupun ia tidak dikhususkan untuk penggunaan wanita selepas bersalin, tetapi masih ada yang memilih untuk menggunakannya.  .#Waist trainers/cinchers Juga merupakan bengkung lebar boleh dilaraskan yang merangkumi bahagian tengah badan – dari bawah dada sehingga ke bahagian atas pinggul. Jenis bengkung ini biasanya digunakan oleh golongan selebriti. Ia diperbuat daripada bahan getah atau bahan lain dan berkemungkinan mengandungi plastik atau logam. Tujuan pemakaiannya adalah bagi mengurangkan ukuran pinggang secara drastik dan menawarkan pemampatan lebih kuat. #Korset Terdapat dalam pelbagai bentuk, ukuran, gaya dan tahap pemampatan yang berbeza. Namun, kebanyakannya dianggap untuk membentuk badan agar tampak lebih menarik. Itu adalah jenis bengkung yang digunakan di Barat. Bagaimana pula jenis bengkung bersalin yang terdapat di Malaysia? Terdapat beberapa pilihan bengkung daripada tradisional sehingga moden seperti: Bengkung tradisional bertali Bengkung lilitan jawa Bengkung tali zig zag Bengkung bertali/barut Bengkung sarung moden – tube Bengkung moden – velcro Pastinya setiap jenis produk bengkung mempunyai fungsinya yang tersendiri dan dapat membantu pemulihan selepas melahirkan anak. Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan ia sesuai dan dicipta khusus untuk membantu wanita pulih selepas bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan. Ini kerana jika anda menggunakan produk yang salah, ia boleh menyebabkan kesakitan dan berisiko mendatangkan bahaya. MANFAAT PEMAKAIAN BENGKUNG BERSALIN Fungsi utama membalut perut anda selepas bersalin adalah untuk memberikan sokongan dan menyelaraskan bahagian tersebut agar organ dan otot abdomen dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Ia juga membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim. Bagi ibu mengandung yang menjalani pembedahan caesarean, penggunaan bengkung dapat mengurangkan tekanan pada luka dalam proses penyembuhannya. Pemakaian bengkung bersalin mungkin dapat mengurangkan kesakitan, memudahkan pergerakan, menstabilkan dasar pelvis dan membantu menyembuhkan diastis rektum – keadaan selepas kehamilan biasa di mana otot-otot abdomen terpisah. Berdasarkan kajian, pemakaian bengkung juga dapat membantu wanita bangun dan berjalan lebih jauh. Dalam penyelidikan lain pun mendakwa bahawa bengkung yang dipakai dapat mengurangkan kesakitan dan pendarahan selepas menjalani pembedahan.Bagi wanita yang mempunyai masalah estetika – berkaitan penampilan fizikal, sudah pasti pemakaian bengkung dapat membantu anda untuk tampak lebih langsing dan mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil lebih cepat. Jadi adakah ia bermakna pemakaian bengkung selepas melahirkan anak membawa manfaat seperti mengurangkan berat badan? Bengkung bantu kurangkan berat badan? Sememangnya ada yang mengatakan bengkung bersalin dapat membantu mengurangkan berat badan.Namun, menurut pakar kesihatan wanita, dakwaan bahawa bengkung dapat mengawal pengekalan air dan mengurangkan berat badan tidak dapat dibuktikan secara perubatan. Pun begitu, kebanyakan ibu selepas bersalin yang mengamalkan penggunaan bengkung ini menyatakan mereka kehilangan berat dengan lebih cepat.Tetapi keadaan itu mungkin disalah ertikan dengan penyingkiran semua cecair kehamilan tambahan sebagai penurunan berat badan. Walau apapun, jika pemakaiannya dapat membantu mengurangkan kesakitan sehingga membolehkan anda bergerak lebih aktif, pastinya secara tidak langsung ia membolehkan penurunan berat badan berlaku. Tidak sesuai untuk semua Walaupun bengkung sekadar produk yang dipakai pada bahagian luar badan, namun bukan semua wanita boleh memakainya selepas bersalin. ni terutamanya bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan, khususnya pada luka bahagian czer atau mengalami komplikasi kehamilan atau kelahiran lain seperti preeklampsia atau amnionitis. Pokok pangkalnya, jika penggunaan bengkung bersalin dapat memberikan keselesaan dan sokongan tambahan, anda bebas untuk memakainya.

BENGKUNG TULIP MODEN (STRAP)

  Nak cantik lepas bersalin?  Nak langsing macam anak dara?  Nak ikat cinta suami? Senang je..bengkung tulip kan ada… ya , bengkung tulip je..tak susah pun, lekat2 je.. Anak dara pon boleh guna, makin slim lepas penggunaan.. Hebat ???? ✅ senang ke tandas ✅ senang dipakai dan dibuka ✅ selesa ✅ boleh guna seharian (digalakkan pakai waktu tidur malam) ✅ bersalin czer @ normal boleh guna ✅ jimat ❌tak panas ❌tak risau terkepit zip.. ❌tak perlu nak pusing ikat kat tiang dah.. ❌tak perlu mintak tolong orang.. ❌tak perlu ikat tali banyak2 lagi.. ❌tak perlu tunduk pon.. Senangnye ===================== Baca dulu testimoni ni.. ===================== . “pantang anak ke-4 ni lebih mudah denga bengkung tulip.selesa dan mudah dipakai. Akk pakai bengkung ni dalam baju je sambil bawa baby ke klinik, best sangat tak perasan pun macam tak pakai bengkung kata nurse”.- kak Azwin dari Shah Alam. “saya sangat cadangkan ibu bersalin czer pakai bengkung ini,saya kali ni czer kali ke-3, takut nak berbengkung sebelum ni. Rupanya pakai bengkung sangat digalakkan walaupun bersalin czer, boleh menyokong kawasan perut lepas bersalin, sakit pun kurang senang nak berjalan”.- kak firah dari KL. Menyesal tak beli bengkung ni, kononya nak mudah dengan zip, tak pasal2 kena beli lagi bengkung tulip ini.- kak emma dari Keratong. Berminat untuk ORDER ?? Klik link dibawah “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice