Jenis najis bayi: Jadi petunjuk Si Manja anda mungkin ada masalah kesihatan.BAHAYA, !
Jenis najis bayi: Jadi petunjuk Si Manja anda mungkin ada masalah kesihatan.BAHAYA, ! Antara cabaran dan pengalaman baru sebagai ibu bapa adalah menguruskan kebersihan bayi atau dalam erti kata lain, najis bayi. Siapa lagi yang nak bersihkan bayi kita kalau bukan kita sebagai mak ayahnya sendiri bukan? Mungkin ada yang rasa kurang senang atau tak selesa dengan bau dan warna najis bayi pada mulanya, tapi lama kelamaan anda akan rasa ia adalah normal. Tak normal kalau najis anak anda mengalami beberapa keadaan. Najis bayi warna hijau? Okay ke tu? Nak tau keadaan apa kalau najis tak normal? Cuba lihat senarai najis bayi di bawah untuk kenali tahap kesihatan bayi anda. Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bayi yang baru lahir biasanya akan membuang najis dengan banyak dan agak kerap. Dalam beberapa hari yang pertama, bayi akan membuang najis berwarna hijau tua atau hitam, yang turut dipanggil meconium. Bagi bayi yang mula menyusu pula, ciri-ciri najis bergantung kepada penyusuan dan kekerapan penyusudan tersebut. Perubahan terbesar pada ciri najis anak anda berlaku apabila bayi mula diberikan solid foods. Najis Bayi yang Diberikan Solid Foods Jenis-jenis Najis Bayi Bergantung pada Tahap Kesihatan 1. Najis anak mula makan Najis bayi yang mula makan akan berubah warna kepada lebih coklat, lebih pekat teskturnya dan bau yang lebih kuat. Mommy akan perasan ada sisa makanan yang tak habis dicerna. Ianya normal pada awal-awal kerana bayi Mommy masih belum dapat mengunyah makanan sampai habis atau dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, ianya tidak normal apabila bayi berumur 7-8 bulan. Sekiranya masih ada makanan yang tak cerna. Mommy harus berwaspada. Mungkin anak Mommy kurang nutrisi yang menyebabkan digestion tidak berlaku dengan sempurna. 2. Najis bayi menyusu badan Bayi yang aktif menyusu badan biasanya mengeluarkan najis yang berwarna kekuningan, dan cair seakan cirit-birit. Maksudnya, bayi anda dalam keadaan yang normal kerana bayi yang menyusu memang akan mengeluarkan najis biasa yang lembut, dan tidak sembelit. Sekiranya najisnya berubah menjadi kehijaun, itu bermakna bayi kurang hindmilk daripada susu ibu. Mommy boleh menyusu anak lebih lama untuk mengelakkan najis jenis ini ya. Bayi yang diberikan susu formula pula akan mengeluarkan najis yang lebih berisi daripada mereka yang minum susu ibu. Mommy akan perasan macam ada biji-biji pada najisnya. Bau pun lebih kuat berbanding yang menyusu badan sahaja. 4. Najis yang bermukus Najis jenis ini biasanya terjadi kerana empat keadaan berikut: Sekiranya terdapat lendir pada najis bayi, tetapi bayi Mommy normal dan tidak sakit, mungkin makanan yang diberikan sebelum itu tak sesuai dengan anak. Tetapi, kalau berterusan najis berlendir sampai tiga hari, segera bawa berjumpa doktor. Risau ada jangkitan dalam perut bayi. 5. Najis berwarna hitam Najis bayi hanya berwarna hitam pada awal kelahiran dan sekiranya mengambil zat besi tambahan seperti iron. Selain dua ini, jika bayi mengeluarkan najis berwarna hitam, mungkin berlaku pendarahan dalam sistem pencernaan bayi dan perlukan rawatan segera! 6. Najis berwarna hijau Jika najis anak anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi anda diberikan terlalu banyak gula asli yang terdapat dalam susu. Sepatutnya anak anda mendapat susu lemak yang mengenyangkan sepanjang penyusuan. Hal ini mungkin kerana akibat terlebih penyusuan atau kurang penyusuan. Mungkin juga terdapat kuman dalam perut bayi anda. Sekiranya masalah ini berlarutan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan mengelakkan daripada dijangkiti penyakit yang lain. 7. Palitan darah pada najis Kalau Mommy perasan terdapat palitan darah pada najis anak anda, ianya mungkin disebabkan sembelit. Hal ini kerana proses peneranan semasa dia membuang air besar yang mengakibatkan rekahan pada dubur. Lebih elok Mommy dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan punca sebenar palitan darah tersebut. 8. Najis bayi yang sembelit Jarang untuk bayi anda membuang najis berbentuk keras. Sekiranya ini berlaku, mungkin bayi anda sedang sembelit. Untuk mengurangkan sembelit bayi, Mommy boleh cuba beras perang kerana kandungan fibernya yang tinggi, dapat membantu melawaskan sistem pencernaan. ADAKAH BAYI SAYA MENGALAMI SEMBELIT ? Seseorang bayi dikatakan mengalami sembeli sekiranya najis yang dikeluarkan seperti batu kecil. Tetapi, najis yang cair juga boleh menunjukkan bayi anda sedang mengalami sembelit kerana najis cair dapat melepasi najis besar dalam usus dan mengalir keluar. Jika ada palitan darah seperti nombor 7 di atas juga menunjukkan anak anda sedang sembelit. MAKANAN YANG DAPAT MENGELAKKAN BAYI SEMBELIT 1- Bayi kurang 6 bulan dan diberikan susu formula = tukar jenis susu formula. Mungkin susu yang digunakan sekarang tidak sesuai dengan bayi anda. 2- Tambahkan makanan yang mempunyai serat tinggi seperti barli. 3- Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal seperti merangkak atau menggerakkan kaki anak. 4- Sentiasa urutkan bahagian perut untuk melegakan sembelit. NAJIS BAYI SAYA BERDARAH KENAPA YE ? Selain sembelit, ada pelbagai sebab kenapa najis anak anda berdarah. Antara sebab-sebabnya adalah: Klik link di bawah untuk membuat pilihan botol susu bagi si manja anda –>> LIST OF FEEDING BOTTLE Nak survey botol susu? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih botol susu yang sesuai untuk anak “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US