breastfeeding

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

breastfeeding

BAGAIMANA SUSU IBU DIHASILKAN?

MOMMY MUNGKIN TERTANYA? BAGAIMANA SUSU IBU DIHASILKAN?

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan.Hal ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan, bayi diberi susu ibu sahaja, tidak perlu air atau susu tambahan dan tidak perlu makanan pelengkap. Terdapat 2 hormon yang penting dalam penghasilan susu ibu iaitu : Hormon Prolaktin (Prolactin) yang meransang penghasilan susu. Hormon Oksitosin (Oxytocin) yang meransang refleks pancutan “milk ejection reflex” *Apabila bayi menghisap payudara ibu, saraf di puting dan areola akan menghantar ransangan ke kelenjar pituitari, dan prolaktin dirembeskan. *Prolaktin bertindak di kelenjar susu dan meransang penghasilan susu. *Penghisapan bayi juga meransang rembesan hormon oksitosin dari kelenjar pituitari dan meransang refleks pancutan untuk mengeluarkan susu. *Reflek oksitosin boleh diransang dengan mudah oleh perasaan & pemikiran ibu seperti : -Perasaan gembira dengan kehadiran bayi -Fikirkan tentang kasih sayang serta berkeyakinan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak. -Melihat, mendengar, menyentuh dan memikirkan bayi dengan perasaan kasih sayang *Pengeluaran oksitosin boleh terganggu buat sementara dalam keadaan berikut -Kesakitan akibat puting merekah atau jahitan kelahiran caesarean atau episiotomi. -Perasaan bimbang tidak cukup susu. Oleh itu, antara kepentingan penyusuan susu ibu untuk bayi adalah : *Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik. *Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi) *Kurang risiko diabetes, kanser, jangkitan telinga dan pneumonia. *Antibodi tinggi untuk melaqwan penyakit. *Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome). *Penghadaman yang mudah. *Menggalakkan tumbesaran. *Mengurangkan risiko kepada alahan. *Mengelakkan dari kurang zat makanan, cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan. *Mempunyai komposisi nutrien yang mencukupi dan suhu yang sesuai. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

‘BONDING’ ANTARA BAPA DAN SI MANJA ADALAH SANGAT PENTING DALAM PERKEMBANGAN SI MANJA.

PENYUSUAN IBU DAN PERASAAN SI BAPA, APA KAITANNYA?

PENYUSUAN IBU DAN PERASAAN SI BAPA, APA KAITANNYA? Penyusuan susu ibu sering kali dipikirkan oleh seorang lelaki bergelar bapa. Itu mungkin sebahagian daripada perasaan bapa yang baru sahaja mendapat anak terutama anak pertama. Sekiranya dahulu perhatian isterinya tertumpu sepenuhnya kepada suami, namun selepas mendapat zuriat, perhatian itu bertukar arah. Bayi kecil yang kadang-kadang sangat menuntut perhatian ini, seolah-olah menjadi persaingan kepada suami dalam mendapatkan perhatian isteri. Sesetengah suami mungkin berasa diketepikan. * Bapa mungkin merasakan tiada peluang bagi mengenali bayinya dengan lebih dekat. Bapa tidak berpeluang memberi susu dengan botol, maka tertutuplah peluang mahu bermesra dengan bayinya. * Itu adalah tidak benar. Bermesra dengan bayi tidak bermakna hanya merberi bayi minum susu botol. Ada banyak cara bagi bapa mengeratkan hubungan dengan bayinya. * Komunikasi suami dan isteri perlu telus terutama pada waktu-waktu sensitif seperti ini. Naluri keibuan sangat tinggi selepas wanita melahirkan, dan perasaan mahu menyentuh serta memberi perhatian kepada ayahnya sedang berada di kemuncak. * Maha suci Allah yang sudah mengatur sedemikian rupa supaya kesinambungan zuriat manusia bererusan. Bayangan sekiranya ibu tiada naluri keibuan yang kuat, maka tidak mustahil bayi baru lahir tidak diendahkan malah mungkin didera. * Perhatian tidak berbelah bahagi daripada ibu kepada anaknya tidak bermakna kasih sayang isteri kepada suaminya juga berkurangan *  Isteri juga sangat memerlukan sokongan dan perhatian suami pada waktu ini. Cuma suami perlu memberi sedikit ruang dan masa kepada ibu bagi meraikan fitrah keibuannya. * Perhatian isteri pasti kembali kepada suaminya apabila tiba masany. Sekiranya suami seorang yang prihatin, menyokong, dan memberi sepenuh kasih sayang kepada isterinya, perhatian isteri kepada suami pasti kembali dengan lebih cepat. Bagaimanakah perasaan kasih sayang bapa dapat terbentuk kepada anaknya walaupun lelaki tidak pernah hamil dan menyusukan? *Ada yang berpendapat naluri keibubapaan dapat dipupuk dan bapa dapat memilih sama ada menjadi bapa yang baik ataupun tidak tanpa bantuan secara biologi. *Namun begitu, kajian kepada haiwan membuktikan hormon oksitiosin dan prolaktin memainkan peranan penting dalam proses menjadi bapa yang baik. *Sekumpulan penyelidik dari Universiti of Yales mengambil paras hormon oksitosin bapa yang mendapat anak pertama, pada tempoh enam minggu dan enam bulan selepas kelahiran bayi. *Mereka mendapati paras hormon oksitosin pada bapa tidak banyak bezanya daripada paras para ibu. Walaupun bapa tidak hamil dan menyusukan anak, hormon oksitosin mereka tetap tinngi. Kajian ini membuktikan perasaan kebapaan juga dibantu oleh hormon-hormon, sama seperti ibu. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

MEMBELI PAM SUSU TERPAKAI

BELI PAM SUSU TERPAKAI? KETAHUI RISIKONYA!!!

BELI PAM SUSU TERPAKAI? KETAHUI RISIKONYA!!! Kadangkala, ibu yang membeli pam tidak serasi dengan sesuatu jenama ataupun mahu membeli pam yang lain serta mahu menjual pam yang sedang digunakan. Ramai ibu yang bertanya, bolehkkah membeli pam terpakai? Antara risiko membeli pam terpakai ialah : #1 Risiko jangkitan kuman daripada seorang pengguna kepada pengguna yang lain. *Bukan semua bahagian pam dapat dicuci ataupun steril. *Kebanyakan pam tidak direka dengan mekanisme mengelakkan susu yang diperah termasuk ke dalam motor melalui tiub sambungannya. *Ada kemungkinan susu dari tiub termasuk ke dalam motor dan mencemari pam itu. #2 Risiko membeli pam tidak berkualiti dan tidak sesuai. *Risiko lebih tinggi sekiranya ibu membeli secara atas talian (online). *Sukar bagi ibu mengetahui berapa lama ia sudah digunakan dan sekiranya tidak bernasib baik, ibu mungkin kerugian kerana membeli pam yang rosak. Food Drug Administration (FDA) di Amerika tidak menggalakkan penggunaan pam terpakai ataupun berkongsi pam antara dua ataupun lebih pengguna. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan. Ia adalah pandangan yang tepat dan ideal ( walaupun tiada undang-undang yang mengawalnya). Sebaiknya ibu mengumpul wang dan membeli pam susu yang baru. Walau bagaimanapun, dunia selalunya tidak ideal. Ada ibu yang tidak mampu membeli pam yang berkualiti dengan harga yang mahal dan pam yang murah pula tidak berkualiti. Ibu pula mempunyai kawan ataupun saudara yang dapat dipercayai dan bebas daripada sebarang penyakit, serta mahu menjual pamnya dengan harga yang berpatutan. Ini terpulang kepada penilaian dan pengamatan ibu sendiri. Kita sendiri lebih mengetahuinya dan buatlah keputusan yang terbaik selepas meneliti segala aspek. P/S : Sekiranya mommy membuat keputusan mahu membeli pam terpakai, ibu disarankan supaya membeli botol, tiub, dan corong baru. Walau bagaimanapun, ia tidak mengurangkan risiko jangkitan antara pengguna. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU DENGAN MER (MILK EJECTION REFLEX)!!!

MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU DENGAN MER (MILK EJECTION REFLEX)!!! Apabila memerah susu, tiada rangsangan secara langsung daripada bayi. Situasi ini ada kalanya dapat menjejaskan MER. Banyak cara dapat dicuba oleh ibu bagi mendapatkan MER yang berkesan semasa memerah. MER dapat dirangsang secara fizikal dan psikologi. Gabungan kedua-dua kaedah ini berkesan bagi mendapatkan MER. Antara langkah-langkah mendapatkan MER adalah : #1 Pastikan ibu selesa dan jauh daripada sebarang perkara yang membantutkan fokus ibu memerah susu. * Pengalaman ibu yang memerah susu mengatakan MER mereka senang diperoleh sekiranya mereka memerah ditempat yang sama setiap kali. * Persekitaran yang biasa dengan ibu membantunya supaya lebih tenang. * Rutin yang sama setiap kali juga kadangkala dapat membantu. Seorang ibu dalam buku The Milk Memo tulisan Cate Colbourn Smith dan Andrea Serreta menceritakan bagaimana susunya mula keluar sebaik sahaja mendengar zip beg alatan memerahnya mula dibuka. #2 Padam telefon bimbit ataupun kunci pintu bagi mendapat ketenangan dan privasi. * Segala keperluan seperti bantal, makanan ringan dan minuman, buku ataupun komputer diletakkan berdekatan supaya senang ibu mencapainya semasa sesi memerah. #3 Tekapkan tuala basah dan urut payudara bagi ‘mengejutkannya’ supaya ‘bekerja’. Ibu juga dapat menggentel puting susu bagi lebih merangsang MER dengan cepat. * Kirsten Berggren, penulis buku Working Without Weaning berkongsi pengalaman bagaimana dia menggambarkan lori terbalik dan limpahan susu memenuhi jalan raya. Ia membantunya merangsang MER. #4 Tarik nafas dan cuba bayangkan kita berada di tempat yang nyaman dan tenang. Sedikit imaginasi diperlukan bagi menggambarkan sesuatu tempat seperti di tepi laut, air terjun ataupun sungai yang mengalir tenang. * Bagi yang beragama islam, bacaan ayat suci Al-Quran daripada qari terkenal dapat dipasang bagi memberi ketenangan. #5 Latar belakang yang menenangkan dapat diperoleh dengan memasang muzik latar yang disukai ataupun memperdengarkan bunyi-bunyian alam. * Ada ibu yang membawa gambar bayi ke tempat kerja. Dengan teknologi canggih dewasa ini, video, suara dan gambar anak dapat dirakam menggunakan telefon bimbit dan ia dapat dipasang bila-bila masa sahaja. * Sesetengah ibu pula berasa terangsang apabila dapat mencium bau dari baju ataupun selimut anaknya. * Namun begitu, ada ibu yang terlalu sedih kerana berjauhan dengan anaknya dan berasa lebih tertekan apabila melihat sebarang benda yang berkaitan dengan bayinya. Terpulanglah kepada ibu memilih yang mana satu lebih sesuai bagi merangsang MER. #6 Urutan belakang badan. * Sekiranya berada di rumah, suami ataupun ahli keluarga yang lain dapat membantu melakukannya. * Ibu menelungkup di belakang kerusi ataupun di tepi meja. * Pengurut menggunakan ibu jari di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang (bukan di atas tulang belakang). * Urut dalam bentuk bulatan setempat menggunakan ibu jari dalam beberapa saat. * Ulang urutan yang sama hingga ke paras pinggang. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

Tips Cara Memberi Botol Kepada Bayi

Cara Yang Betul Untuk Memberikan Susu Botol Kepada Bayi

Cara Yang Betul Untuk Memberikan Susu Botol Kepada Bayi Ramai ibu bapa sanggup berhabis wang mencari puting dan botol yang bersesuaian untuk anak mereka. Walaupun syarikat pengeluar sering mengiklankan jenama keluaran mereka menyerupai puting ibu, ia adalah anggapan yang meleset. Tiada apa pun yang betul-betul dapat menyerupai payudara ibu walaupun pengeluar sedaya upaya menirunya. Ada bayi yang dapat minum daripada apa sahaja jenis botol dan puting tanpa sebarang masalah. Ada pula bayi yang lebih cerewet bagi menemui botol yang serasi kepada bayi. Oleh itu, antara tips cara memberi botol kepada bayi adalah seperti : Sebaiknya pemberian botol diberikan ketika bayi berada dalam keadaan tegak ataupun separuh tegak. Ia dapat mengurangkan risiko bayi tersedak dan pengumpulan susu di dalam telinga. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu botol secara baring mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan telinga. Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar. Sebaiknya perkenalkan botol apabila bayi berada dalam keadaan selesa, segar dan ceria. Ada bayi yang suka dipegang dengan posisi buaian (cradle hold) semasa menerima botol, tetapi ada juga enggan dipegang sebegitu kerana ia mengingatkan mereka dengan penyusuan ibu. Ada bayi yang lebih menggemari posisi menghadap ke hadapan semasa menerima botol. Penjaga yang memberi botol dapat mencuba pelbagai posisi yang sesuai dan disukai oleh bayi. Sekiranya bayi suka dengan suhu yang suam, pastikan susu perahan itu suam dan alirkan sedikit susu kepada puting botol bagi memudahkan bayi menerimanya kelak. Puting botol menyentuh bibir bayi dan tunggu sehingga bayi membuka mulut dengan luas. Biarkan bayi mengambil puting botol ke dalam mulutnya. Elakkan daripada menolak puting ke dalam mulut bayi walaupun mulutnya belum terbuka luas. Puting botol yang sederhana panjang akan terletak di belakang mulut bayi. Pastikan mulut bayi terbuka luas semasa menghisap puting botol Bibir bawah bayi juga sepatutnya terjuih keluar. Lidah bayi akan terkeluar dan menutupi gusi bawahnya dan seolah-olah memeluk puting botol. Cara ini seolah-olah mirip bayi melekap dan menghisap payudara ibu. Bayi akan berhenti menghisap dan mengeluarkan puting botol sekiranya dia sudah kenyang walaupun susu masih bersisa. Sendawakan bayi dan kemudian cuba semula memberinya botol. Sekiranya bayi menolak, ini bermakna sesi penyusuannya sudah berakhir. Akhir sekali, jangan paksa bayi menghabiskan sisa susu. Pesanan kepada mommy : Elakkan susu daripada meleleh sebelum diberikan kepada bayi. Ada sesetengah puting, tekanan dapat dikawal dan lelehan susu dapat dihentikan sebelum diberikan kepada bayi. Pada payudara pula, bayi perlu menghisap bagi mendapatkan susu (non-nutritive sucking). Menyusu dengan posisi yang tegak. Selepas bayi melekap dengan betul pada puting, ibu ataupun penjaga dapat menonggengkan botol sedikit supaya susu dapat melalui puting. Kawal kuantiti susu yang keluar daripada botol. Semasa menyusukan bayi menggunakan botol, jangan tonggengkan botol sehingga ke tahap maksimum. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU?

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU? Seperti yang mommy kerap dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu yang menyusu. “Jangan makan buah, ini makanan sejuk, yang ini pula nanti anak kembung sebab angin”. Sering kali ibu berasa risau mahu makan kerana khuatir akan memberi kesan kepada bayi. Sehingga ke satu peringkat, ibu mungkin akan berpantang makan sehingga meninggalkan pemakanan seimbang untuk dirinya. Secara amnya, tiada makanan khusus yang perlu ibu jauhi. Makan apa yang dirasakan sesuai. Cuma ada kalanya bayi bayi alah dengan makanan yang dimakan oleh ibu kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu. Tetapi, makanan yang tidak sesuai untuk seorang ibu dan bayi tidak semestinya tidak sesuai untuk pasangan ibu dan bayi yang lain. Antara tanda-tanda alahan adalah seperti : * Muntah, Cirit-Birit, dan sakit perut. * Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti sering selesema, lelah, dan gatal-gatal kulit. * Bagi bayi yang hanya menyusu susu ibu, perkara ini jarang berlaku * Sekiranya ia berlaku, lazimnya bayi alah kepada makanan yang dimakan oleh ibunya, bukan kerana penyusuan ibu. Ia selalunya berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai sejarah alahan yang kuat. *Protein haiwan adalah satu penyebab alah yang biasa.Cuba elakkan meminum minuman susu haiwan buat sementara waktu dan pantau respons bayi. *Begitu juga dengan makanan yang lain. Bayi yang menyusu susu tiruan sememangnya menghadapi risiko yang tinggi mendapat alahan kerana protein haiwan. Ibu dapat mengawal makanan yang mahu diambil sekiranya ada yang tidak sesuai untuk bayi, tetapi kita tidak dapat mengawal makanan yang dimakan oleh binatang ternakan bagi menghasilkan susu tiruan yang kita gunakan. Ibu pasti mampu membuat pilihan yang tepat. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

4 PERMASALAHAN PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP BERLAKU

Article oleh : Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Runding Pediatrik & Penasihat Penyusuan Susu Ibu Ramai pakar-pakar bersetuju bahawa susu ibu adalah sangat berkhasiat dan juga merupakan antibiotic semula jadi yang mampu membantu bayi melawan pelbagai jenis jangkitan. Penyusuan susu ibu juga seharusnya memberi kepuasan dan ketenangan kepada kedua-dua ibu dan juga bayi. Namun, semasa menyusukan bayi, beberapa kesulitan mungkin timbul yang boleh melemahkan semangat ibu-ibu untuk terus menyusukan anak mereka. Berikut adalah beberapa soalan lazim oleh kebanyakan ibu-ibu baru: #1 Memang patutkah puting saya terasa sakit dan kering semasa atau selepas menyusukan bayi? TIDAK ! Kebanyakan pakar bersetuju bahawa sebarang kesakitan atau rekahan pada putting adalah disebabkan oleh kedudukan bayi yang tidak betul semasa menyusu dan kegunaan produk kebersihan (sabun, krim, dll), pada payudara sebelum, semasa atau selepas menyusu. Pelekapan dan kedudukan adalah penting, Pastikan pelekapan adalah betul dan gunakan jari anda untuk memberhentikan penghisapan. Mommy juga boleh sapukan lanolin selepas menyusu kerana ia memberi perlindungan dan penjagaan pada kulit anda sambil mencegah putting daripada menjadi terlalu kering. Anda juga boleh sapukan susu anda di sekeliling putting selepas menyusukan bayi. Paling menakjubkan, susu ibu juga adalah pelembab yang sangat berkesan. Semasa meyusukan bayi, anda juga boleh bergilir-gilir di antara kedua-dua putting dan biarkan ia dianginkan sehingga kering di antara penyusuan. Mengalami putting sakit beberapa hari pertama selepas kelahiran adalah normal. Penyusuan akan menjadi lebih mudah apabila tubuh anda mula menyesuaikan diri. #2 Saya memahami bahawa pada masa ini tubuh saya sedang menghasilkan susu dan meyebabkan payudara saya membesar. Tetapi mengapakah ia terasa keras, sakit dan bengkak? Payudara yang penuh dengan susu berkhasiat untuk bayi anda adalah sesuatu yang semula jadi dan sihat. Walau bagaimanapun, jika tidak dikosongkan dengan kerap, saluran darah di payudara menjadi sesak, dan seterusnya memerangkap cecair di dalam tisu payudara dan menyebabkan kebengkakan. Jika kebengkakan dibiarkan berterusan, puting akan menjadi leper dan merumitkan pelekapan serta boleh menyebabkan payudara menjadi lebih sakit. Kebengkakan biasanya berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas kelahiran. Kerap menyusukan bayi anda dari semasa ke semasa atau bila-bila masa anak anda lapar serta elak daripada melangkau waktu penyusuan. Anda juga boleh memerah susu secara manual atau menggunakan pam. Anda juga boleh meredakan kesakitan dengan mengurut sambil mengalirkan air suam ke atas payudara. Pada masa yang sama, anda juga boleh mencegah duktus tersumbat dengan teknik yang sama. #3 Sebelah payudara saya terasa sakit, sengal, panas dan sakit apabila disentuh, selalunya diikuti dengan demam, bolehkah saya terus menyusukan bayi atau haruskah saya tunggu sehingga pulih daripada demam sebelum menyusu semula? Simptom-simptom yang digambarkan adalah sama seperti payudara ibu yang dijangkiti bakteria. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai Mastitis atau jangkitan payudara. Payudara mungkin terasa bengkak, sebelah payudara terasa semakin panas dan kesakitan bertambah. Simptom-simptomnya sama seperti simptom kebengkatan atau duktus tersumbat dan selalunya diburukkan lagi oleh stress dan atau keletihan. Mastitis boleh dicegah dengan meneruskan penyusuan susu ibu atau memerah susu secara tetap. Jika anda dijangkiti, jangan berhenti menyusukan bayi. Susu  anda tidak dijangkiti dan oleh yang demikian tidak menjejaskan anak anda. Jangan tunggu sehingga demam anda reda, anda harus berjumpa dengan pakar pediatrik/ pakar pengurusan laktasi untuk rawatan lanjut. #4 Bolehkah saya menyusukan bayi saya jika saya mendapat jangkitan kulat? Boleh, walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk berjumpa doctor bagi rawatan segera untuk anda dan juga bayi. Jangkitan kulat di puting atau “seriawan” biasanya disebabkan oleh peningkatan bakteria Candida di sekeliling puting anda. Jika anda dijangkiti, pastikan anda membersihkan dengan sempurna kesemua barangan anda samada yang disentuh oleh anda atau bayi anda. Adalah mencukupi dengan merendamkan barangan di dalam air panas. Satu lagi tip berguna adalah kerap menukar lapik penyusuan (“nursing pad”) dan pastikan puting anda sentiasa dalam keadaan kering. Oleh itu, jika kerap kali mommy terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah ini serta masalah peribadi yang ain secara bersendirian dan ini menambahkan lagi tekanan. Justeru itu, para suami, pasangan dan ahli keluarga terdekat yang lain harus memainkan peranan dalam memberi sokongan emosi, psikologi dan fizikal yang amat diperlukan. Mempelajari teknik penyusuan susu ibu yang betul juga boleh membantu mengasah kemahiran keibuan anda. Kumpulan sokongan, pakar-pakar pediatrik, laktasi, keibuan serta keluarga dan rakan-rakan boleh membantu anda mengatasi halangan-halangan penyusuan. Dapatkan bantuan dengan segera jika anda menghadapi mana-mana satu daripada masalah yang disebut. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Awas 5 Tanda Ini Pada Bayi. Ia Petanda HFMD

HFMD tular kembali.  Beberapa sekolah dan taman asuhan telah diarahkan ditutup akibat wabak HFMD ini.  Ia perlukan kerjasama pelbagai pihak untuk menghentikan wabak ini dari terus merebak, terutamanya ibu bapa.  Ibu bapa perlu cakna petanda HFMD.   Salah satu perkara yang perlu ibu bapa ambil perhatian adalah tanda-tanda anak mereka dijangkiti HFMD.  Kenali tanda ini:- Demam yang tidak tinggi(suhu 38.2 darjah celcius) Kurang selera makan Sakit perut Batuk Sakit mulut Ulser dalam mulut Timbul ruam pada tangan dan kaki   Tanda ruam dan ulser dimulut selalunya dapat dilihat dalam tempoh 5-7 hari.  Sepanjang tempoh inilah ibu bapa perlu berikan perhatian yang lebih kepada anak-anak.  Pihak Kementerian Kesihatan telah berikan panduan seperti berikut kepada orang awam Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa: Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa: i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah. ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak. iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my. HFMD bukan sahaja berlaku kepada bayi dan kanak-kanak, tetapi juga kepada orang dewasa.  Cuma kesannya lebih buruk kepada bayi yang masih kecil.  Jadi perhatian serius perlu diberikan.  Jika tidak diberikan penjagaan sesuai,  ia boleh menyebabkan komplikasi berikut Dehidrasi: Pantau pola buang air kecil anak.  Jika kurang, itu tanda anak anda dehidrasi.  Banyakkan minum air supaya badan tidak terus lemah Meningoencephalitis: Jangkitan kuman pada otak dan selaputnya Myocarditis: keradangan pada otot jantung Ada juga yang menghadapi masalah penglihatan ataupun buta.   Apa yang ibu bapa boleh lakukan?   Wabak ini tiada ubat yang spesifik.  Biasanya penghidap akan pulih sendiri selepas 7-14 hari bergantung pada antibodi badan masing-masing.  Apa yang ibu bapa boleh bantu meredakan masalah wabak ini iaitu kerap cuci tangan dan mainan yang bersentuhan dengan pesakit Ulser membuatkan anak tidak mahu makan dan minum.  Bagi anak yang sudah boleh makan, cuba tawarkan aiskrim vanilla untuk memberikan kelegaan. Spray atau sapuan gel ulser juga boleh membantu berikan kelegaan sementara supaya anak tidak berasa kepedihan semasa makan. Gunakan sarung tangan getah ketika menukar lampin pakai buang.  Bersihkan najis dengan rapi supaya wabak ini tidak terus berjangkit. Jangan lupa untuk bawa anak berjumpa doktor untuk buat pengesahan, supaya langkah seterusnya boleh diambil dengan lebih berkesan.   “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

NIPPLE KERING, MELECET DAN TERBELAH

Perjalanan ibu yang Breastfeeding pasti akan mengalami masalah dibawah ini: ➡Nipple Kering? ➡ Melecet ? ➡ Luka Terbelah? Kak nora pun sedang mengalaminya Sekarang?, Ini antara cabaran penyusuan susu ibu. Tapi mommy jgn risau dan jgn sedih..Nipple cream kan ada, bermacam brand ada ?..Tapi harini kak nora akan jelaskan tentang Jenama Medela   Medela Nipple Cream ni ada 2 jenis. ✅ PureLan 100 pure protection ✅ Tender Care Apa beza 2 nipple cream ni? Jemput baca ye mommy. ❤ PureLan 100 Pure Protection Khas untuk melembapkan, melegakan & melindungi kulit disekitar areola. Ianya esuai digunakan setiap hari, untuk membantu mengekalkan kelembapan & membentuk pelindungan semulajadi dan menjadikan mommy rasa selesa dan dapat menyusukan bayi dengan lebih lama. ❤ Medela Tender Care pula direka khas untuk mommy yang mengalami ketidakselesaan akibat Nipple kering, luka & trauma akibat mengepam susu. Dengan menggunakan Medela Tender Care ni dapat merawat & melindungi kulit sekitar areola. Apa yang lebih penting Kedua² jenis Medela Nipple Cream ni bebas bau, hypoallergenic & telah diuji secara klinikal. 100% selamat untuk bayi & ibu, tak perlu cuci sebelum menyusukan bayi Dan yang paling penting,Ianya diperbuat dari bahan semulajadi. Nak tahu lebih lanjut jum pm pihak kami. Ready stock di MFC Shah Alam & Kuantan. Sebarang pertanyaan boleh whasapp ke Cawangan Kuantan http://wasap.my/601110511950 Cawangan Shah Alam http://wasap.my/60192413656

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui? Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan. Apa yang perlu saya makan semasa menyusui? Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. Dapatkan zat besi yang banyak Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. Bagaimana dengan diet semasa menyusui? Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin – yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice