breastmilk

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

breastmilk

MEMBELI PAM SUSU TERPAKAI

BELI PAM SUSU TERPAKAI? KETAHUI RISIKONYA!!!

BELI PAM SUSU TERPAKAI? KETAHUI RISIKONYA!!! Kadangkala, ibu yang membeli pam tidak serasi dengan sesuatu jenama ataupun mahu membeli pam yang lain serta mahu menjual pam yang sedang digunakan. Ramai ibu yang bertanya, bolehkkah membeli pam terpakai? Antara risiko membeli pam terpakai ialah : #1 Risiko jangkitan kuman daripada seorang pengguna kepada pengguna yang lain. *Bukan semua bahagian pam dapat dicuci ataupun steril. *Kebanyakan pam tidak direka dengan mekanisme mengelakkan susu yang diperah termasuk ke dalam motor melalui tiub sambungannya. *Ada kemungkinan susu dari tiub termasuk ke dalam motor dan mencemari pam itu. #2 Risiko membeli pam tidak berkualiti dan tidak sesuai. *Risiko lebih tinggi sekiranya ibu membeli secara atas talian (online). *Sukar bagi ibu mengetahui berapa lama ia sudah digunakan dan sekiranya tidak bernasib baik, ibu mungkin kerugian kerana membeli pam yang rosak. Food Drug Administration (FDA) di Amerika tidak menggalakkan penggunaan pam terpakai ataupun berkongsi pam antara dua ataupun lebih pengguna. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan. Ia adalah pandangan yang tepat dan ideal ( walaupun tiada undang-undang yang mengawalnya). Sebaiknya ibu mengumpul wang dan membeli pam susu yang baru. Walau bagaimanapun, dunia selalunya tidak ideal. Ada ibu yang tidak mampu membeli pam yang berkualiti dengan harga yang mahal dan pam yang murah pula tidak berkualiti. Ibu pula mempunyai kawan ataupun saudara yang dapat dipercayai dan bebas daripada sebarang penyakit, serta mahu menjual pamnya dengan harga yang berpatutan. Ini terpulang kepada penilaian dan pengamatan ibu sendiri. Kita sendiri lebih mengetahuinya dan buatlah keputusan yang terbaik selepas meneliti segala aspek. P/S : Sekiranya mommy membuat keputusan mahu membeli pam terpakai, ibu disarankan supaya membeli botol, tiub, dan corong baru. Walau bagaimanapun, ia tidak mengurangkan risiko jangkitan antara pengguna. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

“Susu ibu boleh dibuat losyen ? “

Mommy sekalian,  susu ibu merupakan sesuatu yang amat berharga. Bila mommy dah pam susu banyak banyak tapi anak tak minum atau susu yang dipam tu tak habis jangan buang susu itu ! Mommy tahu tak susu tu kita boleh jadikan ia sebagai “Breast Milk Lotion”.  Jadi lepas ni kalau Mommy ada susu Mommy yang dah expired atau yang dah tak digunakan bolehlah simpan dan jadikan ianya lotion. Bahan-bahan yang diperlukan juga tak banyak dan senang je kalau Mommy nak try buat. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat Breast Milk Lotion adalah : Cara-caranya ialah : Campurkan minyak biji anggur sebanyak 3.5 oz dan Beeswax (Lilin Lebah) sebanyak 1 tbs ke dalam mangkuk. Mommy jangan terlebih isi Beeswax ye. Ikut sukatan yang diberikan. Kemudian, letakkan mangkuk berisi Minyak Biji Anggur dan lilin lebah yang dah di sukat  tadi tu  ke dalam microwave selama  2 ½ minit. Dalam mangkuk yang berlainan, tambahkan 2 hingga 3 titik minyak beraroma kegemaran mommy ke dalam 3 oz susu ibu yang tak digunakan tu. Tapi minyak beraroma ni optional kalau mommy tak nak isi pun takpe sekadar untuk bagi bau wangi sahaja. Kemudian, keluarkan minyak biji anggur dan lilin lebah tadi dari microwave dan kacau/kepuk hingga sebati. Perlahan-lahan letakkan susu tadi ke dalam mangkuk yang berisi minyak anggur dan lilin lebah yang dah dikacau/kepuk tadi  dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan ke semua bahan yang dah sebati tadi ke dalam bekas yang berpenutup. Letakkan bekas tersebut ke dalam peti selama 1 jam.   Sekarang, losyen anda sudah siap untuk dipakai! Untuk mengekalkan kesegaran losyen boleh simpannya ke dalam peti. Ketahanan nya juga lebih kurang 3 bulan. ( Sumber :  @milkymama1 )   Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mommy sekalian.  Jadi lepasni jangan buang tau susu mommy yang dah expired atau tak guna tu ye .  Mommy jangan lupa cuba ye perkongsian ni dekat rumah !   Klik link di bawah untuk mengetahui AKSESORI BREASTPUMP YANG DIJUAL Klik DiSini ———–>  Aksesori Breastpump Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”  [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]  

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice