breastpump rosak

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

breastpump rosak

“Breastpump Tiada Suction”

“Breastpump Tiada Suction” Sebagai seorang ibu yang sibuk dengan rutin harian Breastpump merupakan satu alat yang penting untuk memudahkan anda dan memastikan anak anda mendapat susu anda. Namun pernahkah anda mengalami masalah dengan Breastpump anda dan ia sedikit sebanyak mengganggu rutin harian anda contohnya masa nak pam susu guna Breastpump tu tiba-tiba keluar angin je. Suction yang keluar dari tiub masih terasa di kulit tapi tidak terasa pada breast. Pernah tak anda alami situasi seperti ini? Mesti persoalan yang bermain dalam kepala anda “Breastpump Dah Rosak Ke?”. Untuk mengetahui punca tersebut ada beberapa perkara yang anda perlu periksa antaranya ialah : Periksa tiub penyambung antara motor dan corong pam sama ada ia disambung dengan baik ataupun tidak. Sewaktu menggunakan breastpump pastikan corong pam melekap pada breast anda dengan betul dan tertutup dengan sempurna. Pastikan membrane pada valve tertutup dengan sempurna. Walaupun motor berfungsi dengan baik tapi jika membrane valve tidak ditutup dengan sempurna kita tidak akan merasa suction pada breast kerana suction hanya berlaku dalam close system. Membran atau valve tidak tertutup rapat mungkin kerana valve pada Breastpump anda sudah terkoyak. Macam mana boleh terkoyak? Valve Breastpump terkoyak berkemungkinan berpunca daripada cara anda mencuci valve tersebut dengan cara yang tidak betul sehinggakan valve itu terkoyak atau cucian yang tidak sempurna meninggalkan sisa lemak susu di membrane sekaligus menghalangnya untuk tertutup rapat . Perkara seperti ini menyumbang kepada faktor Breastpump anda tiada suction kerana membrane valve tidak tertutup rapat. Penyelesaiannya adalah menggantikan valve dengan yang baru. Biasanya kedai yang jual Breastpump ada menjual aksesori gantian ini. Di Mothers First Choice kita juga ada menjual alat gantian Breastpump. Kebiasaannya jika anda menggunakan Breastpump anda lebih dari 3 ke 4 bulan anda dinasihatkan untuk menukar valve untuk memastikan Breastpump anda dapat melakukan suction dengan sempurna. Jika anda memerlukan peralatan gantian Breastpump anda bolehlah ke laman web Mothers First Choice atau mempunyai sebarang persoalan mengenai Breastpump anda bolehlah whatsapp kami dan kami akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda. Klik link di bawah untuk mengetahui AKSESORI BREASTPUMP YANG DIJUAL Klik DiSini ———–>  Aksesori Breastpump Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”  [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]  

“Tips Penjagaan Breastpump & Aksesori”

Adakah anda seorang ibu yang menggunakan breastpump? Pernah tak anda mengalami masalah dengan breastpump anda contohnya macam suction berkurang dan semakin lemah walaupun motor berfungsi dengan baik. Mesti peningkan apa nak buat dengan breastpump anda tu. Jangan risau breastpump anda bukan rosak lagi cuma kalau jadinya suction kurang atau lemah ni selalunya disebabkan valve yang terkoyak. Apabila valve koyak, ia tidak boleh tertutup rapat. Dan ini akan menyebabkan tiada suction dirasai. Breastpump pun ada cara penjagaannya juga ibu ibu tahu tak ? Mari saya kongsikan “ Tips Penjagaan Breastpump dan Aksesori Supaya Tahan Lama dan Tak Cepat Rosak “.   Elakkan Breastpump terjatuh, lebih-lebih lagi daripada tempat tinggi. Ini kerana bahagian dalam Breastpump tu sendiri ada komponen elektronik yang sangat  sensitif sebab tu kadang-kadang ada Breastpump baru sekali jatuh dah rosak atau gagal berfungsi seperti biasa. Jadi ibu-ibu dinasihatkan jangan letak Breastpump anda di tempat yang tinggi atau tempat yang boleh mendedahkan risiko Breastpump anda dari terjatuh. Masa mengepam susu pun kena sentiasa berhati-hati. Elakkan susu yang dipam tu masuk ke dalam motor pam semasa sedang mengepam. Namun jika situasi tersebut berlaku kepada anda segeralah berhenti pump susu anda dan matikan Breastpump tersebut. Seterusnya, dapatkan bantuan servis untuk servis pam tersebut secepat mungkin jika tidak komponen dalam pam boleh berkarat atau menyebabkan pam itu rosak. Di Mothers First Choice kami ada menyediakan servis ini jadi jika anda mengalami masalah seperti berikut bolehlah bawa Breastpump anda ke kedai kami untuk di servis. Jangan charge battery Breastpump anda terlalu lama untuk elakkan dari overcharge biasanya bagi Breastpump yang ada rechargeable battery (built-in) seperti Medela freestyle, Spectra M1 dan banyak lagi. Praktikkan untuk charge battery Breastpump anda apabila battery mencecah 1 bar. Bila battery dah penuh make sure disconnect terus Breastpump dari charger sebab kalau overcharge takut battery rosak (“kong”). Saya pasti ada sesetengah ibu yang mementingkan kebersihan Breastpump mereka dengan sentiasa membasuh tiub Breastpump setelah digunakan. Tapi bila dah basuh tiub tu make sure bila nak pasang semula dekat Breastpump tu tiub tu dah betul-betul kering. Perkara ini penting sebab kalau kita sambungkan tiub yang masih belum kering dengan sepenuhnya ke Breastpump kita berkemungkinan besar air dari tiub tu boleh pergi terus ke motor Breastpump. Jadi bila dah basuh tu pastikan tiub yang dibasuh tu betul-betul kering sebelum disambungkan ke Breastpump. Suction Breastpump mungkin akan berkurangan bila Breastpump tu digunakan lebih dari setahun. Untuk dapatkan semula suction seperti pertama kali anda menggunakannya anda bolehlah menghantar Breastpump anda untuk di servis di tempat yang sepatutnya seperti di Mothers First Choice. Tapi jika Breastpump anda masih baru dibeli tetapi suctionnya kurang mungkin ada faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku. Anda biasa tak sterilise valve dalam air panas atau air mendidih? Jika ya, anda patut berhenti melakukan perkara tersebut kerana valve yang di sterilize dengan air panas akan mengembang dan tidak dapat melekat dengan baik pada kedudukannya serta boleh memebri kesan kepada suction Breastpump anda. Hanya bahagian pam yang dibuat dari plastik sahaja yang boleh di sterilise dalam air panas atau air mendidih. Bahagian yang diperbuat daripada getah seperti valve hanya perlu dicuci dengan air suam atau air paip sahaja. Jika anda mencuci membrane valve pastikan tiada sisa susu yang tertinggal pada membrane valve dan sentiasa mencuci membrane valve dan valve Breastpump anda dengan berhati-hati untuk mengelakkanya dari terkoyak. Anda juga dinasihatkan untuk menukar valve setiap 3-4 bulan sekali.  Semoga perkongsian di atas dapat membantu ibu ibu di luar sana untuk memastikan Breastpump anda Tahan Lama dan Tak Cepat Rosak. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Breastpump boleh lah whatsapp kami di sini dan kami akan membantu anda.Untuk pengetahuan anda di Mothers First Choice kami ada menyediakan khidmat servis Breastpump dan menjual peralatan Breastpump jadi bolehlah ke website kami -> Mothers First Choice atau terus ke kedai kami untuk mendapatkan servis atau peralatan tersebut. Klik link di bawah untuk mengetahui AKSESORI BREASTPUMP YANG DIJUAL Klik DiSini ———–>  Aksesori Breastpump Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”  [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]    

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice