“Breastpump Tiada Suction”

“Breastpump Tiada Suction” Sebagai seorang ibu yang sibuk dengan rutin harian Breastpump merupakan satu alat yang penting untuk memudahkan anda dan memastikan anak anda mendapat susu anda. Namun pernahkah anda mengalami masalah dengan Breastpump anda dan ia sedikit sebanyak mengganggu rutin harian anda contohnya masa nak pam susu guna Breastpump tu tiba-tiba keluar angin je. Suction yang keluar dari tiub masih terasa di kulit tapi tidak terasa pada breast. Pernah tak anda alami situasi seperti ini? Mesti persoalan yang bermain dalam kepala anda “Breastpump Dah Rosak Ke?”. Untuk mengetahui punca tersebut ada beberapa perkara yang anda perlu periksa antaranya ialah : Periksa tiub penyambung antara motor dan corong pam sama ada ia disambung dengan baik ataupun tidak. Sewaktu menggunakan breastpump pastikan corong pam melekap pada breast anda dengan betul dan tertutup dengan sempurna. Pastikan membrane pada valve tertutup dengan sempurna. Walaupun motor berfungsi dengan baik tapi jika membrane valve tidak ditutup dengan sempurna kita tidak akan merasa suction pada breast kerana suction hanya berlaku dalam close system. Membran atau valve tidak tertutup rapat mungkin kerana valve pada Breastpump anda sudah terkoyak. Macam mana boleh terkoyak? Valve Breastpump terkoyak berkemungkinan berpunca daripada cara anda mencuci valve tersebut dengan cara yang tidak betul sehinggakan valve itu terkoyak atau cucian yang tidak sempurna meninggalkan sisa lemak susu di membrane sekaligus menghalangnya untuk tertutup rapat . Perkara seperti ini menyumbang kepada faktor Breastpump anda tiada suction kerana membrane valve tidak tertutup rapat. Penyelesaiannya adalah menggantikan valve dengan yang baru. Biasanya kedai yang jual Breastpump ada menjual aksesori gantian ini. Di Mothers First Choice kita juga ada menjual alat gantian Breastpump. Kebiasaannya jika anda menggunakan Breastpump anda lebih dari 3 ke 4 bulan anda dinasihatkan untuk menukar valve untuk memastikan Breastpump anda dapat melakukan suction dengan sempurna. Jika anda memerlukan peralatan gantian Breastpump anda bolehlah ke laman web Mothers First Choice atau mempunyai sebarang persoalan mengenai Breastpump anda bolehlah whatsapp kami dan kami akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda. Klik link di bawah untuk mengetahui AKSESORI BREASTPUMP YANG DIJUAL Klik DiSini ———–>  Aksesori Breastpump Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”  [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]