Didik Anak Duduk Dalam Car Seat
Anak merupakan permata yang tak ternilai untuk seseorang yang bergelar ibu bapa. Lihat si manja menangis pun hati ibu bapa ni dah luluh inikan pula apabila melibatkan nyawa si manja pastinya ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Soal keselamatan anak-anak ni sering bermain dalam fikiran ibu bapa yang prihatin tak kira lah di mana pun anak mereka berada. Jika disentuh soal keselamatan dalam kenderaan sudahkah ibu bapa membeli car seat untuk anak mereka? Ya, mungkin perkara ini kelihatan remeh tapi tahukah anda, hanya dengan menyediakan car seat dan cara penggunaan car seat yang betul dapat menyelamatkan nyawa anak anda jika berlakunya perkara yang tidak diingini semasa di dalam kereta. Mungkin ada sesetengah ibu bapa lebih memilih untuk meriba anak mereka bila dalam kereta sebab bimbang anak mereka meragam atau menangis duduk dalam car seat. Jangan risau anak-anak mungkin akan menangis pada awal penggunaan car seat kerana masih tak biasa dengan suasana dalam car seat tapi percayalah bila sudah dilatih dari awal dan anak sudah terbiasa mereka akan selesa berada dalam car seat. Jadi ibu bapa tidak perlu risau kerana anak menangis pada awal-awal itu memang perkara biasa. Tahniah jika anda berjaya melatih anak anda supaya biasa menggunakan car seat kerana anda adalah ibu bapa yang peduli dengan keselamatan anak, proaktif dengan usaha yang anda lakukan untuk mendidik anak anda dan bijak kerana berjaya membuatkan anak anda membiasakan diri dalam car seat. Parents sekalian, soal keselamatan anak-anak jangan ada kompromi. Sedarlah bahawa dah banyak kes kematian kanak-kanak sebab kegagalan ibu bapa melengkapkan anak mereka dengan tali pinggang atau car seat. Sesungguhnya malang tidak berbau, kadang-kadang kita rasa kita bawa kereta dah cukup untuk menjamin keselamatan anak kita tapi adakah orang lain dekat jalan raya tu akan sama macam kita. Kadang-kadang kemalangan bukan hanya disebabkan kecuaian kita ada jugak disebabkan kecuaian orang lain sebab itulah ibu bapa kena sentiasa bersedia dan lebih membuka mata. Hakikatnya perkara ini sudah menjadi perhatian sehinggakan penggunaan car seat untuk semua kenderaan akan diwajibkan pada tahun 2020 kan ? Jadi sudahkah parents semua sediakan car seat untuk si manja anda? Jika anda bakal menjadi ibu bapa pun tak salah untuk sediakan bajet awal-awal untuk beli car seat dan dekat pasaran pun ada bermacam jenama dan range harga jadi belilah ikut kemampuan anda. Didiklah anak anda untuk duduk dalam car seat seawal bayi lagi untuk biasakan diri mereka. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata ibu bapa bahawa betapa pentingnya car seat untuk keselamatan anak anda. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]