Anak asyik minta telefon, 5 cara elak si kecil ketagih gajet

Anak asyik minta telefon, 5 cara elak si kecil ketagih gajet Anak adalah segalanya-galanya buat ibu dan bapa. Segala kemahuan dan keinginan, ibu bapa akan cuba tunaikan demi kasih sayang.Sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang di mana semua peringkat umur mempunyai akses yang mudah terhadap gajet, termasuklah kanak-kanak.Namun ia bukanlah sesuatu yang menyihatkan kerana kanak-kanak main gajet tanpa kawalan boleh mengundang ketagihan melampau.Ketagihan merupakan antara bahaya gajet yang ramai ibu bapa tidak sedar.Kawalan terhadap penggunaan gajet ini tidak akan menjadi sukar jika kita sebagai ibu bapa memaklumkan peraturan penggunaan gajet lebih awal kepada anak agar mereka faham sebelum menggunakannya.   Ini 5 cara untuk elak anak ketagihan gajet: 1. Kurangkan main gajet bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan peluang main gajet tanpa kawalan atau terlalu lama.Ibu bapa perlu meminimumkan penggunaan gajet bagi kanak-kanak pada udia sebegini.Main gajet cukup sekdar sebagai hiburan tambahan sahaja,bukan sebagai alat hiburan utama. 2. Letakkan syarat sebelum anak main gajet Apabila anak sudah mula menginjak umur tiga tahun, mereka sudah mula boleh memahami apa yang kita katakan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan anak menggunakan gajet.Sebagai contoh, pastikan anak sudah solat,makan atau mengemas permainan mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan gajet. 3.Tetapkan had masa anak menggunakan gajet Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan peringatan awal kepada anak berkenaan tempoh masa penggunaan gajet.Ibu bapa boleh mengingatkan anak-anak apabila sudah tiba lima minit terakhir penggunaan.Dengan cara ini, anak-anak akan menjadi lebih peka dan akan memberikan kerjasama dengan mudah untuk memulangkan semula gajet yang telah digunakan. 4.Sentiasa terangkan bahaya gajet kepada anak Penerangan berkenaan keburukan dan bahaya gajet kepada anak juga amat penting, agar dia tahun dan faham mengapa tidak boleh main gajet dengan kerap.Sebagai contoh, anda boleh katakan kepada anak bahawa gajet boleh merosakkan mata jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang terlalu lama. Apabila mereka memahami keburukan gajet, insyaAllah anak-anak boleh menerimanya dan memberikan kerjasama.   5.Pantau siara atau kandungan gajet yang ditonton Ibu bapa boleh menetapkan siara-siaran tertentu yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak pada gajet agar mereka tidak menonton kandungan yang tidak sepatutnya. Jika anak anda terlihat kandungan siaran yang tidak sesuai, jangan terus memarahi atau menengking mereka kerana anak masih lagi belum matang dan tidak memahami apa yang boleh atau tidak boleh untuk ditonton.Ini adalah tugas ibu bapa untuk menerangkan kepada anak dengan sebaik mungkin agar mereka faham apa yang boleh ditonton dan apa yang tidak boleh. Apabila anak-anak tidak terlalu bergantung kepada gajet, mereka akan lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dirumah yang akan memberi kesan baik kepada minda mereka Si kecil juga mempunyai lebih banyak masa untuk belajar sesuatu yang bermanfaat daripada buku-buku bacaan Mood anak juga akan lebih mudah gembira memandangkan dia menghabiskan lebih banyak masa berinteraksi dengan ibu bapanya berbanding bersama gajet Apabila mood anak-anak menjadi gembira, mereka akan lebih mudah mendengar kata dan tidak terlalu leka berbanding ketika menggunakan gajet.