JOM MOMMY BELAJAR MENGGUNAKAN ‘BREAST PUMP’ DENGAN BETUL.
JOM MOMMY BELAJAR MENGGUNAKAN ‘BREAST PUMP’ DENGAN BETUL. Apabila ibu memerah buat pertama kali, jangan terlalu fokus bagi mendapatkan jumlah susu yang banyak. Ia lebih kepada sesi suai kenal badan ibu kepada pam itu,mengadaptasi daripada hisapan susu bayi kepada mesin, dan mendapat rentak yang sesuai untuk badan ibu. Sekiranya ada susu yang keluar, ia adalah bonus dan rezeki ibu. Simpan susu itu walau hanya beberapa titis. Selepas beberapan kali memerah, sedikit demi sedikit susu dapat dikumpulkan bsgi dijadikan stok. Langkah demi langkah menggunakan pam: Basuh tangan dengan sabun dan keringkan. Payudara dan puting tidak perlu dicuci.Lembapan pada payudara penting bagi menghindari jangkitan kuman dan kekeringan. Pasang pam seperti mana yang diterangkan dalam manual. Duduk dengan selesa. Sekiranya perlu, letakkan bantal bagi mengelakkan sakit belakang. Bagi kemudahan, pastikan bahan bacaan, air minuman ataupun alat kawalan jauh televisyen berada dekat dengan ibu. Pasangkan alatan memerah pada payudara. Puting perlu terletak di tengah terowong pam dan tidak bergeser dengan bahagian tepi corong. Sekiranya perlu, ubah kedudukan corong ataupun puting agar benar-benar sesuai dengan saiz puting ibu. Mulakan memerah. Sekiranya menggunakan pam manual, ibu perlu menekan dan melepas pemegang mengikut rentak yang bersesuaian. Bagi merangsang ejeksi susu, tekan dan lepas hendal dengan cepat tanpa perlu menekannya sehingga ke tahap maksimum. Apabila susu sudah terpancut keluar, perlahankan rentak dan kuatkan sedikit tekanan pada pemegang. Bagi yang menggunakan pam automatik, mulakan dengan kuasa vakum yang rendah dahulu sebelum menaikkannya sehingga ke tahap yang lebih tinggi, bergantung pada keselesaan ibu. Sesetengah pam didatangkan dengan fungsi automatik bagi merangsang ejeksi susu dan dipanggil fasa stimulasi. Bagi pam yang tiada fungsi itu, fasa stimulasi dapat dilakukan dengan menggunakan kekuatan sedutan rendah dengan kelajuan yang tinggi. Apabila refleks ejeksi susu sudah dirangsang, sedutan dapat ditinggikan sedikit dan kelajaun direndahkan. Memerah susu tidak sepatutnya menyakitkan.Pastikan puting tidak bergeser dengan tepi terowong semasa memerah. Setiap ibu mempunyai tahap sedutan dan rentak yang berbeza.Setelah beberapa kali menggunakan pam, ibu akan mengetahui sedutan dan kelajuan yang sesuai untuknya. Perah sehingga tiada lagi susu yang dialirkan daripada payudara. Kebiasaannya, ia mengambil masa 10 hingga 15 minit bagi setiap payudara ataupun setiap sesi sekiranya memerah kedua-dua payudara serentak. Elakkan daripada memerah susu terlalu lama kerana ia dapat mencederakan tisu payudara dan menghalang refleks ejeksi susu. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]