carseat anak

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

carseat anak

Didik Anak Duduk Dalam Car Seat

Anak merupakan permata yang tak ternilai untuk seseorang yang bergelar ibu bapa. Lihat si manja menangis pun hati ibu bapa ni dah luluh inikan pula apabila melibatkan nyawa si manja pastinya ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Soal keselamatan anak-anak ni sering bermain dalam fikiran ibu bapa yang prihatin tak kira lah di mana pun anak mereka berada. Jika disentuh soal keselamatan dalam kenderaan sudahkah ibu bapa membeli car seat untuk anak mereka? Ya, mungkin perkara ini kelihatan remeh tapi tahukah anda, hanya dengan menyediakan car seat dan cara penggunaan car seat yang betul dapat menyelamatkan nyawa anak anda jika berlakunya perkara yang tidak diingini semasa di dalam kereta. Mungkin ada sesetengah ibu bapa lebih memilih untuk meriba anak mereka bila dalam kereta sebab bimbang anak mereka meragam atau menangis duduk dalam car seat. Jangan risau anak-anak mungkin akan menangis pada awal penggunaan car seat kerana masih tak biasa dengan suasana dalam car seat tapi percayalah bila sudah dilatih dari awal dan anak sudah terbiasa mereka akan selesa berada dalam car seat. Jadi ibu bapa tidak perlu risau kerana anak menangis pada awal-awal itu memang perkara biasa. Tahniah jika anda berjaya melatih anak anda supaya biasa menggunakan car seat kerana anda adalah ibu bapa yang peduli dengan keselamatan anak, proaktif dengan usaha yang anda lakukan untuk mendidik anak anda dan bijak kerana berjaya membuatkan anak anda membiasakan diri dalam car seat. Parents sekalian, soal keselamatan anak-anak jangan ada kompromi. Sedarlah bahawa dah banyak kes kematian kanak-kanak sebab kegagalan ibu bapa melengkapkan anak mereka dengan tali pinggang atau car seat. Sesungguhnya malang tidak berbau, kadang-kadang kita rasa kita bawa kereta dah cukup untuk menjamin keselamatan anak kita tapi adakah orang lain dekat jalan raya tu akan sama macam kita. Kadang-kadang kemalangan bukan hanya disebabkan kecuaian kita ada jugak disebabkan kecuaian orang lain sebab itulah ibu bapa kena sentiasa bersedia dan lebih membuka mata. Hakikatnya perkara ini sudah menjadi perhatian sehinggakan penggunaan car seat untuk semua kenderaan akan diwajibkan pada tahun 2020 kan ? Jadi sudahkah parents semua sediakan car seat untuk si manja anda? Jika anda bakal menjadi ibu bapa pun tak salah untuk sediakan bajet awal-awal untuk beli car seat dan dekat pasaran pun ada bermacam jenama dan range harga jadi belilah ikut kemampuan anda. Didiklah anak anda untuk duduk dalam car seat seawal bayi lagi untuk biasakan diri mereka. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata ibu bapa bahawa betapa pentingnya car seat untuk keselamatan anak anda. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

“Tips Sebelum Memilih Car Seat. Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu”

Tips sebelum memilih car seat. Apa yang perlu ibu bapa tahu. Sebagai ibubapa yang penyayang, kita semestinya memilih yang terbaik untuk si manja. Begitu juga dalam pemilihan carseat, pasti keselamatan menjadi pilihan. Yesss, pasti kita pening nak pilih carseat yang terbaik kan? Terdapat banyak pilihan di pasaran.Namun tahukah anda kerusi keselamatan kanak-kanak perlulah dibeli mengikut kesesuaian bayi atau kanak-kanak. Artikel ini sangat sesuai untuk dibaca, sebelum memilih carseat. Berikut merupakan beberapa tips pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) : Mempunyai label kelulusan untuk CRS piawaian ECE R44/04 yang selalu datang dalam bentuk pelekat yang diletakkan di bahagian tapak atau sisi sesebuah CRS. Ia juga kadangkala ditampal pada rangka CRS dan ada pula yang dicetak secara terus pada fabrik sarung CRS atau dijahit padanya. Pastikan label yang ditampal itu adalah tulen. 2. Bersifat Universal dimana ia boleh dipasang pada pelbagai jenis kenderaan samada di darat atau diudara. Ini sangat penting, pemilihan carseat juga perlu sesuai dengan jenis kenderaan anda. Samaada carseat itu jenis ISOFIX atau ber tali pinggang keledar atau mempunyai keduanya sekali. Jadi pastikan kereta anda mempunyai ciri ISOFIX atau tidak. Sila rujuk manual kereta sebelum memilih car seat. Selain itu pastikan juga kelebaran kerusi kereta sesuai dengan kelebaran car seat yang dipilih nanti. Jika kurang pasti rujuk jurujual, rasanya kebanyakkan babyshop membenarkan carseat dicuba pasang dahulu sebelum dibeli.Selain itu semak juga car seat itu bila dalam keadaan baring. 3. Had berat dan ketinggian. Ya ciri ini juga sangat penting supaya carseat yang dipilih sesuai dan dapat menampung berat dan ketnggian bayi dan kanak-kanak serta kerusi keselamatan tersebut boleh berfungsi dengan baik mengikut kesesuaian anda dan anak anda. Terdapat beberapa jenis carseat yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian berat dan tinggi anak anda, rujuk gambar dibawah .Selain itu kenal pasti tahap recline car seat yang anda pilih dan kelarasan harness juga mesti sesuai ketinggian bayi. 4. Tarikh luput. Car seat juga ada tarikh luputnya dan jika dipakai lebih dari tarikh luputnya bimbang akan berlakunya kesan buruk terhadap bayi atau kanak-kanak tersebut kerana car seat tersebut berkemungkinan tidak selamat digunakan lagi. 5. Pilihlah car seat yang portable dan mudah untuk dikendalikan oleh anda dan pasangan anda. Mudah dikendalikan bermaksud mudah dipasang pada kenderaan kita. Minta tolong penjual untuk menunjukkan cara pemasangan yang betul dalam kenderaan anda. Serta pilih yang portable/ mudah alih. Sekiranya anda suka travel atau menggunakan public transport pilihlah car seat yang lebih ringgan dan senang dibawa ke mana-mana. 6. Pemilihan fabric. Kebiasaannya ada 3 jenis fabric iaitu kain halus, kain benang tebal dan kain mesh. Pilihlah fabric yang bersesuaian kerana jika tersilap pilih takut anak berasa tak selesa. Cari juga car seat yang mempunyai ciri fabric yang mudah dicuci dan mudah dipasang. Namun, ada beberapa brand telah upgrade model yang berzip supaya mudah ditanggal dan dipasang semula cushion cover tersebut selepas dicuci jadi pilihlah dengan bijak. 7. Warranty T&C. Ini kerana ada brand yg offer free crash replacement, ada yang tidak, so make sure tanya habis dengan penjual tentang warranty coverage. Jangan lupa mendaftar car seat yang baru dibeli untuk jaminan warranty. Jadi bijaklah membeli dan memilih mengikut bajet dan kos anda serta ketahuilah ada kedai baby yang boleh buat ansuran tapi apapun make sure choose a right model. Model yang dipercayai yang tidak diragui sijil, dan kualiti kerana keselamatan anak perlu diutamakan tiada alasan lain .So rancanglah pembelian sebelum baby dilahirkan. Jika anda masih runsing untuk memilih kerusi keselamatan anak anda, berikut saya sediakan beberapa cara untuk membuat pemilihan kerusi keselamatan bayi atau kanak-kanak supaya kerusi keselamatan tersebut boleh berfungsi dengan baik mengikut kesesuaian anda dan anak anda. Rujukan : @Child Pasengger Safety Malaysia Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice