Susu Rumusan / Susu Formula? Perlu ke Mommy Tukar Untuk Si Manja

Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula untuk Si Manja?

Mengapa susu ibu penting untuk si manja mommy? Pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan, dan boleh mencegah sesetengah kematian bayi. Mengurangkan risiko alahan, juvenile-onset diabetes, obesity dan darah tinggi. Telah tersedia pada bila-bila masa dan tidak memerlukan sebarang penyediaan. Berubah-ubah mengikut keperluan bayi. Mengapa pentingnya juga penyusuan susu ibu kepada mommy? Hal ini kerana, mommy dapat mengurangkan beberapa risiko seperti: Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovary Patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis) Membakar lemak badan yang terkupul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. Mempercepatkan pengecutan Rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid. Menjarakkan kehamilan. Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. Manakala, antara keburukan kepada mommy yang tidak memberi susu ibu pula ialah : Meningkatkan risiko seperti : Barah payudara, dan beberapa jenis barah ovary. Patah tulang pinggul di usia tua (osteoporosis). Pengekalan lemak badan yang terkumpul semasa hamil seterusnya akan menyebabkan kegemukan di kemudian hari. Kurang sel darah merah (anemia) disebabkan kurang pengecutan Rahim selepas bersalin dan kedatangan haid yang lebih awal. Kehamilan yang rapat disebabkan oleh kurang mendapat kesan kejarakan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. Kurang kesempatan untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi. Apakah keburukkan kepada si manja yang tidak diberikan susu ibu? Si Manja mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk : Masalah jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. Eczema dan lain-lain keadaan alahan. Keradangan usus besar yang serius (necrotizing enterocolitis) bagi bayi pramatang. Perkembangan IQ yang lebih rendah. Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa. Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia. Manakala keburukan susu rumusan / susu formula pula ialah : Rumusan bayi tidak mengandungi antibody yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan. Bayi lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang serius seperti cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan kurang zat makanan, terutamanya jika rumusan bayi tidak disediakann dengan betul. Penyediaan susu memerlukan air yang bersih dan bahan api untuk memasak air sehingga mendidih dan menggelegak selama 1-2 minit untuk menyediakan susu rumusan bayi. Sabun juga diperlukan untuk membasuh cawan bayi. Bayi kurang kecerdasan otak. Memerlukan banyak masa untuk penyediaan dan perlu dibancuh untuk setiap penyusuan. Rumusan bayi adalah mahal. Ibu perlu sentiasa mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk membelinya. Contoh keperluan : Bayi memerlukan 40 tin untuk 6 bulan pertama. Ini  akan meningkatkan jumlah perbelanjaan sebulan iaitu lebih kurang RM200 sebulan atau RM1200 untuk 6 bulan (RM30 X 40 tin/6bulan). Bayi perlu minum melalui cawan. Ibu boleh belajar bagaimana untuk memberi bayi minum melalui cawan walaupun akan mengambil masa untuk mempelajarinya. Ibu mungkin hamil lagi dalam jangka masa yang singkat kerana tidak ada perlindungan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. Kurang ikatan kasih saying antara ibu dan bayi. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”.