ibu mengandung

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

ibu mengandung

3 warna najis bayi ini tanda si manja mungkin ada masalah kesihatan, BAHAYA !

Apabila si manja buang air besar, warnanya berbeza-beza, bukan? Mari kenali jenis najis bayi, barulah boleh pantau jika mereka mengalami masalah kesihatan.    Jenis najis bayi: Apakah warna normal ? Hasil buangan bayi sama ada kencing atau berak, adalah sesuatu perkara biasa yang perlu dihadapi oleh ibu bapa. Tetapi adakah anda tahu terdapat variasi bagi jenis najis bayi? Antaranya najis si kecil anda mungkin berair atau keras, warna hitam, hijau mahupun kuning.Menukar lampin bukanlah sekadar rutin harian ibu bapa. Sebaliknya, ia boleh menjadi cara untuk mengawasi tahap kesihatan si manja.Setiap perbezaan warna, konsistensi dan kekerapan bayi membuan air besar boleh menjadi petunjuk kesihatan dan perkembangan mereka. Bayi menyusu badan Najis untuk tempoh beberapa bulan pertama mungkin kelihatan seperti mustard Dijon dengan konsistensi agak berair. Ia juga mungkin disertai dengan ketulan kecil lemak berwarna putih.Jangan tidak tahu, warna najis bayi juga boleh berubah bergantung kepada apa yang si ibu makan! Sebagai contoh, sekiranya ibu makan sayuran seperti bayam, anda mungkin akan melihat warna hijau pada lampin si kecil. Bayi menyusu susu formula Sekiranya bayi diberikan susu formula, jenis najis mereka adalah berbeza berbanding dengan bayi menyusu badan.Konsistensinya seakan pes dan tidak sekeras sapuan mentega kacang dengan warna kuning gelap atau coklat.  Jenis najis bayi:Keadaan BAHAYA ! Sesetengah warna najis boleh menjadi tanda mereka mengalami masalah kesihatan. Anda perlu membawa bayi berjumpa doktor sekiranya keadaan najis mereka berwarna: MERAH Berwarna merah disebabkan darah pada najis bayi. Oleh sebab itu, sangat penting untuk doktor mengetahui keadaan yang mendasarinya. Tetapi adakalanya, perubahan warna itu disebabkan oleh faktor yang tidak mendatangkan bahaya. Untuk bayi yang baru dilahirkan, ia terjadi mungkin kerana mereka tertelan sedikit darah semasa proses bersalin.Seandainya anda menyusu badan, situasi puting berdarah boleh mengakibatkan najis anak mempunyai warna merah.Sesetengah makanan pejal yang diberikan kepada si manja, seperti bit, turut boleh menjadi punca najis mereka bertukar kepada warna merah.  HITAM Dalam beberapa kes, jenis najis anak berwarna hitam mungkin didasari oleh perubahan warna darah daripada merah kepada hitam. Ibu juga perlu mengetahui bahawa najis berwarna hijau gelap juga ada masanya tampak seperti warna hitam.Warna najis hijau gelap biasanya bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Misalnya seperti najis mekonium.  PUTIH ATAU KELABU Najis bayi yang berwarna putih pucat atau seakan tanah liat adalah yang paling kerap berlaku. Walau bagaimanapun, jika anda melihat sesuatu seperti ini lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.Ini kerana ia boleh menjadi tanda si manja mungkin mengalami masalah kesihatan berkaitan hati yang memerlukan rawatan.  KEKERAPAN PERGERAKAN USUS BAYI Jumlah kekerapan bayi membuang najis akan berubah apabila mereka membesar dan sistem pencernaan semakin berkembang.Namun, ia juga akan dipengaruhi oleh cara penyusuan yang diberikan. Jika menyusu badan….. Si manja akan cenderung membuang air besar lebih kerap berbanding rakan sebaya yang diberikan susu formula.Selepas beberapa hari dilahirkan, anda mungkin akan berdepan dengan pergerakan usus bayi antara 2 hingga 5 kali sehari.Keadaan ini akan berlanjutan sehingga bayi berusia sekitar 6 minggu.Perlu diingatkan bahawa selepas usia 3 hingga 6 minggu, bayi menyusu badan mungkin tidak akan mengalami sebarang pergerakan usus untuk tempoh beberapa hari.Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaan bayi dapat memproses susu ibu dengan lebih berkesan dan meninggalkan sisa pepejal yang sedikit.Selepas 6 minggu, kekerapan bayi untuk membuang najis akan berkurang setiap hari. Salah satu sebabnya adalah pada masa ini susu ibu biasanya tidak lagi mengandungi kolostrum – yang bertindak sebagai julap (laxative). Jika menyusu susu formula…. Bagi bayi yang diberikan susu formula, selepas tempoh beberapa hari pertama, mereka biasanya akan membuang najis sekurang-kurangnya sekali sehari. Ia juga satu keadaan normal jika bayi tidak melakukan pergerakan usus antara 1 atau 2 hari. Tetapi ibu perlu memastikan tekstur najis adalah lembut. Jika ada sebarang kebimbangan mengenai jenis najis si manja anda, berbincanglah dengan pakar pediatrik dalam kadar segera.

Kenapa berat badan bayi anda tidak naik ?

Kenapa berat badan bayi anda tidak naik ?   Doktor boleh melakukan beberapa ujian berkenaan diet bayi anda, sejarah kesihatan, tahap aktiviti, dan kemungkinan penyebab tekanan sebelum dapat mengetahui punca kegagalan kenaikan berat badan bayi anda. Secara umumnya, jika bayi tidak membesar secara normal, itu mungkin kerana dia tidak makan dengan betul atau dia tidak menyerap nutrien sepenuhnya.   Masalah Penyusuan   1) Bayi anda mungkin mempunyai tahap refleks menghisap yang lemah untuk menghisap susu cukup dari payudara atau bahkan dari botol 2) Bibir atau lelangit mengganggu penyusuan. Keadaan ini dapat ditangani dengan menggunakan botol dan puting khas dan mendapatkan nasihat pakar makanan. Ini biasa terjadi pada tahun pertama pembesaran.3) Jika anda memberikan bayi anda susu formula, penyediaan susu yang salah juga boleh menyebabkan bayi anda kegagalan untuk menaikkan berat badan.4) Jika anda memberikan susu badan dan berdepan masalah untuk mendapatkan rutin penyusuan yang betul, bayi anda mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Ini mungkin disebabkan jumlah susu yang tidak mencukupi untuk bayi anda.5) Bayi anda mungkin merasa letih dan tertidur sebelum dia mempunyai susu yang mencukupi. 6)Sesetengah bayi yang diberikan makan mengikut jadual yang ketat juga boleh mendapat kurang nutrien makanan yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk membiarkan bayi anda mendapatkan susu pada bila-bila masa yang diperlukannya.   Faktor Lain 1) Jika bayi anda tidak sihat, dia memerlukan lebih banyak kalori dan nutrien. Rasa tidak sihat boleh mengganggu selera dan penambahan berat bayi anda.2) Bayi anda mungkin mengalami masalah gastrousus kronik seperti cirit-birit, relfuks, jangkitan seliak (celiac disease) atau alergi susu.3) Jika anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau ada anak-anak anda yang lain yang berebut mendapatkan perhatian anda, anda mungkin tidak dapat memberikan perhatian secukupnya kepada bayi anda untuk memastikan dia mendapat kalori yang mencukupi.   Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, kegagalan untuk mendapatkan berat badan boleh disebabkan oleh masalah paru-paru seperti fibrosis sista, masalah sistem saraf seperti cerebral palsy, masalah kromosom seperti sindrom down, penyakit jantung, anemia, atau gangguan metabolik atau endokrin seperti kekurangan hormon pertumbuhan. Sekiranya berdepan dengan salah satu punca di atas, rawatan segera perlu di ambil.

Susu Ibu Makanan Terbaik Bayi. Ketahui cara banyakkan susu

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini.Proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu walaupun ia bukanlah suatu proses yang mudah. Selain pemakanan dan milk booster, doa banyak susu badan serta niat untuk menyusukan anak sehingga usia mencukupi juga membantu penghasilan susu yang lebih banyak dan berterusan. Bila kita berdoa dan memasang niat untuk menyusukan anak, pasti Allah SWT akan bantu melancarkan proses tersebut. Sebab itu, 5 doa banyak susu badan yang ibu boleh amalkan setiap hari ketika ingin menyusukan anak sambil menatap lembut wajah si kecil itu. 1. Doa banyak susu badan: Surah Al-Baqarah ayat 60. ۞ وَإِذِ ٱسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ فَقُلْنَا ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْحَجَرَ ۖ فَٱنفَجَرَتْ مِنْهُ ٱثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًۭا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍۢ مَّشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ مِن رِّزْقِ ٱللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukulah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”. Caranya, letakkan tanga di payudara, usap lembut payudara dan berdoa didalam hati agar Allah SWT mempermudahkan urusan penyusuan dan memperbanyakkan rezeki anak. 2. Berzikir Ya Matin ( Maha Sempurna Kekuatannya) Ibu ibu boleh amalkan zikir ini 70 kali setiap hari. Waktu mustajab adalah ketika malam dan subuh. Boleh juga dibuat dengan cara membaca zikir, kemudian ditiup pada segelas air dan selepas itu diminum oleh ibu tersebut. InsyaAllah mujarab dan berkesan. 3. Berselawat ke atas Rasulullah SAW. Salah satu doa banyakkan susu ibu juga adalah berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa sebelum dan selepas menyusukan bayi. Kemudian titipkan rasa syukur Alhamdulillah selepas penyusuan atau ketika pam susu badan. Ini bermaksud anda bersyukur dengan rezeki yang dilimpah buat si manja agar membesar menjadi anak yang soleh/solehah dan cergas tubuh badan. 4. Doa banyak susu badan Selain itu, ibu juga perlu amalkan doa banyakkan susu ibu iaitu baca doa untuk para ibu seperti: ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan” Aamiin Dalam Surah An-Nahl:96, Allah SWT befirman: ۞مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ ۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍۢ ۗ وَلَنَجْزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓا۟ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ Maksudnya:(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. 5. Baca dan amalkan ayat dari surah Ar-Ra’d:8-9 ۞ٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ ٱلْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ ۖ وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَار ۞عَـٰلِمُ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ ٱلْكَبِيرُ ٱلْمُتَعَالِ Maksudnya: Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya). Mommy dinasihatkan untuk kekal positif, minum air dengan banyak, makan makanan yang berkhasiat, dan amalkan doa dan zikir berikut untuk berasa tenang dan kurangkan tekanan. Semoga perjalanan penyusuan bayi mommy semua dipermudahkan. Klik link di bawah untuk membeli barangan maternity —>> MATERNITY STUFFS Nak survey bengkung? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy memilih bengkung yang sesuai untuk Mommy.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice