Kedai Baby Murah Shah Alam

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Kedai Baby Murah Shah Alam

Masalah Anak Tak Nak Lepaskan Botol Susu

Masalah Anak Tak Nak Lepaskan Botol Susu? Jom Ikut Tips Ini.

Adakah mommy tau? Jika si manja sentiasa inginkan atau sentiasa mendampingi botol susunya? perkara ini merupakan bukan perkara biasa ya mommy. Botol susu mungkin menjadi sesuatu keselesaan kepada si manja dan mungkin akan berubah menjadi kebiasaan. Walau bagaimanapun, sangat penting untuk mommy mengubahnya dengan menggunakan cawan, bukan botol susu lagi. Untuk melakukan ini, mommy harus menentukan masa yang tepat untuk mengubahnya. Tetapi bagaimana mommy tahu bila si manja sudah bersedia untuk memulakan peralihan ini dan bagaimana mommy membuat proses ini dengan tiada tekanan? Mengapa Botol Susu mempunyai masalah? Tahukah mommy, sebotol mungkin kelihatan tidak berbahaya untuk si manja dengan memberikan khasiat kepada si manja mommy. Tetapi pemberian botol yang berpanjangan menimbulkan beberapa risiko kesihatan bagi si manja seperti : Peningkatan kepda risiko kerosakan gigi Hal ini berlaku ketika si manja menghisap botol susu sebelum tidur tanpa menggosok gigi dan merupakan penyebab terbesar kerosakan gigi si manja. Baki susu akan  duduk dan “makan” di gigi si manja sepanjang malam. Penggunaan yang berpanjangan berkaitan dengan kegemukan Pada lazimnnya, Si Manja yang cenderung minum lebih banyak susu dengan botol mempunyai masalah ini berbanding si manja yang minum menggunakan cawan. Namun, si manja tidak boleh mendapat lebih dari 16-24 oz.susu untuk setiap hari. Botol juga boleh menjadi ukuran keselesaan bagi si manja dan mommy, kerana mommy sentiasa menawarkan si manja sebotol ketika mereka mula menangis. Tetapi susu mempunyai jumlah kalori yang sama dengan makanan, jadi ukuran kalori ini dengan cepat boleh menyebabkan kenaikkan berat badan dan juga kegemukan. Boleh mengubah senyuman si manja Kajian juga telah menunjukkan bahawa si manja yang diberi susu botol mungkin mempunyai gigi bengkok dua kali ganda. Hal in kerana, cara si manja menghisap botol boleh mempengaruhi perkembangan otot, mulut, dan lelangit dan seterusnya boleh mempengaruhi gigi dan rahang si manja. Bilakah masa sesuai menceraikan botol susu dengan si manja? Tahukah mommy semakin lama mommy menunggu untuk memisahkan botol, semakin sukar untuk  si manja melepaskannya, kerana mereka menjadi lebih berdikari dan keras kepala. Ia juga akan menimbulkan lebih banyak tekanan dan kekacauan bagi mommy. Namun, American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan untuk memulakan penceraian botol susu dari botol pada usia 12 bulan dan mungkin berjaya sepenuhnya sehingga 18 bulan. Namun, lebih awal mereka dihentikan, semakin baik. Oleh itu, mommy perlu memperkenalkan “sippy cup” kepada si manja sekitar enam hingga sembilan bulan. Mulakan dengan memberikan susu ibu atau susu formula dengan quantity satu hingga dua oz kepada si manja mommy. Tetapi mommy jangan cepat mengalah, si manja memerlukan beberapa minggu atau sehigga sebulan untuk mendapat kebiasaan. Apabila si manja hampir setahun dan sudah mula minum menggunakan “sippy cup”, mulailah proses ini dengan mengganti sekali sehari sahaja botol susu dengan “sippy cup”. Setahun adalah masa yang tepat untuk si manja kerana mommy juga akan mula beralih dari formula ke susu. Antara Petua Peralihan… Peralihan botol boleh menjadi sesuatu yang sukar dan  memberi tertekan kepada mommy dan si manja. Jadi,  mommy tak perlu risau di sini adalah beberapa petua untuk menjadikan peralihan ini lebih lancar dan lebih menyeronokkan bagi semua orang yang terlibat. Mommy perlu gunakan “Sippy Cup dengan permukaan  atau straw yang  keras. Doktor gigi  sendiri yang mengesyorkan menggunakan “Sippy Cup” dengan permukaan keras atau straw yang keras daripada yang mempunyai permukaan lembut. Menggunakan “sippy cup” atau straw yang keras tidak hanya akan menguatkan gigi mereka, tetapi juga akan menjadikan peralihan menjadi lebih berkesan kerana si manja tidak “confuse”.  ~ Selamat Mencuba Mommy~

Awas 5 Tanda Ini Pada Bayi. Ia Petanda HFMD

HFMD tular kembali.  Beberapa sekolah dan taman asuhan telah diarahkan ditutup akibat wabak HFMD ini.  Ia perlukan kerjasama pelbagai pihak untuk menghentikan wabak ini dari terus merebak, terutamanya ibu bapa.  Ibu bapa perlu cakna petanda HFMD.   Salah satu perkara yang perlu ibu bapa ambil perhatian adalah tanda-tanda anak mereka dijangkiti HFMD.  Kenali tanda ini:- Demam yang tidak tinggi(suhu 38.2 darjah celcius) Kurang selera makan Sakit perut Batuk Sakit mulut Ulser dalam mulut Timbul ruam pada tangan dan kaki   Tanda ruam dan ulser dimulut selalunya dapat dilihat dalam tempoh 5-7 hari.  Sepanjang tempoh inilah ibu bapa perlu berikan perhatian yang lebih kepada anak-anak.  Pihak Kementerian Kesihatan telah berikan panduan seperti berikut kepada orang awam Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa: Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa: i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah. ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak. iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my. HFMD bukan sahaja berlaku kepada bayi dan kanak-kanak, tetapi juga kepada orang dewasa.  Cuma kesannya lebih buruk kepada bayi yang masih kecil.  Jadi perhatian serius perlu diberikan.  Jika tidak diberikan penjagaan sesuai,  ia boleh menyebabkan komplikasi berikut Dehidrasi: Pantau pola buang air kecil anak.  Jika kurang, itu tanda anak anda dehidrasi.  Banyakkan minum air supaya badan tidak terus lemah Meningoencephalitis: Jangkitan kuman pada otak dan selaputnya Myocarditis: keradangan pada otot jantung Ada juga yang menghadapi masalah penglihatan ataupun buta.   Apa yang ibu bapa boleh lakukan?   Wabak ini tiada ubat yang spesifik.  Biasanya penghidap akan pulih sendiri selepas 7-14 hari bergantung pada antibodi badan masing-masing.  Apa yang ibu bapa boleh bantu meredakan masalah wabak ini iaitu kerap cuci tangan dan mainan yang bersentuhan dengan pesakit Ulser membuatkan anak tidak mahu makan dan minum.  Bagi anak yang sudah boleh makan, cuba tawarkan aiskrim vanilla untuk memberikan kelegaan. Spray atau sapuan gel ulser juga boleh membantu berikan kelegaan sementara supaya anak tidak berasa kepedihan semasa makan. Gunakan sarung tangan getah ketika menukar lampin pakai buang.  Bersihkan najis dengan rapi supaya wabak ini tidak terus berjangkit. Jangan lupa untuk bawa anak berjumpa doktor untuk buat pengesahan, supaya langkah seterusnya boleh diambil dengan lebih berkesan.   “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

NIPPLE KERING, MELECET DAN TERBELAH

Perjalanan ibu yang Breastfeeding pasti akan mengalami masalah dibawah ini: ➡Nipple Kering? ➡ Melecet ? ➡ Luka Terbelah? Kak nora pun sedang mengalaminya Sekarang?, Ini antara cabaran penyusuan susu ibu. Tapi mommy jgn risau dan jgn sedih..Nipple cream kan ada, bermacam brand ada ?..Tapi harini kak nora akan jelaskan tentang Jenama Medela   Medela Nipple Cream ni ada 2 jenis. ✅ PureLan 100 pure protection ✅ Tender Care Apa beza 2 nipple cream ni? Jemput baca ye mommy. ❤ PureLan 100 Pure Protection Khas untuk melembapkan, melegakan & melindungi kulit disekitar areola. Ianya esuai digunakan setiap hari, untuk membantu mengekalkan kelembapan & membentuk pelindungan semulajadi dan menjadikan mommy rasa selesa dan dapat menyusukan bayi dengan lebih lama. ❤ Medela Tender Care pula direka khas untuk mommy yang mengalami ketidakselesaan akibat Nipple kering, luka & trauma akibat mengepam susu. Dengan menggunakan Medela Tender Care ni dapat merawat & melindungi kulit sekitar areola. Apa yang lebih penting Kedua² jenis Medela Nipple Cream ni bebas bau, hypoallergenic & telah diuji secara klinikal. 100% selamat untuk bayi & ibu, tak perlu cuci sebelum menyusukan bayi Dan yang paling penting,Ianya diperbuat dari bahan semulajadi. Nak tahu lebih lanjut jum pm pihak kami. Ready stock di MFC Shah Alam & Kuantan. Sebarang pertanyaan boleh whasapp ke Cawangan Kuantan http://wasap.my/601110511950 Cawangan Shah Alam http://wasap.my/60192413656

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui? Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan. Apa yang perlu saya makan semasa menyusui? Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. Dapatkan zat besi yang banyak Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. Bagaimana dengan diet semasa menyusui? Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin – yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Kedai Baby Shah Alam

Dari Keperluan Ibu dan bayi kami juga menyediakan servis pump Kedai Barangan Ibu & Bayi Mothers First Choice semuanya ada disini (Kedai di Shah Alam). Dibuka sejak tahun 2014 di Bandar Kuantan Taman Indera Sempurna dan satu lagi dibuka cawangannya di Shah Alam  Seksyen 16. Pada awal tahun 2017 pula cawangan kami yang di Taman Indera Sempurna telah berpindah ke Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail. Harga menarik dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai jenis dan jenama barang keperluan Ibu-ibu seperti Breast Pumps, Sparepart Breast Pumps, Nursing Cover, Nursing Bra, Bengkung & Set Bersalin hingga ke pelbagai jenis dan juga jenama barang keperluan baby & pakaian kanak-kanak. Ikuti nasihat-nasihat dari pakar laktasi sebelum membeli pam susu. Servis pump anda kami sedia membantu anda ! Attention untuk mummies yang nak simpan pam ye.. Yang planning untuk tambah ahli keluarga LAGI..huhu Penting ni tau.. ✅ JANGAN lupa tanggalkan battery ya ✅ PASTIKAN simpan motor pam ditempat yang kering ✅ SILA gantung tubing, JANGAN letak dalam kotak fungus tumbuh nanti ? ✅ SILA simpan valve,membrane & diaphragm di tempat yang kering ( biasanya part ni akan mereput) atau boleh buang sahaja..

TIPS merawat puting susu

TIPS merawat puting susu Selama kita menjadi ibu yang menyusukan anak kecil, tahu tak betapa pentingnya kita menjaga puting susu? Bagi yang bakal menjadi ibu, jangan ambil mudah perkara ini ya.. ‼ Selepas menyusukan anak kecil, pastikan puting susu dibersihkan dengan air bersih untuk menghilangkan sisa susu dan air liur bayi. Bagaimana? Hanya perlu menyapukan air bersih pada puting dan aerola dan biarkannya kering. ‼ Elakkan baju yang ketat dan menyukarkan pernafasan payudara. Gunakan bra yang diperbuat daripada material cotton sebab bra jenis ni mampu mengeringkan udara dengan cepat dan mencegah bakteria tumbuh ? ‼ Gantikan breast pad sekerap yang mungkin. Breast pad yang digunakan pada bra mungkin menjadi punca pertumbuhan bakteria. ‼ Rawat payudara dengan cara yang betul dan baik. Jangan sesekali menggunakan alkohol. sabun atau lotion untuk bersihkan puting payudara sebab barang2 tersebut akan menyebabkan payudara kering dan pecah2. Selain tu pastikan ibu tidak menyapu perfume, bedak atau deodoran pada puting payudara. ‼ Gunakan bra yang longgar dan hindarkan guna bra yang berdawai sebab bra berdawai akan menekan payudara dan boleh menyebabkan radang pada payudara. Semoga tips bermanfaat ini dikongsikan dengan insan tersayang… Jangan ambil mudah perkara kecil sebab yang kecil ni akan membesar menjadi satu masalah kalau tidak dibendung dari awal…

Ada tak yang masih mencari set bersalin?tapi tak tau nak pilih yang mana satu..Nak yang lengkap? Cukup untuk 40 hari?

Ada tak yang masih mencari set bersalin?tapi tak tau nak pilih yang mana satu..Nak yang lengkap? Cukup untuk 40 hari? Pil Set Bersalin Lengkap Selapan (Air Mancur) mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan HALAL diperakui oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Kandungan dalam setiap tin lengkap untuk 40 hari selepas bersalin. Isi Kandungan Pil Set Bersalin Lengkap Selapan (Air Mancur): 1. Pil Jamu Bersalin 1 Dimakan mulai hari ke 4 sampai hari ke 8 sehabis bersalin. 2. Pil Jamu Bersalin 2 Diminum mulai hari ke 9 sampai hari ke 28 sehabis bersalin 3. Pil Jamu Bersalin 3 Diminum mulai hari ke 29 sampai hari ke 38 sehabis bersalin. 4. Tapel Dihancurkan dengan air suam dan boleh ditambahkan Minyak Telon. Sapukan pada perut dan lakukan setiap pagi dan petang. Disarankan memakai bengkung/korset pada waktu pemakaian tapel ini selama 30 hari bagi mempercepatkan kecutan bahagian perut dan kembali sihat dan langsing. 5. Pilis Dihancurkan dengan air suam dan sapukan pada dahi dan lakukan setiap pagi dan petang hari. 6. Bedak Dingin Dihancurkan dengan air sejuk atau air mawar. Sapukan pada wajah/kulit. Lakukan pagi dan petang. 7. Minyak Telon – (2 botol) Disapu pada dada, perut, punggung dan telapak kaki baby, terutama sehabis mandi 8. Param Beras Kencur Dihancurkan dengan air sejuk secukupnya dan lumurkan pada diseluruh tubuh. Lakukan setiap pagi dan petang.

10 info dan tips tentang bayi yang mungkin kita terlepas pandang !

10 info dan tips tentang bayi yang mungkin kita terlepas pandang ! 1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam. 3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat. 6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya. 7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi. 8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu. 10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.. alololooo comelnya diaaaa!!

Spectra Q ini secara PERCUMA

????Satu lagi Gadget Mummy yang stylish lagi kompak Kecik-Kecik Comel ?? NAK PAM SPECTRA Q PERCUMA!!! Mudah je mommy laku kan 3 perkara ini ✔️ like post ini ✔️tag pada 3 rakan ✔️share post ini Mudahkan!! 3 pemenang di cari. InshaAllah da rezeki nanti Semoga berjaya? Jum baca apa kelebihan pam ini!! Spectra Q direka khas kecil bersaiz 97 x 80 x 36 dan seberat 160g ?? dengan Penggunaan kuasa 10V serta mudah untuk dibawa kemana-mana ini walaupun kecil tapi memiliki : ?5-Stage Massage yang boleh dilaraskan.(Injection Reflection Function). ?Tekanan Breast Reverse ini berfungsi menyekat fungsi Auto OFF selama 30 minit. ?Pump ini juga boleh diupgrade menjadi double-pump.✅✅ ?Untuk cas pula pump ini sangat friendly-user kerana menggunakan micro USB Charger handphone android, Power bank atau boleh juga dicas dengan menggunakan 5v charger kereta. ?Bagi Mummy yang menginginkan suasana tenang dan damai ketika pump, Spectra Q ini juga amat senyap dan tidak lah bising. ?Sistem perlindungan anti backflow juga terdapat pada pump ini untuk mengelakkan susu masuk ke motor unit (closed system) ini membuatkan pump ini tahan lama.⏳ ?Equipment pump ini mempunyai material (BPA Free)?? ?Warranty untuk pump ini adalah selama ⭐1 Tahun so Mummy2 dan bakal Mummy2 Lekas2 Datang ke Kedai kami untuk dapatkan pump ini dan jika sekiranya puan-puan bertuah boleh dapat satu lagi pump ini secara percuma ?? Kat mana nak dapatkan pam ni? Dah tentu kat MFC.. Please visit our website : http://mothersfirstchoice.com Untuk lebih pantas , klik link kat bawah: http://wasap.my/60192413656 ====================== SELANGOR Mothers First Choice C-11-1, Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi L 16/L Section 16, 40200 Shah Alam, SELANGOR (Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656) ===================== PAHANG Mothers First Choice B-100 Sri Dagangan 2, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, PAHANG (Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950) =======================

8 Fakta Menarik Tentang Menyusu Badan

#1: Boleh mengurangkan berat badan. Perasan tak wanita yang menyusu badan anak mereka rata-ratanya mudah menghilangkan berat tambahan yang mereka dapat ketika mengandung? Kadar metabolisme yang diperlukan untuk menyusukan anak anda setiap hari bersamaan dengan kadar yang diperlukan untuk berjalan sejauh 7 batu (7 batu = 11.27km) #2: Susu badan memberi bayi anda nutrien dan antibodi. Susu badan dianggap sebagai makanan yang ideal untuk bayi anda. Kandungan nutrien dan antibodi dalam susu ini bagus untuk pertumbuhan sihat bayi anda dan melindungi mereka daripada penyakit yang lazim untuk bayi di seluruh dunia seperti pneumonia. #3: Bukan sebab kurang bekalan susu badan. Jangan khuatir jika bekalan anda merasakan seperti bekalan susu badan anda makin berkurang. Ini mungkin bemakna badan anda sudah dapat menyesuaikan dengan kadar keperluan penyusuan bayi anda. #4: Susu badan anda bagus untuk perkembangan jangka masa panjang bayi anda. Efek susu badan bukan hanya untuk ketika bayi anda kecil saja, malahan risiko untuk menghidap penyakit seperti diabetes jenis I dan II, tekanan darah tinggi, asma, eczema, leukemia dan juga obesiti dapat dikurangkan. #5: Termometer. Payu dara ibu boleh mengesan peningkatan atau penurunan suhu badan bayi dan bertindak mengikut keperluan untuk mengekalkan suhu bayi. Ini adalah antara satu sebab penting sentuhan antara ibu dan bayi di awal kelahiran #6: Menyusu membuat anda dan bayi relaks. Penyusuan bayi mencetuskan penghasilan hormon ‘oxytocin’ yang membuat anda dan bayi tenang #7: Puting susu anda bukan yang seperti anda sangkakan. Susu disembur daripada banyak lubang. Bukan satu sahaja. Lain wanita, lain jumlah lubangnya. #8: Bau. Bayi yang disusu badan boleh membezakan ibu mereka daripada bau mereka sahaja.

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice